BAB 15

9.4K 376 6
                                    

Sebaik sahaja terima panggilan dari Ammar Syakir tentang masalah yang menimpa Luz Amsyar..Tengku Aleeya bergegas ke kelantan diikuti suaminya..sepanjang perjalanan kesana hatinya tidak tenang selagi tak melihat keadaan anak tunggalnya itu..

penerbangan dari KL ke KB mengambil masa beberapa jam..sepanjang itu juga Tengku Farrel Imran memujuk untuk menenangkan isterinya..

"sayang..cuba bawa bertenang.."

"macam mana nak bertenang kalau semua tu jadi dekat anak kita.."jawab Tengku Aleeya dengan keluhan berat..fikirannya kembali.mengingati perbualannya bersama Ammar Syakir..

"Mak Engku..Luz kena belasah.."

"ya ALLAH..macam mana boleh jadi macam tu Am??"soal Tengku Aleeya cemas..

"Luz dengan Ika kena tangkap basah..Luz kata dia tak ada buat apa..dia tak nak bertanggungjawab tapi lain pula jadinya..dia dapat habuan .."terang Ammar Syakir dengan keluhan berat..dia sendiri tak sangka kawannya itu ditangkap basah sewaktu berdua-duaan dengan Qaseh Malika..

"Ika??Qaseh Malika ke maksud Ammar.."

"hum..ya.." jawab Ammar Syakir perlahan..Tengku Aleeya melepaskan keluhan berat..

selepas sahaja dia mendapat berita itu..pantas dia meminta setiausahanya menempah tiket ke kelantan malam ni juga..nasib menyebelahi mereka berdua..Tengku Aleeya bernafas separuh lega..

"Leya..kita dah sampai ni..cepat cari kereta sewa..nanti lambat pula..sekarang pun jam hampir ke dua pagi.." suara Tengku Farrel Imran..Tengku Aleeya tersedar dari lamunannya pantas bangun dari dudukny..

Perjalanan dari Kota Bharu ke Bachok mengambil masa empat puluh lima minit..

sebaik sahaja tiba dihadapan kediaman keluarga Qaseh Malika..Tengku Aleeya pantas berlari anak menaiki tangga..sebaik sahaja dia memberi salam dan membuka pintu itu..hati ibunya luruh melihat keadaan Luz Amsyar yang penuh dengan darah dan lebam..

Luz Amsyar terkejut dengan kehadiran ibubapanya pantas memandang kearah Ammar Syakir..

"maaf..aku cuma nak keluarga kau tahu je.." mendengar jawapan Ammar Syakir membuat Luz Amsyar merengus lemah..

"Mama.." panggil Luz Amsyar sebelum bangun dari duduknya..dengan kesakitan yang ditanggung saat itu..dia hanya mampu bertahan..

"Luz..Ya ALLAH apa dah jadi ni??" soal Tengku Aleeya sambil memeluk tubuh Luz Amsyar..

"Assalammualaikum..maaf kami lewat sampai.." ucap Tengku Farrel Imran sebaik sahaja masuk kedalam rumah itu..salamnya dijawab oleh semua orang yang berada disitu..

"tak ada lewat mana..maafkan kami sebab meminta tuan dan puan datang kesini.." pohon Haji Mohd..Tengku Farrel Imran hanya membalasnya dengan senyuman..

"Boleh terangkan apa yang dah jadi??"sampuk Tengku Aleeya yang sudah duduk bersebelahan Luz Amsyar..

"sebelum tu kita kenalkan diri dulu lah ya.." sampuk Mak Nab dengan senyuman tawar.yang lain hanya mengangguk kepala..

"Saya Haji Mohd..ketua kampung dekat sini..dan ni isteri saya..Hajah Zainab..dan dua ni anak kami..Qairul Mikhail dan Qaseh Malika..puan kenalkan dengan Ika..jadi Qairul ni abang kembar dia.." terang Haji Mohd..

"Sebelah tu??"

"oh..ni menantu sulung kami..Maya Maisara.."

"Kalau macam tu..saya Tengku Farrel Imran..Haji boleh panggil dengan panggil Imran sahaja..dan sebelah ni isteri saya..Tengku Aleeya..boleh panggil Leya..tak perlu 'tengku-tengku' ni ya bila dengan kami.." terang Tengku Farrel Imran lembut..yang lain terkejut bila dapat tahu siapa sebenarnya Luz Amsyar..rupa-rupanya bukan calang-calang orang..

"Err..Teng..ku??" Tengku Aleeya mengangguk kepala..

"Erm..maaf kami tak..-"

"tak apa kami faham..jangan lah risau..sekarang ni boleh bagitahu apa yang terjadi??" soal Tengku Aleeya ..

Haji Mohd menarik nafas lalu melepaskan dengan lemah sebelum menceritakan apa yang terjadi..Luz Amsyar hanya berdiam diri termasuk Qaseh Malika..

Tengku Aleeya terdiam seribu bahasa selepas mendengar apa yang terjadi..

"Tapi Mak Engku..Luz tak salah..Ika yang salah..kalau Ika dengar cakap Luz yang dia suruh Ika duduk luar..mesti tak akan jadi macam ni.." bela Qaseh Malika..

"betul ke Luz?" soal Tengku Farrel Imran..

"Erm..betul pa.." jawab Luz Amsyar perlahan..

"Tapi kau tetap kena kahwin dengan Ika.." sampuk Qairul Mikhail..Luz Amsyar memandangnya dengan muka tak puas hati..

"kan aku kata aku tak buat salah..jadi aku tak nak!.." bentak Luz Amsyar..

Qairul Mikhail bangun dari duduk lantas menarik kolar baju Luz Amsyar..

"kau kata apa tadi??tak nak??"

"ya..aku ta..-" belum sempat Luz Amsyar menghabiskan katanya..satu tumbukkan kena tepat pada pipinya..sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh tersandar pada sofa..

"Luz! ya ALLAH.." Tengku Aleeya mendapatkan anaknya..

"Luz..papa sarankan Luz kahwin dengan Ika.."

"tapi papa..Luz tak nak!.."

"Luz dengar cakap papa ni.."

"tak nak papa!Luz kat..-"

"Luz Amsyar!!.." tengking Tengku Farrel Imran..Luz  Amsyar terkedu dengan tengkingan papanya..lantas meraup mukanya kasar..

"Fine!Luz ikut..tapi Luz tak nak hubungan ni dirahsiakan sehingga Luz terima semua ni.."

"kenapa pula..benda baik kot.." sampuk Ammar Syakir..

"baik atau tak..aku tak kisah..aku nak masa..korang yang paksa aku kan??jadi aku ikut..tapi kalau lepas ni ada apa-apa jadi..jangan salah kan aku..faham!." tegas suara Luz Amsyar..semua orang hanya berdiam diri..

Tengku Farrel Imran meminta Haji Mohd menjadi wali untuk pernikahan mereka..dengan hati yang berat Luz Amsyar menurut segalanya..

"Aku terima nikahnya Qaseh Malika binti Mohd dengan mas kahwinnya senaskah AlQuran dan peralatan solat.."lafas Luz Amsyar..

"sah??"

"sah.."

"sah.."

jawab mereka semua ..

"alhamdulillah..sekarang ni Ika adalah isteri Luz..jadi jaga maruah suami dan keluarga suami..ingat pesan Ayah semua.." ujar Haji Mohd..Qaseh Malika hanya menunduk kepala faham..

Luz Amsyar hanya mencebik muka..

'lakonan!aku benci lakonan!' rungut Luz Amsyar dalam hati..

Luz Amsyar bangun dari duduknya dan keluar rumah..belum sempat dia ingin melangkah kaki keluar..Tengku Farrel Imran menegurnya..

"Luz nak kemana??"..

"Luz nak ambil masa untuk semua ni..nanti bila dah sedia Luz balik..maafkan Luz mama..papa.." ucap Luz Amsyar lalu melangkah pergi kearah kereta BMWnya dan dia berlalu pergi..

"mama minta maaf dengan tindakkan Luz tu Ika.."

"Ika faham mama..salah Ika bukan salah Luz..Ika tetap akan tunggu Luz selagi Ika mampu.." jawab Qaseh Malika dengan senyuman tawar..hatinya pedih melihat pemergian Luz Amsyar..

A Luz Do Amor (C)Where stories live. Discover now