-5-

398 81 12
                                    

Gyuhan

"Rahui! Macam mana ni! Jeonghan dah lepas dari sekatan mimpi. Dia dah ada dekat pintu memori!"

Semuanya jadi kelam kabut. Jeongsoo tunjukkan diri, dan sekarang Jeonghan dah tembus sampai pintu memori!

"Kau tunggu sini. Aku halang Jeonghan. Tengok dan perhatikan segalanya. Jangan biarkan Jeonghan nampak memori lama dia. Kalau perlu, kau boleh munculkan diri."

Rahui memberi arahan. Terus dia bergerak keluar dari pusat kawalan utama memori Jeonghan. Serabut! Semua makin kelam kabut!

Semuanya akan terkawal kalau aku tak lupa untuk letakkan semula jam hipnosis pada tempat asalnya. Argh! Semua bermula dari aku!

Semua berpunca dari aku. Aku perlu betulkan apa yang salah. Jeonghan tak boleh tahu memori lama dia. Kami bertiga dah usaha segalanya.

Tanpa dia sedar, satu pintu memori mula terbuka. Terdapat 100 pintu memori di dalam kepala Jeonghan yang mereka perlu kawal.

Rahui dan Jeonghan berada di pintu 1. Di mana segalanya bermula. Pintu ke 7 terbuka. Pintu itu tidak pernah terbuka. Malah dikawal lebih ketat daripada biasa.

Rahui yang jaga pintu-pintu memori tu. Dia dah tunjukkan semua memori. Dari pintu 1 sehingga pintu 100. Tapi bukan pintu 7. Entah, dia masih tidak tahu.

Monitor di hadapannya di tenung lama. Pintu 7 terbuka dengan luasnya. Mahu atau tidak, aku terpaksa turun padang untuk tutup dan kunci pintu tu.

Bilik kawalan kosong.

Aku berjalan sehingga ke pintu 7. Rahui dan Jeonghan bergelut di pintu 1. Dan pintu 1 terletak lebih kurang 1 km darinya.

Ruang di dalam kepala Jeonghan lebih besar dari yang dijangka. Sebab? Zaman kanak-kanaknya. Dia hidup dalam imaginasi lebih dari realiti.

Terdapat Kota YJ di belakang bukit sana. Anggaplah kepala Jeonghan seperti sebuah bandar. Yang luas. Jeonghan dan Rahui? Mereka seperti berada di dalam sebuah rumah dengan 100 bilik tidur.

Lebih kurang.

Aku berada di hadapan pintu 7. Lihat apa yang aku jumpa. Haha, Jeonghan betul-betul banyak rahsia. Aku nampak..

Rahui.

Memori yang menarik perhatian aku. Aku nampak Rahui dan Jeonghan. Rahui, nyata. Bukan secara fizikalnya. Tapi Jeonghan boleh nampak Rahui. Macam, manusia. Ya, manusia.

Aku masuk dan kunci pintu 7 dari dalam. Rahui pasti akan mengamuk kalau dia tahu aku dah ceroboh pintu 7. Pintu paling sulit. Katanya..

Aku ke arah panel suara. Buka suara. Oh ya! Selama ini Rahui matikan suara. Sebab tu Jeonghan tak pernah dengar apa-apa.

------

"Jeonghan, kau hajatkan apa?" Rahui bertanya riangnya. Jeonghan dalam lingkungan umur 5 tahun?

"Aku hajatkan kawan baru. Lebih banyak, lebih bagus! Yang baik macam kau!" Jeonghan teruja.

"Apa kata kau corakkan mereka? Macam kau corakkan aku." Rahui menyambung lagi.

Jeonghan berfikir sebentar. Seorang budak lelaki rambut separas bahu dan diikat tocang. Telinga ditindik dan mempunyai tanda lahir di lengan kiri.

Dan yang lagi seorang rambutnya separas bahu juga. Tetapi rambut di selit di belakang telinganya. Berbaju panas dan mempunyai tanda lahir di bahu kanan.

"Wah! Pandai kau corakkan mereka! Nama apa kau nak bagi?" Rahui bertepuk riang. Di masa itu, dia muncul sebagai kanak-kanak sebaya Jeonghan.

Kenyataan, Rahui berubah searus dengan masa. Jika Jeonghan tua, dia pun akan tua. Semua bergantung kepada Jeonghan yang inginkan teman.

[ C ] Promise '/, Y.j.hWhere stories live. Discover now