BAB 42

10.8K 341 4
                                    

Luz Amsyar menapak menuju kekatil yang mana Isterinya berada..setelah tahu apa yang terjadi..hatinya bagai dihempap batu..perit mengetahui kebenaran tapi dia sedar..andai isterinya tidak mendermakan separuh hatinya..kemungkinan dia takkan wujud dimuka bumi ALLAH ini lagi..dia mungkin tidak sempat melihat bakal anaknya lahir.. dengan perlahan dia mencapai tangan Qaseh Malika sebelum digenggam erat..

"Sayang.." panggil Luz Amsyar lembut..

"bangun sayang..abang datang ni..abang datang bukan nak marah Qas..tapi nak ucapkan terima kasih.." sambungnya lagi..tangan isterinya dilekapkan dipipinya..airmatanya mengalir perlahan..

"Kenapa sayang tak jujur dekat abang pasal benda ni..tch!mestilah sayang tak nak bagitahu kan..sebab sayang tahu yang abang takkan izinkan..pandai sayangkan.."

"bangun sayang..abang janji abang takkan marah sayang..abang takkan masam muka lagi dengan sayang..abang akan sentiasa senyum untuk sayang..abang takkan buat sayang sedih lagi..maafkan abang ya sayang.." sedu suara Luz Amsyar..

Dia menarik nafas panjang sebelum dilepaskan dengan berat..

"bangun sayang..tadi mama kata..kita bakal timang cahaya mata..abang rasa lega sangat..abang bersyukur sangat sebab kehadiran dia membuktikan cinta kita..sayang bangun ya..nanti bila dah cukup bulan..kita pergi check ya..kalau dapat anak lelaki kita letak Qairil Luzth..kalau perempuan kita letak Luz Rossa..nama kita sayang..sayang bangun lah..sampai hati sayang tinggalkan abang sorang dekat sini..bangun lah..abang janji sayang bangun je..abang bagi apa je yang sayang minta..kecuali kahwin lain..." sambungnya lagi..ibu jarinya mengusap belakang tangan isterinya..

"Luz.." tegur seseorang..

Luz Amsyar mengangkat kepalanya lalu menoleh kearah belakang..nafas berat dilepaskan..

"Am..apa dah jadi Am..kenapa korang semua tak nak bagitahu aku benda ni dari awal..kenapa Am.." suara Luz Amsyar seperti menahan hiba didalam hati..

"Haih.." keluhan berat dilepaskan..

"bukan kitaorang saja-saja..tapi tu permintaan isteri kau..kitaorang semua terpaksa ikat janji.." sambungnya lagi..

Luz Amsyar menunduk kebawah..

"Mana Rayyan??panggil dia..aku nak jumpa dia.."

"dia ada hal penting katanya.." keluhan berat dilepaskan oleh Luz Amsyar..

"Qas..bangun sayang..jangan diam..Qas tak sayang abang ya..kalau sayang..bangun lah..kesian dekat abang.." suara Luz Amsyar..pipi isterinya dibelai lembut..

"Luz..aku sarankan kau rehat dulu..kau baru je lepas operation kan..baik.."

"kau diam!aku lebih rela sakit dari tengok isteri aku sakit..aku cuma nak dia sedar tu je Am..salah ke Am.."potong Luz Amsyar..

Ammar Syakir menggosok belakang tengkuknya..

"Haih..ya aku tahu..tapi kalau kau sakit ..sia-sia je isteri kau dermakan hati dia dekat kau..baik dia tak payah dermakan dekat kau kalau kau sendiri nak sakit ." tegur Ammar Syakir dalam nada geram..

"Aku tak minta dia dermakan tahu tak!aku boleh hidup selagi aku mampu..kau faham tak!.." kolar baju kot putih Ammar Syakir direntapnya..

"Wow..wow..kau ni emo sangat kenapa..ingat sikit kau baru lepas OPERATION..ingat sikit Luz.." nasihat Ammar Syakir sebelum kolarnya dilepaskan dari genggaman Luz Amsyar..

'habis berkedut baju aku..haih..' rungut Ammar Syakir dalam hati..

"Dah lah..jangan sedih..she will be fine..trust me okay.."

"huh!kalau dia okay kenapa dia tak sedar lagi??"kau tengok keadaan dia makin tenatkan!.." tengking Luz Amsyar..

'makin parah aku tengok..baik aku blah.." omel Ammar Syakir..

"heish..geram pula aku dengan kau.." rungut Ammar Syakir sebelum keluar dari wad itu..

Luz Amsyar duduk disisi isterinya sebelum melentokkan kepalanya diatas kepala milik isterinya..

"Bangun sayang..abang perlukan sayang..abang perlukan senyuman sayang untuk lengkapkan hidup abang..bangun kalau sayang cintakan abang..kasihkan abang..please my heart..my love.." rayu Luz Amsyar..Airmatanya mengalir sekali lagi..

"sayang perlukan abang juga.." suara Qaseh Malika lembut..

Luz Amsyar terkejut dengan apa yang dia dengar lalu mengangkat kepalanya dari situ..

Qaseh Malika tersenyum manis saat bertentang mata dengan suaminya..

"sayang lega tengok abang dah kembali sembuh.." ucap Qaseh Malika perlahan..

"Sayang.." pqnggil Luz Amsyar sebelum memeluk tubuh isterinya erat .dia menangis semahunya dibahu isterinya..hatinya lega saat melihat senyuman isterinya..dia fikir dia sekadar bermimpi tapi bila melihat senyuman isterinya..hatinya benar-benar lega kerna ia bukan mimpi dan khayalan..

"abang lega bila sayang dah sedar.." sambungnya..

"sayang memang dah sedar lama lah abang..abang ingat sayang koma apa.." seloroh Qaseh Malika sebelum tergelak kecil..

Luz Amsyar mengangkat kepalanya sambil memandang kedalam mata isterinya dengan mata merah..

"ap..apa maksud sayang..??" soal Luz Amsyar pelik..

Qaseh Malika tersenyum manis sambil kedua belah tangannya memegang pipi suaminya..

"maksud sayang..sayang dah sedar lama..sayang tak pengsan tak apa pun..sayang okay je bang.." terang Qaseh Malika..

"ha..habis Rayyan kata sayang tenat.??"

"bila masa pula sayang tenat..sayang okay je..Alhamdulillah sayang dah okay.." kata Qaseh Malika dengan senyuman manisnya..pipi suaminya dikucup lembut..

"Ta..-"

"kau ni lembab la Luz.." kutuk satu suara dari arah pintu

mereka berdua memandang kearah pintu serentak..

"Hu??Ammar??"

"ha..yala.."

"kau..kau kata Qas tenat.." suara Luz Amsyar perlahan..

"mana ada..tu semua hanyalah lakonan.."

"aku kena prank lah ni??" katanya perlahan..sebelum menjeling tajam kearah isterinya..

"sayaaaaang.." lirih suaranya memanggil isterinya..

"ops!maaf..sayang hanya menurut sahaja..tapi tak sangka menjadikan..hehe..thanks abang..sayaang abang..Qas pun cintakan abang.." ucap Qaseh Malika dengan mimik muka yang comel..

Luz Amsyar menarik hidung mancung isterinya geram..

"sakiit lah!.."

"balasan..haih..sakit jantung abang bila dapat tahy sayang tenat..siapa punya angkara ni??" bebel Luz Amsyar..

"Am..sapa punya plan ni??" soal Luz Amsyar sambil memandang kearah kawannya itu..

"kitaorang.." jawab dua suara serentak yang berdiri dibelakang pintu..

kebetulan pula,ahli keluarga masing-masing masuk..jadi sukar untuk Luz Amsyar melihat gerangannya..

"haih..kau rupanya.." keluh Luz Amsyar saat melihat duaorang itu..

A Luz Do Amor (C)Where stories live. Discover now