+25

6.7K 1.3K 353
                                    

" Jom makan! " ajak Baekhyun.

Mereka berenam berlari tergedek-gedek ke arah meja makan dan memanjat kerusi untuk duduk.

Jimin pula dibantu oleh Baekhyun untuk duduk.

" Jemput makan! " ucap mereka berenam.

Baekhyun tersenyum. Sopannya bebudak ni. Dia mengambil sebiji kek beras dan menggigit sedikit.

" Wah! Sedapnya! Siapa buat ni? " puji Baekhyun. Memang betul-betul sedap. Tak tipu.

Seokjin dan Hoseok tersenyum bangga. " Jinnie, Hobie dengan Byul noona yang buat! " kata Seokjin dengan lagak diva.

Eskiyus meh kid. Depan kau tu pun diva.

Baekhyun menepuk tangannya. " Wah kecil-kecil dah pandai masak! Yang lain ni, pandai apa je? " tanya Baekhyun pada Namjoon, Jimin, Taehyung dan Jungkook.

" Pandai makan! " jawab mereka berempat dengan ceria.

Aigoo. Baekhyun tersenyum. Kecil-kecil dan pandai menjawab.

Tiba-tiba Taehyung memanjat meja makan. Semua menoleh ke arahnya.

" Hei turun. Nanti jatuh. " nasihat Baekhyun. Tetapi Taehyung tetap berdegil.

" Aku nak tunjuk ni! Aku boleh lompat dari tempat tinggi! Tengok tau! " seusai sahaja Taehyung berkata, dia terus melompat.

Semua yang melihat menjadi kagum kecuali Baekhyun dan Namjoon.

" Yah! Bahayalah! Jangan buat lagi. " tegas Baekhyun.

" Aku nak cuba! "

" Aku pun! "

" Nak juga! "

Mereka semua memanjat meja dan terus melompat. Naik gila Baekhyun dibuatnya.

Manakala Namjoon hanya duduk di meja makan dan menjamu selera. Food is bae. Itulah motonya.

Jungkook memanjat meja. " Tengok! Aku nak buat flip! " kata Jungkook dan terus berlari untuk melompat.

Bukk!!!

" YAH!!! " jerit Baekhyun membuatkan mereka semua terdiam.

Jungkook yang sudah berbaring diatas lantai kerana sakit di angkat. " Kau ikut aku. " kata Baekhyun dengan nada marah.

•••

" Hyung! Sakit lah! "

" Hyung! Kenapa buat adik kitorang macam tu?! "

" Adik? Budak macam korang ni cuma menyusahkan je. "

Baekhyun membuat muka pokernya.

Pakk!!

" Yah! Hyung nak tolong Kook kan sekarang ni! Jangan lah pukul hyung! " marah Baekhyun. Ayyy sakit pula hati dia.

Dah lah main terjun-terjun meja makan. Lepas tu jatuh, menyusahkan orang. Ada juga yang makan pelempang satgi.

" Hyung urut lah perlahan sikit. Kesian tau Kookie! " marah Seokjin pula.

Mereka berenam duduk mengelilingi Baekhyun yang dengan mengurut kaki Jungkook.

" Nak perlahan macam mana lagi? Hyung baru je sentuh dah cakap sakit. Ni dah kira perlahan dah tau. " omel Baekhyun.

" Tu lah korang, hyung dah kata jangan terjun meja makan. Korang degil. Ha sekarang tengok siapa susah? Sepak kang! " Baekhyun mengetap bibirnya.

Namjoon mengangkat tangan kanannya. " Dah hyung dah. Jangan membebel. Benda dah lepas. " kata Namjoon.

Memang dia mengaku salah diorang sendiri yang pergi terjun dari meja makan. Namjoon tak join bebudak tu terjun pun tetap kena bebel. Tu yang dia tak puas hati.

" Sakit!!! "

" Yah hyung!!! "

Baekhyun mengeluh. " Korang ni kan. " Baekhyun menggelengkan kepalanya tanda kesal.

•••

" Aku syak, Byul noona tak pernah nampak keburukkan hyung sebab tu dia buta boleh bercinta dengan hyung. " ucap Jungkook dengan angkuh.

Muka Baekhyun diperhatikan dari jarak dekat. " Tengok lah muka tu. Tak kacak langsung. Aku lagi kacak. Hmph! " Jungkook menggulingkan matanya. Cemburu k bila dia tahu Byul tak lama lagi akan jadi milik Baekhyun.

" Baek hyung hensem lah. Eee kau tu yang buta. " kata Hoseok. Menyampah pula dia dengan Jungkook.

" Yang kau nak masuk campur dalam urusan hubungan hyung kenapa? " tanya Baekhyun.

Baekhyun tertawa sinis. " Cemburu lah tu hyung dapat Byul noona. HAHAHA! " sakat Baekhyun.

Jungkook menjelingnya. " Aku harap aku dapat racun kau hyung. " Jungkook mengetap giginya.

" Eeeee!! Omma! Tookie nak Byul noona! " rengeknya Jungkook. Nak menangis rasanya.

Taehyung duduk diatas riba Baekhyun. " Hyung, apa yang hyung pakai kat mata hyung tu? " tanya Taehyung. Nampak cantik mata Baekhyun sebab ada benda tu.

" Oh? Ni eyeliner. " kata Baekhyun. " Dia cantikkan mata kita tau. Kalau Bwi pakai mesti cantik juga! " cadang Baekhyun.

" Woahh!! Bwi nak pakai lah macam tu! " teruja Taehyung berkata.

" Boleh. Nanti hyung pakaikan. " Baekhyun mencubit pipi Taehyung.

" Emm hyung. " panggil Seokjin. Ada sesuatu dia nak tanya. Pada pengamatan matanya, Baekhyun ni memang jaga keterampilan betul!

" Ya? "

" Macam mana kuku hyung boleh berkilat macam tu? Kulit muka hyung pula nampak bersih je. Pakai apa? Minyak wangi apa yang sesuai untuk lelaki? Bla.. Bla... Bla... " panjang berjela Seokjin menanyakan soalan.

Baekhyun dengan bangganya menyatakan semua yang dia pakai dan apa yang bagus untuk tubuh badan.

Indeed Diva Baekhyun.

Nampaknya budak-budak ni dah sukakan Baekhyun.

Habislah Yoongi.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now