BAB 6

10.7K 358 6
                                    

Setelah pulang dari Hotel Crystal Crow..Luz Amsyar terus masuk kedalam bilik tidurnya..Teguran dari Tengku Aleeya turut diabaikan..

Kini dia baring diatas katilnya sambil memandang keatas..fikirannya kembali mengingati kejadian tadi..parut yang hampir hilang kembali berdarah kembali..

"Haih..masalah betul lah..kalau aku tahu dia nak jumpa aku sebab tu memang aku tak nak datang..huh!menyesal aku pergi.. stolto!(bodoh).." marah Luz Amsyar sambil mengetuk kepalanya perlahan..sedang dia memarahi dirinya..pintu biliknya dibuka dari luar..wajah Tengku Aleeya kelihatan dihadapan pintu biliknya..

"Luz..kenapa ketuk kepala tu.." tegur Tengku Aleeya sambil berjalan kearahnya..Luz Amsyar mengeluh seketika sebelum bangun dari pembaringannya..

"Mama..hurm..ada apa ni ma.."

"Mama risau dengan anak kesayangan mama ni..tiba-tiba balik dari keluar tadi terus mood nya hilang..ada apa-apa yang jadi ke??." soal Tengku Aleeya lembut..Luz Amsyar terdiam seketika..

'Nak bagitahu mama ke??.aku takut nanti lain pula jadinya .haih..baik aku diamkan je.' fikir Luz Amsyar dalam hati..

"Luz??"

"ha..erm..tak tadi Luz jumpa klien tapi terjumpa pula dengan Lis..habis hilang mood nak jumpa klien tu..lepas tu Luz ambil keputusan terus balik.." dalih Luz Amsyar..

'maafkan Luz,mama..'

"ohh..ha..cakap pasal Lis..mama dapat berita dari mak ngah Luz..dia kata Paan nak kahwin dengan Lis hujung minggu ni.." kata-kata Tengku Aleeya menyentakkan Luz Amsyar..

"Lis, mama??..dengan Paan??tapi kenapa??" soal Luz Amsyar dalam nada pura-pura terkejut..

"Haih..tah la..mama pun tak tahu nak kata macam mana..kesian dekat Mak Ngah Luz tu.."

"apa yang dah jadi dekat Mak Ngah??Paan buat apa ma??"

"Hurm..katanya Paan ditangkap berkhalwat dengan Lis..kalau pihak media tahu..tak tahu macam mana mama nak katakn.." keluh Tengku Aleeya..dia berasa kasihan dengan dugaan yang menimpa keluarga adiknya..

'aku rasa baik aku jujur..' bisik hati Luz Amsyar..

"Mama...maafkan Luz.." ucap Luz Amsyar tiba-tiba..lengan Tengku Aleeya diraih sebelum dierat lembut..

"Kenapa tiba-tiba ni.." Soal Tengku Aleeya kepelikan..

Luz Amsyar menarik nafas sebelum melepaskn dengan perlahan lalu mencerita perkara sebenar..Tengku Aleeya benar-benar terkejut dengan apa yang dicerita oleh anaknya itu..bagaikan terkena renjatan ..dia terus bangun dari duduknya..sehingga menyebabkan Luz Amsyar kepelikan dan terkejut..

"Mama..hurm..maafkan Luz..Luz salah .Luz cuma nak hubungan tu dihalalkan..maafkan Luz ma.." ucap Luz Amsyar sambil menundukkan kepalanya..Tengku Aleeya menarik nafas sedalamnya sebelum melepaskannya lemah..

"Luz tak salah..mama tahu Luz buat sesuatu benda tu mesti ada sebab..mama tak salahkan Luz.."pujuk Tengku Aleeya..beginilah sikap Lux Amsyar bila bersama dirinya serta suaminya..sifat manjanya lebih terserlah berbanding bila bersama orang lain..

"Tapi..-"

"jangan risau..mama faham..tindakkan Luz ada benarnya..sampai bila nak bagi Paan dengan Lis buat benda terkutuk tu tanpa ikatan Sah..jangan risau..kalau Mak Ngah Han tahu pun..dia akan faham..Pak Ngah Adam pun faham.." jelas Tengku Aleeya..Luz Amsyar mengangguk kepala lemah..

"Jadi..minggu depan kita stay rumah Mak Ngah  dengan Pak Ngah Luz ya.."

"eh..kenapa??." soal Luz Amsyar kepelikkan..

A Luz Do Amor (C)Where stories live. Discover now