-13-

178 42 10
                                    

Choi Seungcheol

"Aku pun harap aku takkan berjumpa lagi dengan kau."

Seungcheol berjalan dengan amarah. Dia terus duduk di tepi jalan menunggu kedatangan teksi. Batu kerikil menjadi permainan kaki. Batu-batu kecil di sepak perlahan.

Entah. Tiba-tiba sahaja dia hilang mood.

Pelik bukan? Kalau diikutkan, Jeonghan dan personaliti-personalitinya bukan sesiapa dalam hidup Seungcheol. Ulang , bukan sesiapa.

Tetapi mendapat kata-kata tajam seperti tadi betul-betul membuatkan dadanya sakit. Seperti hilang kawan. Entahlah. Dia tak mahu bahayakan nyawanya tetapi dia mahukan susuk tubuh itu didiami Jeonghan.

Keliru. Teksi berhenti di bahu jalan. Dalam masa yang sama seorang wanita turun daripada teksi itu. Seungcheol mula mengangkat punggung dan membersihkan kotoran yang terlekat.

"Gumawoyo, ahjussi."

Wanita itu berjalan keluar daripada teksi tersebut dan mereka berdua berselisih sesama sendiri. Bahu beretuh bahu.

"Jwiseonghaeyo."

"Hm."

Seungcheol menundukkan kepalanya sedikit bagi mewakili tanda menerima ucapan maaf.  Seungcheol terus mengambil tempat untuk duduk di bahagian belakang kereta.

"Ahjussi, Seoul."

"Nae."

Dan malam terus berlalu. Sepi sangat malam ni. Sejuk dan membosankan. Seungcheol hanya merenung ke luar tingkap teksi. Entah apa yang bermain di fikirannya.

Teksi berhenti memandangkan lampu isyarat memerah. Seungcheol melihat sekumpulan kawan bergembira kejar mengejar di antara satu sama lain.

Seorang memegang kasut di tangan. Seorang mengendong rakannya di belakang memandangkan lelaki yang dikendongnya sedang tidur mati.

Seorang lagi sudah maki hamun mengejar lelaki yang berada paling hadapan dengan berkaki ayam. Kasut kena curi mungkin. Mereka kelihatan sedang bergembira walaupun wajah mereka menunjukkan ekspresi muka yang sebaliknya.

"Bila dah besar, korang tak akan dapat rasa kegembiraan ni lagi. Malam masih muda. Bergembiralah. Jangan sia-siakan masa muda."

Seungcheol berkata sendiri.

"Aigoo!"

Seungcheol memandang ke arah ahjussi yang sedang memandu.

"Waeyo?"

"Ahjussi salah jalan."

"Eh?"

"Sepatutnya simpang tadi ahjussi belok kiri. Entah fikiran melayang terbelok kanan."

"Ah.. Kenchanayo. Saya tak terkejar pun nak balik Seoul."

"Kamsahabnida."

Lampu isyarat yang merah bertukar hijau. Teksi meluncur laju di atas jalan raya dan membuat pusingan U. Cuba meninggal satu bandar bersejarah bagi Jeonghan.

"Aku betul-betul harap kita takkan berjumpa lagi."

Dan.. Junghan dan Seungcheol masing-masing patutnya tahu, mereka sesama sendiri tidak memaksudkan perkataan mereka.

Mereka tipu diri sendiri.

Mereka kembali ke jalan yang sama. Di mana Seungcheol dan Junghan berpisah. Jalan yang sama bahu Seungcheol beretuh dengan wanita yang menaiki teksi yang dinaikinya.

Seungcheol masih leka memandang ke luar tingkap. Seorang lelaki berjalan menunduk. Hoodie kelabu tersangkut pada kepalanya. Ya, figura tubuh dan cara berjalan serta silangan tangan yang sangat dia kenal. Salah seorang daripada pesakitnya.

[ C ] Promise '/, Y.j.hKde žijí příběhy. Začni objevovat