BAB 24

9.1K 345 5
                                    

seminggu berlalu dengan pantas..kini Luz Amsyar mula bekerja seperti biasa bersama Qaseh Malika..meskipun mereka berdua bekerja dibawah bumbung yang sama..bangunan yang sama..status hubungan mereka berdua masih dirahsiakan..

Hubungan antara Luz Amsyar bersama Tengku Aleeya kembali jernih disebabkan bantuan dari Isterinya..

"Doktor Luz..nanti dalam pukul 11 doktor ada patients yang perlu dibedah.." terang Pembantunya..

"Sayang..stop call me Doktor Luz..im your husband okay.." keluh Luz Amsyar..

"ya..saya tahu..tapi sini hospital..ingat sikit ya.." pesan Qaseh Malika..Luz Amsyar mencebik tak suka..

"tapi dalam bilik ni ada kita je kan.." komen Luz Amsyar sambil mencebik..Qaseh Malika menggeleng kepala sebelum menyerahkan satu fail kepada Luz Amsyar..

Baru sahaja Luz Amsyar berniat hendak menangkap tangan isterinya tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar..niat terbatal!..

"selamat pagi Doktor.." sapa Samy seorang nurse yang bekerja dibawah Luz Amsyar juga..

"pagi Samy.." jawab Luz Amsyar dingin..Qaseh Malika sekadar berdiam diri sambil mengemas keadaan rak dibelakang Luz Amsyar duduk..

"err..sa..saya mengganggu doktor ke??" soal Samy ketakutan..

"Awak rasa.." Luz Amsyar menyandar kebelakang sambil memeluk tubuh..keningnya dijongketkan..

"maaf Samy..hari ni mood doktor muda kita kurang baik lah..ada apa awak datang sini Samy.." sampuk Qaseh Malika sambil tersenyum manis..selendangnya dibetulkan..

Luz Amsyar mencebik mendengar alasan dari isterinya .

"kita tak ada mood sebab dia okay. " gumam Luz Amsyar perlahan..Qaseh Malika yang mendengar rungutan suaminya lantas dia memijak kaki kiri lelaki itu..terjerit Luz Amsyar disebabkan terkejut dan sakit..

"Eh..Doktor kenapa ni??" soal Samy terkejut..

"erm..tak ada apa..cuma tiba-tiba kena gigit dengan semut ni..bisa jugalah kena dia..boleh bengkak.."

"semut??" soal Samy kepelikkan .Qaseh Malika sudah tergelak saat dia menoleh kebelakang..

Samy mengangkat bahu tanda tak faham..

'ayoo Doktor ni..muda² sudah pandai merapu..ini kalau ada bini..aku harap bininya faham lah perangai ini doktor..' omel Samy dalam hati dengan gaya percakapan budayanya..india.

"maaf Doktor kalau ganggu doktor waktu macam ni..saya cuma nak ambil fail pesa..-"

"awak dah minta dekat Doktor Ilman??"

"err..dah tapi Doktor Ilman kata..fail tu ada dekat bilik Doktor Luz..jadi saya datang ni nak ambil fail tu.." terang Samy..Luz Amsyar memusingkan pen yang berada ditangannya sebelum memandang kearah Qaseh Malika sebelum memandang kearah Samy semula..

"hurm..baiklah..bagi nama pesakit tu dekat Qaseh.." Samy mengangguk faham sebelum berjalan kearah Qaseh Malika..Luz Amsyar meneruskan kerjanya namun dia sempat memasang telinga..

"jadi..Samy nama pesakit??"

"errr..sekejap.." Qaseh Malika hanya mengangguk..Samy mengeluarkan nota kecil dipoketnya sebelum mencari nota yang disalinnya tadi..

"Erm..Tengku Farhan.." sebut Samy..

Luz Amsyar tersentak tatkala mendengar nama orang yang dikenalinya..Qaseh Malika sudah mengerut dahi bagai mengingati sesuatu..

'dekat mana aku pernah dengar nama tu eh..' fikir Qaseh Malika dalam diam..

"Maksud Awak Tengku Farhan Tengku Adam ke Samy??" soal Luz Amsyar serius..

"ha!betul la tu Doktor.." jawab Samy yang tidak tahu apa-apa..

"dia sakit apa??"

"err..apa yang saya tahu kan Doktor..pesakit kemalangan dan memerlukan operation dengan segera..tapi.."

"tapi apa??!"

"ada masalah sikit.." Samy menjelaskan masalah yang dialami oleh Tengku Farhan..Luz Amsyar benar-benar terkejut dengan apa yang disampaikan..

suasana menjadi sepi selepas Samy habis bercerita..tiba-tiba Qaseh Malika bersuara lantang..

"Ha!!dah ingat dah!.." jerit Qaseh Malika teruja..

Luz Amsyar serta Samy mengurut dada disebabkan terkejut..

"apa yang awak jeritkan ni.." tegur Luz Amsyar kegeraman..

'heish dia ni..nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tak habis aku..bini sapa lah ni..eh bukan bini aku ke?? alahai..sabarkan hati jela Luz..' omel Luz Amsyar dalam hati..

Qaseh Malika tersengih malu..pipinya digaru perlahan..bagai menutup gugup

'baru aku ingat..Paan tu sepupu Luz..kiranya hubby kepada Tengku Allisa Damia lah kan..'fikir Qaseh Malika dalam hati..

"err..maaf sebab buat korang terkejut.."

"ayoo Ika..kalau aku mati tadi macam mana??" marah Samy..

"kalung bunga ada Samy.." seloroh Qaseh Malika..Samy sudah menepuk dahi..Luz Amsyar pula sudah menggeleng kepala..

"Isteri sapa lah ni.." omel Luz Amsyar perlahan tapi dapat didengari oleh Qaseh Malika..

"isteri awak.." bisik Qaseh Malika dekat telinga Luz Amsyar..Samy yang melihat sudah pelik..

"Doktor ada apa-apa ke dengan Ika ni.??haaa.." sakat Samy..sambil jari telunjuknya digoyangkan kearah mereka..

"errr...ma..mana ada!kau ni Samy..jangan fikir macam tu nanti kecil hati fans Doktor muda kita ni.." dalih Qaseh Malika..Samy sudah tergelak..

manakala Luz Amsyar sekadar memerhati..haih..ni nak kerja ke berborak ni..parah kalau ada pekerja macam diaorang berdua ni.. omel Luz Amsyar..

"yala!Ika betul..kalau itu fans tahu patah seribu.." jawab Samy..Qaseh Malika sudah tergelak..

"ehem..hello guys..sekarang ni waktu bekerja..jadi nak borak bergosip nanti waktu rehat ya.." celah Luz Amsyar dengan muka bosan..

"Erk!maaf Doktor..maaf..saya sudah lupa..saya minta diri dulu doktor..Ika..nanti lunch kita together okay.." pohon Samy sebelum berlalu keluar dari bilik itu..

Luz Amsyar sudah mengangkat kening..

"Apa??" soal Qaseh Malika..

"hurm..tak ada apa..bagi fail Paan dekat Abang.." pinta Luz Amsyar..Qaseh Malika hanya menggeleng kepala tatkala mendengar panggilan ganti diri itu..nak halang dah tak larat..

Qaseh Malika mencari fail yang bernama Tengku Farhan..hampir lima minit mencari akhirnya fail itu jumpa lalu diserahkan kepada suaminya..

"ni fail Paan.." Luz Amsyar mengambil fail itu lalu dibaca dengan teliti..keluhan berat dilepaskan..

"kenapa Abang??" soal Qaseh Malika..

"teruk juga keadaan Paan..abang rasa abang akan handle kes ni..Qas buat kerja Qas..abang nak bincang dengan pakar bedah yang lain.." kata Luz Amsyar..

"hurm..okay..good Luck bang.." balas Qaseh Malika..

Luz Amsyar membalas dengan senyuman kecil sebelum melangkah keluar dari bilik itu..Qaseh Malika hanya mampu memerhati je sebelum menyambung kerjanya..





























#sorry guys kerap updte pendek..idea sekarang ni sekat² la😂..nanti sis try updte panjg..apa² selamat membaca 😘

A Luz Do Amor (C)Where stories live. Discover now