BAB 41

9.9K 341 7
                                    

"Mana isteri aku Am??" soal Luz Amsyar..

kali kedua Luz Amsyar sedar..kelibat isterinya yang dicari..Ammar Syakir sudah kehabisan idea untuk menjelaskan kepada Luz Amsyar tanpa memberitahu perkara sebenar..

"Am..aku tanya kau ni..dari tadi aku tanya kau asyik diam je..tak pun lari topik..apa jadi??mana Isteri aku.." soalnya lagi..kali ni suaranya lebih kepada mendesak..

"Err.." belum sempat Ammar Syakir bersuara..pintu wad dibuka dari luar..

"Luz dah sedar Am??Eh..ya ALLAH..anak mama.." suara Tengku Aleeya teruja..air mata gembira mengalir membasahi pipinya lantas tubuh anaknya dipeluk erat..

"Mama.."

"ya sayang??" pelukkan dileraikan..pipi Luz Amsyar diusap lembut..

"Isteri Luz mana??" soalnya lembut..

Tengku Aleeya terdiam sebelum memandang kearah Ammar Syakir..

"Maa..Luz tanya ni..mana isteri Luz??apa dah jadi??" soalnya dengan lebih tegas..

"Err..isteri Luz ada je.."

"ada??mana dia??panggil dia..Luz nak jumpa dia boleh ma..Luz rindukan dia.." pinta Luz Asmyar..

"Dia tak ada dekat sini.."

"dia pergi mana??" potong Luz Amsyar..hatinya terguris bila mendapat tahu isterinya tiada disisinya..

"Dia..er..keluar..ha..dia keluar..katanya ada hal penting.." sampuk Ammar Syakir..

"Keluar??hal penting??habis aku ni tak penting ke??apa yang lagi penting??suami atau benda yang penting sangat tu??" suaranya mula meninggi..

Ammar Syakir tertelan air liru payah..belum sempat dia ingin mengeluarkan jawapan..pintu bilik dibuka kasar..seorang nurse kelihatan pucat..

"Doktor..pe..pesakit bi..lik 401 kri..tikal.." suara nurse itu dengan nada cemas..

Ammar Syakir terkejut dengan apa yang didengari..

"Am??" panggil Tengku Aleeya perlahan..

Ammar Syakir menoleh kearah Tengku Aleeya..

"Mak Engku jangan risau..Mak Engku tolong jagakan Luz sekejap ya.." pinta Ammar Syakir..

"Nurse tolong panggilkan Doktor Rayyan suruh dia datang kebilik itu.." arah Ammar Syakir sebelum keluar dari bilik Luz Amsyar dengan tergesa-gesa..

Tengku Aleeya memerhati sahaja sebelum keluhan berat dilepaskan..

"mama.." panggil Luz Amsyar perlahan..

Tengku Aleeya menoleh kearah anaknya..

"Ya Luz??Luz nak apa² ke??"

"erm..tak.." gelengnya..

"habis tu kenapa??"

"apa dah jadi sebenarnya??boleh mama bagitahu Luz??"

"tak ada apa sayang.." jawab Tengku Aleeya dengan senyuman tawar..

"Luz dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena mama..jujur dengan Luz mama.."

"tak ada apa.."

"kalau tak ada apa.mana isteri Luz??kenapa mama macam muram bila dapat tahu pasal pesakit dekat bilik 401 tu kritikal??apa dah jadi mama??jawab jujur mama!.." suara Luz Amsyar tegas..mukanya merah menahan marah dan geram..

"Luz..cuba bawa bersabar..jangan macam ni..Luz baru je sedar..Luz.."

"cukup!Luz nak isteri Luz sekrang atau baik Luz mati je.." ugut Luz Amsyar..

Tengku Aleeya sudah menangis..hatinya mula berbelah bahagi..

"Luz..cuba bawa bertenang "pujuk Tengku Aleeya yang masih boleh bersabar..

"No!Luz kata Luz nak isteri Luz!Luz nak Qaseh Malika!Mama faham ke tak!.." tengking Luz Amsyar..

"Dia tak ada!Luz faham tak!Dia tak ada.."Suara Tengku Aleeya mula tinggi..hatinya dicengkam sebak..

"a..apa maksud mama??" soal Luz Amsyar..suaranya mula perlahan..

"maafkan mama,Luz..mama tak boleh bagitahu Luz.."

"bagitahu apa ma??"

"maafkan mama..mama tak bole bagitahu.."

"Tell me ma..please.." rayu Luz Amsyar..

Tengku Aleeya menggeleng kepala tanda tidak mahu..

Luz Amsyar mengetap giginya menahan geram..

"Ma.." belum sempat Luz Amsyar bersuara..pintu dibuka sekali lagi..seorang nurse masuk dengan wajah sayu..

"Tengku Aleeya.." panggil Nurse itu lembut..

"ya saya.."

"err..Doktor Rayyan ingin berjumpa Tengku..katanya tentang..-"

"oh ya..saya jumpa dia sekarang.." potong Tengku Aleeya sebelum menoleh kearah anaknya..

"Luz jaga diri kejap..mama nak jumpa Doktor.." suara Tengku Aleeya sebelum melangkah keluar dari bilik itu..

"Nurse..tolong saya boleh??" pinta Luz Amsyar lembut..

Nurse lelaki itu mengangguk kepala sebelum berjalan kearah Luz Amsyar..

Tengku Aleeya berjalan dengan cepat menuju kebilik wad menantunya..kelihatan semua orang mula berkumpul diluar bilik itu..

kelihatan juga Hajah Zainab sedang menangis sambil dipujuk oleh Haji Mohd..

"Ammar..apa dah jadi??" soal Tengku Aleeya sebaik tiba disitu..

"Mak Engku.." sapa Ammar Syakir perlahan..

"Macam mana keadaan Ika,Ammar??"

"keadaan dia tak stabil tiba-tiba..Doktor Rayyan masih didalam untuk memeriksa Keadaan Ika.."

"kenapa tak Am??"

"Rayyan lagi arif tentang semua ni Mak Engku.." terang Ammar Syakir..

Tengku Aleeya mengeluh berat...

"Luz tahu ke ma??"soal Tengku Farrel Imran..sememangnya dari tadi dia berada ada disitu untuk melihat menantunya..

"tak..tadi dia desak mama..tapi mama masih tak bagitahu perkara sebenar.." jawab Tengku Aleeya dengan perasaan bersalah..

"sabarlah ya sayang..In shaa ALLAH ..menantu kita akan baik macam dulu.."

"mama harap macam tu pa..mama rasa nak je bagitahu Luz yang isterinya mengandung tapi mama takut.."

"apa maksud dengan dia mengandung ma??" sampuk satu suara..

semua orang menoleh kearah itu dengan riak terkejut..

Tengku Aleeya sudah memucat .

"Luz.." sebut Ammar Syakir..

Mereka semua memandang kearah lelaki itu dengan riak kaku dan terkejut..manakala riak wajah Luz Amsyar merah menahan marah..








#sorry pendek!idea terhenti..tettt..soory😘

A Luz Do Amor (C)Where stories live. Discover now