-9-

394 55 5
                                    

-Giriboy// Taking Care Of You
#1-Ost Promise
--

Jeonghan tersenyum sesungguhnya. Inilah hari yang paling indah sepanjang yang pernah dia lalui.

Jeonghan menjamah makanan yang berada di hadapannya. Dia punya rasa. Dia dapat rasa apa itu manis, masam, masin. Kali pertama selepas bertahun dia ingat apa itu rasa.

"Han-nie, tambahlah nasi lagi. Sikit sangat kamu makan tu."

Eomma meletakkan isi ikan croacker pada sudu Jeonghan. Jeonghan tersenyum makna. Eomma mererenung wajah anak lelakinya itu. Lalu dia tersenyum sendiri. Rahui mencebik. Makan pun susah.

"Yah, Jeonghan, mogeo. Kalau kau tak nak, biar aku makan."

Rahui mengambil sudu yang berada di tangan Jeonghan dan menyuap makanan ke dalam mulutnya. V sign di berikan kepada Jeonghan.

Jeonghan menggelengkan kepalanya. Apa nak jadilah dengan perempuan seorang ini. Tamak betul! Nasinya sendiri pun belum habis.

Eomma dan Appa ketawa melihat gelagat Rahui. Rahui masih baru di dalam dunia ini tetapi cepat benar dia sesuaikan diri. Benarlah Rahui itu gadis yang sangat istimewa pada Jeonghan.

Jeonghan memerhatikan wajah Rahui yang kelihatan sangat comel ketika mulutnya penuh dengan makanan.

"Aigoo.. "

Jeonghan mengelap butir nasi yang melekat pada bibir Rahui. Rahui terkesima. Terasa hangat tangan Jeonghan menyentuh pipinya. Sudahlah dia makan kelam-kabut.

Kemudian pipi Rahui yang kembung dengan makanan ditepuk perlahan. Lembut sahaja sentuhan Jeonghan. Pipi Rahui diusap perlahan.

Yohyeon mendehem kuat. Hyung dengan Nuna kalau sekalipun nak bercintan-cintun, pergilah jauh sedikit daripada Eomma dan Appa. Buat malu je lah Hyung dengan Nuna ni. Tak patut, tak patut.

"Mogeo, Han-nie yah. Kamu nak apa-apa lagi?"

Jeonghan menggelengkan kepalanya. Rasanya, sudah masuk kali yang ketiga dia mennambah makanan yang dimasak Eommanya. Rindu betul dengan air tangan Eomma.

Jika difikirkan semula kali terakhir dia menikmati segalanya semasa dia masih kecil dan masa kecilnya lebih kepada kehidupan raksasa. Dia tak pernah bayang pun untuk menikmati hidup sebegini.

Ini bahagia kan?

"Han-nie, Eomma dengan Appa nak keluar beli barang. Kamu duduklah dengan Rahui dulu. Hyeon-nie nak ikut Eomma dengan Appa?"

Yohyeon menggeleng.

"Kenchanayo, Eomma. Hyeon nak tidur sekejap. Letih main dengan Ryu pagi tadi."

Eomma tersenyum lebar.

"Arrasseo, adeul-ah."

Rambut Yohyeon diusap lembut. Pipi Yohyeon dicium manja oleh Eomma dan Appanya. Jeonghan juga turut dicium pipinya. Jeonghan ketawa kegelian.

Selesai sahaja makan, Eomma dan Appa bergerak menuju ke pasaraya. Mereka bertiga melambai sehingga hilangnya kereta milik Appa dari pandangan.

Jeonghan dan Rahui menonton televisyen di ruang tamu. Tiada cerita yang menarik. Semuanya bosan. Biasalah, mana nak ada saluran yang bagus-bagus? Tonton lah apa yang ada.

Rahui memilih untuk makan jajan yang ada. Biskut panjang menjadi pilihan. Rahui membiarkan lebihan biskut pada bibirnya. Ketamakkan yang tak habis. Lagipun, senang dia nak makan.

Sedang dia mengunyah biskut tersebut, Jeonghan memandang Rahui lama. Tersengih-sengih Jeonghan melihat Rahui. Comel sahaja.

Alis mata yang menenangkan, raut wajah yang menghiburkan dan seseorang yang sangat mendamaikan untuk didamping. Masakan dia akan tinggalkan Rahui?

[ C ] Promise '/, Y.j.hWhere stories live. Discover now