-4-

471 82 11
                                    

This is Auditory Hallucination Simulation. I warned you. I'm not joking even a bit. I'm being serious as serious I can.

If you can take it, then, hear them. If you don't , i'm begging you, please don't hear them. If you want to hear them, just hear for 4-5 second.

I can describe it as a horror voice. This is just for your knowledge. And i hear them for this story and making some research. Again, credit for @Soonho- for helping me.

I really make some research. If i am wrong about the disease, please comment and please correcting me.

Even this is just a fanfiction, the disease is real. All of them. I'm not creating them on myself. Its real and if you don't believe me, try ask Mr.Google.

Okay, I've warned you about the 4th times. Think over twice if you want to hear them.

Enough and lets start!

------

"Ada kerja dekat sini tak?" Jeonghan bertanya kepada seorang mak cik yang berusia dalam lewat 50 an.

"Ada tu ada. Tapi kerja dia agak bahaya. Nak ke kamu?" Mak cik tersebut membalas.

"Saya tak kisah mak cik. Asalkan ada kerja, ada gaji." Jeonghan teesenyum.

"Kalau kamu dah kata macam tu, jom ikut mak cik."

Mereka berdua ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bersedia untuk melakukan tugas mereka.

"Tae ju-yah!"

Lelaki yang di panggil Tae ju itu tersenyum melihat suara yang memanggilnya.

"Kenapa mak cik?" Tae Ju memandang Jeonghan dan mak cik tersebut pelik.

"Ini ha. Ada budak ni, dia cari kerja. Dia kata dia tak kisah kerja apa pun. Mak cik bawa la dia jumpa kamu. Kamu kata, kamu tak cukup orang." Mak cik itu berbicara panjang lebar.

"Kalau macam tu, tak apalah. Biar saya uruskan. Mak cik sambunglah kerja mak cik dulu." Mak cik tersebut tersenyum ke arah Jeonghan. Lengannya ditepuk perlahan. Dia berjalan menuju ke tempatnya.

"Oi budak, kau berani ke buat kerja ni?" Tae ju mulakan perbualan.

"Ni, kerja apa?" Soalan Jeonghan di sambut tawa Tae ju. Dia masih tidak tahu rupanya.

"Kau nampak apa 4 orang manusia buat dekat atas tu? Itulah kerjanya. Kau boleh ke buat kerja ni?"

Jeonghan melihat ke arah atas bangunan yang di tunjuk Tae ju. 4 orang lelaki sedang mencuci tingkap syarikat yang penuh dengan kaca.

Mereka cuci tingkap luar bangunan itu. Badan mereka di tampung dengan mesin. Ya, kerja yang agak membahayakan nyawa.

"Boleh ke kau kerja ni?" Tae ju bertanya lagi.

"Saya boleh dan saya nak kerja ni."

Jeonghan mengisi borang kerja dan Tae ju mengesahkannya. Dia ketua dalam bidang itu.

Jeonghan menukar bajunya kepada baju kerja. Dia bernasib baik, dia diterima kerja. Tae ju bersama 4 anak buahnya menaiki lori.

Mereka bergerak ke syarikat yang lain. Jikalau tadi
10 tingkat, kali ini 20 tingkat.

"Ambik ni."

Salah seorang dari 4 orang itu membaling topi keselamatan kepada Jeonghan.

Jeonghan memakai topi itu dan mula bekerja. Jeonghan tidak gementar dengan tempat tinggi. Tak, sedikit pun tak takut.

Lagipun, sepanjang umur 20 tahun ini, dia tidak pernah ingat kakinya menapak naik bangunan yang mempunyai tingkat yang tinggi. Syarikatnya sebelum ini pun dia hanya bekerja di gudang.

[ C ] Promise '/, Y.j.hWhere stories live. Discover now