Prologue

955 109 12
                                    


Yoon Jeonghan

Jeonghan bermain di taman permainan. Sungguh, taman itu sesak dengan orang. Ramai kawan baru. Seronok betul!

Tiba-tiba jeritan suara yang kuat menganggunya. Ibu bapa mula menarik lengan anak-anak mereka. Habis berlari meninggalkan taman itu.

Seorang lelaki yang boleh dikatakan bapa kepada rakan disebelahnya menampar mukanya kuat. Dia tidak faham. Habis mereka memaki hamun dirinya.

Jeonghan hanya mampu menerima tamparan dan cemuhan. Segalanya berlaku dengan pantas. Tapi, dia langsung tidak mendengar suara-suara mereka.

Semuanya berlaku dihadapan matanya tetapi langsung tiada suara. Dia dapat mengandaikan lelaki tersebut marah kepadanya. Kerana mukanya tampak merah dan sangat bengis.

Dia di tampar tetapi langsung tidak dirasakan sakitnya. Dia melihat bajunya.

Darah.

Dia menoleh ke arah rakan barunya. Kaku. Habis penuh darah pada badannya. Kawan barunya sudah mati. Mungkin?

Tiada sesiapa bersamanya. Tak. Dia tak kenal sesiapa. Fikirannya makin kusut. Dan makin lama, makin kelam.

Hitam. Kosong.

Dia tidak dapat melihat apa-apa. Satu suara memanggilnya.

"Jeonghan-ah, promise me?"

Tak. Tiada sesiapa. Cuma suara. Suara yang sama.

"Promise."

Dia sendiri tidak faham. Dia langsung tidak tahu apa yang dijanjikan. Dia cuma membalas janji dengan janji. Sebenarnya, apa yang berlaku?

------

Pelakon:-

Yoon Jeonghan as Jeonghan.
Im Rahui as Rahui.

------
[Author]

Pelakon yang lain akan muncul dalam babak-babak seterusnya. Sila nantikan kisah paling drastik dan paling gila. Dunia psycho yang baharu? Ya, mungkin.

Nantikan, "Promise" Bila janji di buat. Mampukah dia mengotakannya?







[ C ] Promise '/, Y.j.hNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ