Konflik Helmi Dan Ayda

257 2 0
                                    

Hisyam menumpang rumah ibu bapa Suraya sebelum berpindah ke rumah baru.Pada malam pertama,Hisyam dengan baju pengantinnya itu duduk di atas katil keletihan.Suraya sudah pun menukar bajunya dan inilah kali pertama Hisyam melihat rambut Suraya yang panjang dan lurus itu.

"Awak kenapa ni pandang saya macam tu?" tanya Suraya
"Ouh takde apa cuma first time tengok rambut awak.Awak tak pakai tudung pun cantik" balas Hisyam
"Hehe terima kasih awak"
"Awak saya ni nak tanya sikit"
"Apa dia?"
"Saya masih nak tahu apa permintaan terakhir Azam"

Suraya hanya mendiamkan dirinya

"Awak saya tanya ni"
"Erm sebenarnya..."
"Sebenarnya apa?"
"Azam tak kasi saya kahwin selain daripada dia"
"Permintaan terakhir apa ni?!" Hisyam nampak berang apabila ada orang menyuruh Suraya membuat sedemikian
"Eh tapi ni awak kahwin dengan saya?" Hisyam bertanya lagi
"Sebab saya cintakan awak lebih daripada dia" balas Suraya

Hisyam memahami dan terharu

"Bukan ke Azam lagi baik daripada saya?" kata Hisyam lagi
"Tak,Azam tak sebagus awak.Saya lagi sayang awak" kata Suraya sambil memeluk Hisyam

Hisyam membalas pelukan Suraya dengan pelukan yang sangat erat.Ayda dan Helmi baru lepas pulang dari makan di luar

"Diorang sekarang tengah happy je lepas kahwin" kata Ayda
"Alah biarlah diorang punya hal"

Ayda bermasam muka

"You kenapa? Nanti kita kahwinla"
"Bila? Nak tunggu you kerja sampai sekarang asyik lepak je"
"I kan kerja dengan Hisyam"
"Ha dah tu bila nak kahwin?"
"You ni gelojoh sangat kenapa?"
"Takdela I cuma..." Ayda tidak menghabiskan kata katanya

Helmi juga mendiamkan dirinya sepanjang perjalanan pulang.Setiap hari Hisyam akan mengupload gambarnya bersama Suraya sebagai isterinya.Hal ini membuatkan Ayda menjadi cemburu tapi apakan daya Helmi masih tidak mahu berkahwin.Siapa sangka segalanya telah berubah apabila Hisyam sudah mendapat Suraya kembali.

"Err Assalamualaikum Syam?" mesej daripada Ayda
"Eh Mira Waalaikumussalam kenapa ni?" balas Hisyam

Ayda rindukan panggilan 'Mira' itu di telinganya.Ayda membiarkan sahaja chat itu tergantung kerana dia tidak mahu mengacau Hisyam bersama isterinya.Disebabkan hari ini Helmi keluar melepak bersama kawan kawannya jadi Ayda bercadang untuk keluar seorang diri menenangkan fikirannya.Tiba tiba Ayda terlanggar seorang dan menyebabkan Ayda dan orang itu terjatuh.Walaupun Ayda berjalan dengan perlahan tetapi kegopohan orang itu yang membuatkan impak pelanggaran mereka lebih kuat dan terjatuh.Ayda segera bangun dan membantu orang itu untuk bangun.Rupanya orang itu ialah Mira Filzah yang sebenar.Ayda terdiam dan hairan kenapa tiada bodyguard atau PA bersamanya.Mira Filzah memberi isyarat kepada Ayda supaya diam dan terus berlalu pergi.Hal ini membuatkan Ayda ingin menceritakan hal ini kepada Hisyam tapi dia mula terfikir jika Hisyam tidak berminat dengan ceritanya itu.Maka dia tidak bercerita kepada Hisyam.Hisyam dan Suraya kini sudah berpindah ke rumah baru mereka.Sedang mereka mengemas rumah baru mereka perasan bahawa Ayda ialah jiran mereka.Ayda tidak menyedari kehadiran jiran barunya itu dan ketika itu juga Ayda berada di luar bersama Helmi.Apabila Ayda pulang Ayda terpandang rumah yang selama ini kosong sudah berpenghuni dan kebetulan Suraya berada di luar rumah.

"Eh tu Suraya ke?" kata hati Ayda
"Hei Ayda!" tegur Suraya dari jauh
"Eh betullah Suraya" Ayda pergi ke arah Suraya
"Tak sangka kita berjiran" kata Suraya
"Ha'alah aku pun tak sangka" kata Ayda
"Kalau ada masa lapang singgahlah rumah"
"In Shaa Allah"

Mereka pun terus berbual kosong dan panjang lebar.Apabila telah selesai masing masing masuk ke dalam rumah.Keesokannya Ayda pergi keluar berjoging tetapi kali ini bukan bersama Helmi.Ketika berjoging Ayda terserempak dengan Hisyam.Hisyam melontarkan senyuman dan Ayda pun membalas senyumannya itu.Hisyam pun meneruskan senamannya itu tanpa menghiraukan Ayda.Ayda kelihatan sedih kerana menganggap seolah olah Hisyam sudah melupakannya.Walaupun Hisyam hanyalah kawannya tetapi dia agak terasa apabila Hisyam sudah melupakannya.Suatu hari Ayda keluar bersama kawannya di sekitar bandar.Tiba tiba Ayda ternampak Helmi bersama dengan perempuan lain .Helmi bermesra dengan perempuan tersebut seperti membelai rambut perempuan itu.Bukan hendak menuduh tetapi memang sah itu perempuan yang dia curang.Ayda hanya berdiam dan tidak bertegur dengan Helmi buat masa yang lama.Helmi yang tidak tahu apa apa mula mengesyaki Hisyam dalangnya.Maka Helmi bertindak pergi ke rumah Hisyam dan menerjah rumahnya itu.

"Woi Syam! Kau keluar!" jerit Helmi

Hisyam pun keluar

"Apa hal ni Helmi?" kata Hisyam
"Ayda mana Ayda?"
"Erm aku mana tahu"
"Jangan tipu aku! Kau dah ambil dia daripada aku"
"Apa ni? Aku dah ada Suraya buat apa aku nak ambil Ayda pula?"
"Habistu kenapa aku tak nampak dia dua minggu ni?! Aku call tak angkat,rumah macam takde orang,mesej tak balas apa semua"

Hisyam terkejut lalu menelefon Ayda

"Hello Assalamualaikum Mira"
"Eh Waalaikumussalam Hisyam,kenapa call ni?" balas Ayda dengan suara mendayu dan perlahan
"Kau okay tak?"
"Okay,kenapa?"
"Helmi ada kat sini ha dia kata dia tak nampak kau dua minggu dah"
"Helmi? Cakap dengan dia aku taknak jumpa dia sekarang"
"Ouh okay Mira"
"Okay" panggilan dimatikan

Hisyam memandang Helmi yang sedang baran itu.

"Ayda kata dia tak nak jumpa kau buat masa ni" kata Hisyam
"Ah kau tipu!" tengking Helmi
"Betul,tadi aku call dia"
"Tapi kenapa?"
"Aku pun tak tahu"

Helmi pun terus berlalu pergi dari situ.Hisyam ingin mengetahui masalah sebenar Ayda jadi dia bercadang untuk berjumpa dengan Ayda

Kawanku Mira Filzah Tak OriWhere stories live. Discover now