-14-

193 39 11
                                    

Yohyeon

"Tolonglah. Kali ni je."

Yohyeon melajukan langkahnya. Terus dia berlari ke arah tengah jalan. Matanya ditutup serapat mungkin, tolonglah. Dia nak mati.

Cahaya dari lampu kereta seakan lampu yang menyorot ke arah tubuh Yohyeon. Silau yang akan membawa dia ke satu alam yang dia inginkan. Dia tak mahu hidup.

Teksi yang dinaiki Seungcheol hampir sahaja merempuh tubuh Yohyeon. Lelah ahjussi itu menekan brek sekuat yang mampu. Nasiblah sempat. Tidak terkata akan kejutan gila itu.

Siapa masih ingat Yohyeon?

Nama yang seakan sudah lama hilang dari dunia. Nama yang jijik. Katanya. Tak. Yohyeon hidup. Dia masih lagi hidup sehingga kini. Dialah pesakit kepada Seungcheol . Agak mengagumkan bukan?

Abang dan adik sama-sama dirawat oleh doktor yang sama. Cumanya, kisah semestinya berbeza. Yohyeon dengan hidupnya, Jeonghan dengan kisahnya.

Habis? Siapa yang terbunuh?

Siapa yang mati?

Yang mati Yoon Yo Hyeon. Yang berdiri di tengah jalan itu? Wen Yohyeon , masih hidup. Ulang, Wen Yohyeon. Kenapa Wen? Mudah. Kad pengenalan baru, petik mana-mana nama keluarga. Habis cerita.

Yohyeon agak terkenal di dalam dunia black market. Ya, menjual barang-barang terlarang memang kepakarannya. Organ dan ya.. Korang sendiri tahu apa itu black market.

Ya dan ya.

Darah Jeonghan turut mengalir di dalam badannya. Darah orang gila. Darah orang kurang siuman. Darah sewel dan tentunya darah si raksasa yang membuatkan orang lain takut.

"Yohyeon! Apa kau buat dekat tengah jalan tu?!"

Seungcheol sudah keluar daripada teksi. Ahjussi yang membawa teksi masih lagi di dalam keadaan terkejut. Tidak berganjak daripada tempat duduknya.

Mungkin Seungcheol sudah mula biasakan diri dengan perkara-perkara gila. Setakat hampir langgar manusia bukan sesuatu yang besar baginya. Di ugut bunuh jauh lebih menakutkan daripada 'ter' langgar orang.

"Seung.. cheol?"

Yohyeon membuka matanya. Tak! Dia boleh jumpa  dengan sesiapa sahaja tetapi bukan Seungcheol. Dengan keadaan paling teruk, dia tak boleh berjumpa dengan doktornya sendiri.

Amarah Yohyeon mula naik sehingga ke kepala. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Mood swing memainkan peranan pada waktu yang sangatlah tidak tepat. Di tengah jalan raya.

"Apa kau buat ni?! Kalau kau nak mati sangat, jangan guna cara yang macam ni lah!"

Entah. Seungcheol yang masih emo dan baran bertembung dengan situasi yang langsung tidak digambarkan. Mampu ke doktor psichatrist memainkan peranan?

Emosi tak stabil.

Bad physical condition.

Kau rasa?

Bila api bertemu api. Air pula tak ada. Makin membahang makin membara. Bila-bila lava boleh mencair. Selinap ke semua ruang. Biar keadaan panas, hangat dan tegang. Biar. Tengok apa yang jadi.

"Kau diam boleh tak?!"

Tidak semena pisau keluar daripada poket seluar Yohyeon. Ya, sudah menjadi tabiat bagi Yohyeon membawa pisau ke mana sahaja tempat yang ditujunya.

"Kau berambus! Aku tak nak tengok muka kau!"

"Turun kan pisau tu."

"Jangan mengarah aku! Kau diamlah!"

[ C ] Promise '/, Y.j.hWhere stories live. Discover now