+31

6.9K 1.3K 147
                                    

" Awak ada perasaan kat Yoongi tak? " soal Baekhyun secara tiba-tiba. Kepala Byul diusap penuh kasih sayang.

Byul mengerutkan dahinya. Apa kena tiba-tiba nak sebut pasal Yoongi. " Ha? Gila ke? Dia punyalah benci saya, takkan lah saya nak sukakan orang yang tak suka saya. " rengus Byul.

Tak sukalah cakap pasal Yoongi.

" Jangan lah marah. Saya tanya je. " kata Baekhyun lembut.

Keadaan menjadi senyap. Baekhyun mula memproses seuatu didalam otaknya.

Kemudian wajah Byul dipandang. Dia perhatikan setiap inci wajah Kwon Byul. Tetapi anak mata gadis itu menjadi pilihannya untuk menatap lebih lama.

Dia dapat nampak yang Byul betul-betul cintakan dia. Sepatutnya perkara tu dah cukup buat hatinya puas tapi... entah kenapa dia risaukan Yoongi.

Baekhyun mencapai tangan Byul lalu mengucupnya. " Awak, apa yang awak akan buat kalau suatu hari nanti Yoongi luahkan perasaan dia pada awak? " soal Baekhyun.

Sepatutnya hari ni jadi hari yang paling menyeronokkan. Tapi entah mengapa dia asyik terfikirkan Yoongi.

Byul mengeluh perlahan sebelum dia berdiri. " Baekkie ah, kalau awak nak cakap pasal orang lain waktu kita tengah date, lupakan je. " pegangan tangan Baekhyun dilepaskan. Byul terus berjalan pergi.

Baekhyun mengeluh halus. Pabo, Baekhyunnie.

" Byul ah! Kajima! "

•••

Yoongi tersengih sendiri apabila dia teringatkan budak-budak tadi. Seronok ajak diorang datang rumah mak.

Tapi, tak boleh selalu! Nanti Yoongi cemburu.

Sedang Yoongi bergolek diatas katil dengan bahagia, perbuatannya serta merta terhenti. Senyuman yang tadinya terukir terus pudar.

Semalam, dia dah jumpa Baekhyun. Dan dia dah lakukan sesuatu yang perlu dia buat.

Dia dah turuti kata ayahnya. Yoongi tak mahukan masalah, apetah lagi kehilangan insan bergelar sahabat.

Sampul surat putih bersaiz besar diambil. Yoongi terima surat ni seminggu lepas.

Isi surat itu dikeluarkan dan dibelek. Dia perlu buat semua ni untuk masa depan dia.

Semuanya takkan berubah kalau dia terus macam ni.

Yoongi duduk disebelah Baekhyun. Awalnya dia ni sampai.

" Sorry, lewat. " ucap Yoongi lalu berjabat tangan dengan Baekhyun.

Baekhyun menggelengkan kepalanya. " Takpe, aku pun baru je sampai. Sempat juga lah makan dua burger dengan tiga gelas air. " perli Baekhyun.

Yoongi mencebik. " Sorrylah. Bukannya aku sengaja. " kata Yoongi.

" Orderlah burger. Aku belanja, kau bayar. " Baekhyun tergelak dengan lawak hambarnya sendiri.

" Bertuah punya kawan. " kata Yoongi lalu menepuk bahu Baekhyun dengan kuat.

" Auww sakitlah. Hah, nak cakap apa? " tanya Baekhyun terus. Malas dia nak berlapik.

Yoongi berdehem kecil. Entah kenapa jantungnya berdebar laju.

" Baek, aku minta maaf... " Yoongi mengeluh.

Baekhyun mengerutkan dahinya.

" Kenapa pula ni? " soal Baekhyun risau.

Yoongi tersenyum kecil. " Aku tahu aku tak patut. Tapi aku betul-betul tak tahu yang selama ni Byul tunang kau! " kata Yoongi gelisah. Risau jikalau Baekhyun marah akan dirinya.

" Apa benda kau ni? Cuba cakap terus. " kata Baekhyun.

" A-aku tersuka Byul... Aku betul-betul tak sengaja sukakan dia! " luah Yoongi. Debarannya semakin laju apabila Baekhyun mengerutkan dahi seperti marah.

Tiba-tiba kedengaran Baekhyun mengeluh. " Tak apa. Aku tahu kau tak sengaja. Aku percaya kau. " Baekhyun tersengih lalu memeluk bahu Yoongi erat.

" Aku minta maaf Baek... "

" Nah. Takpe. Aku faham. "

" Aku akan cuba lupakan dia. Sebab... ni bukan kisah cinta. Ahaha. "

" Thanks sebab hormati hubungan aku. " Baekhyun mengeratkan lagi pelukannya pada bahu Yoongi.

Dia faham keadaan Yoongi. Mustahil bagi seorang lelaki untuk tidak jatuh cinta pada perempuan yang rapat dengannya walaupun perasaan itu cuma datang sekejap... Haha.

" Aku sayang kau. " ucap Yoongi dengan muka acah nak nangis.

" Kau apehal bodoh? " Baekhyun tergelak kecil. " Aku pun sayang kau. " ucap Baekhyun acah-acah malu.

Tiba-tiba wajah Yoongi berubah ceria. " Wei! Ada berita gempak aku nak bagitahu! " ayy dasar bipolar.

" Apa? "

" Aku dapat tawaran sambung belajar dekat Canada! "

Yoongi segera mengeluarkan sampul surat putih yang berada didalam beg yamg dibawanya tadi.

Baekhyun ternganga luas. " Woah! Tak sangka orang pemalas macam kau dapat sambung belajar hoho! " ni lagi sorang anak Byun. Suka sangat memerli.

Yoongi menumbuk perlahan bahu Baekhyun. Tak guna.

" Aku pun tak sangka wei! Setelah 3 tahun aku tinggalkan alam belajar, tiba-tiba dapat tawaran! Dari universiti luar negara pula tu! " Yoongi terjerit kecil.

" Alah, kau kan bijak! Sebab tu dapat. Tahniah wei! Aku bangga sangat! " kata Baekhyun sambil mengelap airmata palsunya.

Yoongi tersengih.

" Tapi... Bila kau nak kena pergi? "

" Secepat mungkin. "

" Yoon, kau bukan buat benda ni seba--- "

" Nope. Ni semua sebab masa depan aku. "

Baekhyun mengangguk kecil.

Dan tak lama lagi, Yoongi yang akan tinggalkan anak-anak asuhannya.

Bantal tidur ditepuk sebelum Yoongi melabuhkan kepalanya.

Frame gambar mereka bertujuh yang terletak diatas meja lampu sebelah katil, Yoongi tatap.

" Hyung sayang korang. Saranghae. " Yoongi menguap lalu memejamkan matanya.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now