BAB 18

10.1K 344 9
                                    

Luz Amsyar memandu sehingga tiba disebuah hospital..tujuannya hanya satu..berjumpa Ammar Syakir! itu tujuannya..

sebaik sahaja tiba diperkarangan hospital..Luz Amsyar memarkingkan keretanya dibawah pokok rendang..jaket kulitnya disarung ditubuhnya..cermin mata hitam dipakai..rambutnya dibiarkan nampak matted..sebelum keluar dia menarik nafasnya sebelum dilepaskan dengan perlahan..

Dengan lafaz 'bismillah' dia melangkah masuk kedalam bangunan hlospital itu..beberapa pasang mata memandangnya dengan pandangan pelik,teruja, tergoda dan sebagainya..

Luz Amsyar sekadar membuat bodoh tanpa memandang pandangan beberapa orang yang berada disitu..langkahnya diaturkan sehingga tiba disebuah bilik yang tertera nama 'DR.SYAKIR..'

"Amboii..Syakir..nak juga nama top tu.." gumam Luz Amsyar sendirian sebelum membuka pintu bilik itu..

Luz Amsyar mencari kelibat Ammar Syakir disitu sebelum terdengar suara Ammar Syakir yang sedang berbual bersama seseorang..

"Awak tahukan bila je dia balik sini..awak kena jadi pembantu dia dekat sana pula..awak jangan buat-buat lupa pula.." suara Ammar Syakir..Luz Amsyar sekadar mendengar tanpa bersuara disebalik almari..ingin melihat gerangan siapa yang sedang berbual bersama Ammar Syakir tidak kelihatan disebabkan gadis itu membelakangkan dirinya..

"Ya .saya tahu tapi dia tak kenal saya,Am.." keluh Gadis itu iaitu Qaseh Malika..

"Awak ni..memang lah dia tak kenal..awak dah ubah penampilan..haih.." keluh Ammar Syakir..

"Boleh saya teruskan kerja saya dekat sini Am??" soal Qaseh Malika..

"maaf..saya tak izinkan..awak tetap kena jadi pembantu dia..faham" tegas suara Ammar Syakir..Qaseh Malika hanya menunduk kepala sebelum berlalu keluar..

Luz Amsyar melihat Ammar Syakir seperti ingin menuju ketempatnya lantas dia berlari ke arah kerusi yang berada disitu lalu mengeluarkan Asusu Zenfone5 nya..caranya dia bagaikan tidak mengetahui apa-apa..

'Siapa dia??suara dia sama macam Qas..tapi dari penampilan bukan..' bisik hati Luz Amsyar yang tika itu sedang perpura-pura bermain game diAsusnya..

"Luz??!" Ammar Syakir terkejut melihat Luz Asmyar berada disitu..

'Dia dengar ke perbualan aku dengan Ika tadi??tapi kalau dengar kenapa dia tak tegur?? mungkin dia baru masuk kot..' fikir Ammar Syakir..

"hye kawan lama..apa khabar??" sapa Luz Amsyar dengan nada gembira..

"Ceh!poyo la kau..dua tahun menghilang tiba-tiba datang 'kawan lama'.." perli Ammar Syakir..Luz Asmyar tergelak dengan perlian kawannya itu..

"Maaf lah..tiba-tiba je menghilang.."

"kau patutnya bagitahu aku..ini tak..terus menghilang..kau tahu lepas kau menghilang je..Mak Engku dengan Pak Engku risau kan kau.." bebel Ammar Syakir..Luz Amsyar sekadar berdiam diri sebelum duduk dikerusi yang diduduknya tadi..

"Heih..kau ni sama je dengan mama..aku tahu..aku salah tiba-tiba je bawa diri tapi kan aku dah kata aku buat sebab perlukan ruang.."

"tapi lama kot..dua tahun beb..dua tahun...DUA TAHUN.."ulang Ammar Syakir..Luz Amsyar sudah memandangnya dengan muka bosan..

'mamat ni kan..aku tahu lah dua tahun tapi jangan lah sampai nak mengulang dua tiga kali..aku luku kag sia-sia je' omel Luz Amsyar dalam hati..

Ammar Syakir sudah membuat muka tak bersalahnya..

"bila kau balik ni??" soal Ammar Syakir selepas melihat Luz Amsyar hanya berdiam diri..

"tadi.." jawab Luz Amsyar sepatah..

A Luz Do Amor (C)Where stories live. Discover now