BAB 38

9.2K 329 17
                                    

masa yang ditunggu-tunggu oleh Luz Amsyar serta keluarganya membuat mereka berdebar..

"Luz dah sedia ke??" soal Ammar Syakir yang baru masuk..pemakaian Luz Amsyar sudah ditukar kepada pemakaian khas untuk pembedahan..

"boleh bagi aku lagi lima minit tak??" pinta Luz Amsyar..matanya setia dipintu masuk wad..

"mana Ika,Luz??" soal Tengku Aleeya kepelikkan..

"Luz tak tahu ma.."keluh Luz Amsyar

"Dia tahu ke tak yang Luz nak operation hari ni??"

"tahu..kot..Luz sendiri tak tahu.." keluh Luz Amsyar sekali lagi..

Luz Amsyar setia menunggu Qaseh Malika..hatinya tak putus dari berhenti doa agar isterinya tiba sebelum masanya..

"Luz.." panggil Ammar Syakir sekali lagi..

Luz Amsyar menoleh kearah Ammar Syakir sambil melepaskan keluhan berat..

"Okay..aku faham.." jawab Luz Amsyar perlahan..

"Mama..papa..Ibu..Ayah..doakan Luz ya.." pinta Luz Amsyar lembut..

"kami semua sentiasa mendoakan keselamatan Luz..Luz kena kuat waktu dekat dalam sana..ingat kami semua tunggu Luz..Doa kami sentiasa iringi Luz.." kata Haji Mohd bagi pihak mereka semua..

"Mama.."

"Luz kuat ya..mama tahu Luz akan berjaya..jangan tinggalkan mama ya..mama tunggu Luz.." jawab Tengku Aleeya dengan sedu..dia berjalan lemah kearah anaknya lalu dia memeluk erat tubuh Luz Amsyar..

"In Shaa ALLAH ma..Luz harap pembedahan kali ni berjaya..Aamiin.." doa Luz Amsyar dalam pelukkan mamanya..

tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar..terjengul kepala Qaseh Malika disebalik pintu itu..

"maaf lambat.." suara Qaseh Malika lembut..senyuman nipis dihadiahkan untuk semua..

Ammar Syakir terkejut dengan kehadiran gadis itu lalu dia berjalan ketempat Qaseh Malika..

"Apa awak buat dekat sini??awak tahukan keadaan awak masih lemah.." soal Ammar Syakir dalam nada perlahan tapi tegas..

Qaseh Malika tersenyum nipis..

"Saya datang demi dia.." jawab Qaseh Malika perlahan sambil matanya tertumpu kepada suaminya..Ammar Syakir yang faham dengan maksud Qaseh Malika hanya mampu berdiam diri sebelum keluhan berat dilepaskan..

"Maaf lambat abang,Qas tak tahu pula jalan nak ke sini sesak sangat.." alasan Qaseh Malika tanpa memberitahu perkara sebenar..

Luz Amsyar sekadar berdiam diri..bagaikan berjauh hati dengan kelewatan isterinya meskipun dalam hati berasa lega dapat bertemu dengan isterinya selepas kejadian yang berlaku pada dua minggu lalu sehingga menyebabkan Qaseh Malika membawa diri..

"Qas kenapa lambat??" soal Haji Mohd..

"Maaf ayah..Qas ingat nak datang awal..tapi tersekat dekat tengah-tengah tadi.." jawab Qaseh Malika sambil tersenyum kecil..

Ahli keluarganya mengangguk faham..

"Kalau macam tu..Ayah tinggalkan Qas dengan Luz.." Haji Mohd melangkah keluar dari bilik itu diikuti dengan yang lain..

Qaseh Malika berjalan menuju kesuaminya..

"Abang.."panggil Qaseh Malika lembut..

"kenapa datang??" soal Luz Amsyar dingin..Qaseh Malika sekadar tersenyum kecil..dia tahu suaminya merajuk dengannya tapi buat sementara waktu..belum masanya untuk memberitahu perkara sebenar..

"Qas nak jumpa abang lah.."

"perlu ke??"

"perlu.." jawab Qaseh Malika yang masih dalam nada lembut..

"Abang.." tangan Luz Amsyar dicapai lalu diusap lembut..

"Hum..nak apa?cakap cepat sikit..abang dah lambat ni.." suara Luz Amsyar bagai menghalau..

"Qas sayang abang..Qas harap operation kali ni berjaya..Qas nak abang gembira macam dulu..Qas perlukan abang.." jujur Qaseh Malika..hujung bibirnya digigit sedikit menahan perit..secara tak langsung Luz Amsyar menariknya kedalam dakapan..

"Abang sayang Qas juga..abang tak nak kehilangan Qas..maafkan abang sebab dah lukakan hati Qas sebelum ni..Abang..-" kata-kata Luz Amsyar terhenti disebabkan tindakkan isterinya mengucup bibirnya lama..

tak lama itu..bibir Luz Amsyar dilepaskannya..malu menyerang dirinya lalu dia menundukkan kepalanya kebawah..

"Hehe..malu ya.." sakat Luz Amsyar lembut..pipi isterinya diusap lembut..belum sempat Qaseh Malika ingin bersuara,suara Ammar Syakir terlebih dahulu menegur mereka..

"Ehem.!sudah-sudah lah tu nak romantiknya.." tegur Ammar Syakir dengan nada pura-pura menyampah..

"Kau ni Am..nak masuk tak boleh ke bagi salam dulu..kacau line la.." rungut Luz Amsyar..

"ha yala..kau tengok waktu sekarang??kau dah lambat nak jalani pembedahan tahu tak.." bebel Ammar Syakir sambil mencekak pinggang..

"Erk..yeke??" soal Luz Amsyar polos..Qaseh Malika sudah tergelak kecil..

"Abang pergi lah..Qas tunggu abang dekat luar.." sampuk Qaseh Malika dengan nada lembut..Luz Amsyar tersenyum gembira lantas mengangguk kepala faham..

"Luz..cepatlah.."

"ya..aku dah sedia.." mendengar jawapan Luz Amsyar,Ammar Syakir terus keluar dari bilik itu untuk memanggil beberapa orang nurse untuk membantunya membawa Luz Amsyar kebilik bedah..

Qaseh Malika yang sedang berdiri dihadapan Luz Amsyar sudah berasa tidak selesa..matanya mula kabur..

"Sayang??kenapa ni??" soal Luz Amsyar pelik..lengan isterinya dipegang..

"muka Qas pucat..Qas tak sihat ke??" soalnya lagi..kini lebih kepada cemas..

"Tak..Qas cuma pening..mungkin kurang tidur.." alasan Qaseh Malika..

Luz Amsyar melepaskan keluhan lemah..

"jangan risaukan Qas..Qas baik je..abang keluar dengan selamat ya.." Luz Amsyar sekadar mengangguk kepala..pinggang isterinya dipeluk rapat..Qaseh Malika mengusap rambut suaminya lembut..

pintu dibuka dari luar..kelihatan Ammar Syakir dan beberapa orang Nurse sudah bersedia untuk membawa Luz Amsyar kebilik bedah..

"Nurse..bagi ubat tidur lebih sikit ya.." arah Ammar Syakir..

"Woii..woi..agak-agak lah sampai nak suntik lebih.." bantah Luz Amsyar..

"jangan nak bebel lah..kau sekarang ni pesakit..bukan doktor..kau kena ingat operation kalini bukan sekejap..tapi lama..jadi..-".

"haih..yala..tak payah nak bebel lagi..buat cepat.." potong Luz Amsyar malas..

Ammar Syakir mengangguk kepala faham sebelum mengarahkan seorang nurse lelaki memberikan suntikkan ubat tidur kepada Luz Amsyar..

tak sampai lima minit..mata Luz Amsyar sudah mula berat..perlahan-lahan matanya yang tadi terbuka luas tertutup rapat..

"He will be okay..right??" suara Qaseh Malika..

Ammar Syakir mengangguk kepala sambil tersenyum..

"Jangan risau Ika..dia tak apa-apa..In Shaa ALLAH.." Qaseh Malika mengangguk kepala faham..

Luz Amsyar diusung menuju kebilik bedah diiringi para nurse..

Qaseh Malika berjalan perlahan-lahan ditemani oleh Ammar Syakir..tiba-tiba dia terasa bagai ada cecair panas mengalir dari hidungnya..lantas dia mengelap menggunakan belakang lengan bajunya..

"Ika??" tegur Ammar Syakir sebelum dia terkejut dengan apa yang dia lihat..

"Ika..dar..- ya ALLAH.." belum sempat Ammar Syakir menghabis kata..tubuh Qaseh Malika sudah longlai..hampir sahaja mencium lantai tapi sempat ditangkap oleh Ammar Syakir..

A Luz Do Amor (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang