Doktor muda itu menundukkan kepalanya sebelum melepaskan keluhan berat..

"Doc..jangan risua..kami semua akan terima berita itu dengan redha.." suara Tengku Farrel Imran lembut..Doktor muda itu tersenyum tawar..

'maaf kawan, aku terpaksa bongkarkan..aku tak sanggup tengok keluarga kau bersedih..' suara Doktor muda itu dalam hati..

                                          
                                                  ÷÷÷÷÷÷÷×÷÷÷÷÷÷

Qaseh Malika duduk disisi Luz Amsyar  sambil mengusap tangan suaminya lembut..

"kenapa awak rahsiakan semua ni dari saya Luz..kenapa pendamkan.."rintih Qaseh Malika..air matanya ditahan dari tadi mengalir juga..

"sebelum tu nama saya Rayyan..kenalan Luz waktu dia dekat Itali.." Rayyan memperkenalkan dirinya..

"Itali??apa dia buat dekat situ??" soal Tengku Aleeya pelik

"itu Aunty kena tanya Luz sendiri.. kenapa.." balas Rayyan dengan senyuman tawar..

"jadi..apa yang Rayyan nak bagitahu kami semua??" sampuk Tengku Farrel Imran..

"sebenarnya Luz menghidap penyakit kanser Hati.."

mendengar apa yang diberitahu Rayyan membuatkan mereka bertiga terdiam seribu bahasa..Tengku Aleeya yang hampir tumbang sempat disambut oleh suaminya..

"tapi macam mana boleh jadi Rayyan.."celah Qaseh Malika..hatinya sebak ditahan..

"mungkin keturunan..atau faktor sekeliling...kita tak tahu..dan kajian masih dijalankan.."

"Luz cadang nak balik setahun lepas..tapi disebabkan keadaannya macam tu..dia terpaksa batalkan niatnya..pada awalnya kami dah buang..kanser tu dah buang pada mula kami tahu..tapi entah macam mana benda tu berlaku lagi..sekarang ni.." kata-kata Rayyan terhenti..matanya dipejam erat..

"sekarang ni apa Ray.."

"sekarang ni kansernya semakin merebak..dan ia dah tahap ke dua..kalau kita lambat mencari penderma..keadaan Luz semakin teruk.." terang Rayyan..

Qaseh Malika jatuh terduduk..hatinya bagai disiat selepas mendengar berita itu..Tengku Aleeya sudah menangis mengenangkan keadaan anak tunggalnya itu..

Qaseh Malika menangis tersedu-sedu disisi suaminya..

"bodoh..awak memang bodoh Luz..awak ingat awak boleh tanggung semua tu sendirian..tapi awak silap..kenapa lah saya dapar suami bodoh dan lembab.."kutuk Qaseh Malika..

"sedap betul awak kutuk saya kan.." Qaseh Malika terkejut lalu mengangkat kepalanya menoleh kearah Luz Amsyar..

Tika itu suaminya sudah memasam muka..

"Err..Luz??"

"Apa??terkejut??nak kutuk lagi la tu??"

"Luz..awak dah sedar??ya ALLAH..Alhamdulillah.." ucap Qaseh Malika sebelum memeluk tubuh suaminya dengan hati lega..

"Awak ni Lembab jugakan.." kutuk Luz Amsyar selamba..namun pelukkan isterinya dibalas juga..

"awak yang lembab..kenapa saya pula.."

"awak tu yang lembab..saya dah sedar boleh terkebil-kebil lagi..kenapa??"

"saya terkejut je.." jawab Qaseh Malika selamba sebelum pelukkan itu dileraikan..

"Yala tu.." ujar Luz Amsyar sebelum meluku kepala Qaseh Malika yang dilindungi dengan tudung lembut..

"apa ni..sakit lah.."

"tipu..tipu..awak kalau bab berlakon memang pandai.." sindir Luz Amsyar..

"bila masa pula??" Qaseh Malika sudah berdiri dihadapan Luz Amsyar sambil bercekak pinggang..

"nak saya listkan ke??" sinis Luz Amsyar berkata..

"listkan lah..kalau pandai sangat.." perli Qaseh Malika kembali..

"dia ni kan.." Luz Amsyar merenung tajam kearah isterinya..

"apa tenung-tenung..tak puas hati ke.." sindir Qaseh Malika..Luz Amsyar mengeluh lemah..

Qaseh Malika memerhati keadaan Luz Amsyar..pandangan itu dapat dikesan oleh lelaki itu..lantas senyuman kecil diberikan untuk dirinya..

"jangan risau..saya okay je .." suara Luz Amsyar..

"Awak tak okay..aw..-" kata-kata Qaseh Malika terhenti disebabkan Luz Amsyar meletakkan jari telunjuknya di bibir miliknya..

"Shhh..jangan risau..saya akan okay..saya kuatkan.." pujuk Luz Amsyar lembut..Qaseh Malika hanya mengeluh lemah..

"lepas saya keluar..kita cari baju untuk wedding ya." Qaseh Malika terkejut dengan permintaan Luz Amsyar..

'dah sedia ke dia??' soal Qaseh Malika dalam hati..

"jangan risau..saya dah ready..biarpun kita dah nikah..kita buat majlis je..kalau perlu buat resepsi..kita buat..saya ikut permintaan awak ya.." sambung Luz Amsyar..Sekali lagi Qaseh Malika terkejut dengan kata-katanya..

"hurm.."

"kenapa??awak tak nak ke Qas??"

"bu..bukan.." jawab Qaseh Malika malu..

"habis tu apa??"

"kalau saya kata..saya cuma nak buat makanan-makanan dalam talam besar..awak nak tak??" jawab Qaseh Malika sinis..

Luz Amsyar terlopong mendengar permintaan isterinya sebelum tergelak besar..sehinggakan Qaseh Malika memandangnya dengan pandangan pelik..

"kenapa??" soal Qaseh Malika..

'tak nak la tu..' bisik hatinya.

"tak ada apa..cuma boleh kata..apa saja untuk awak saya sanggup lakukan..termasuk mengadaikan nyawa saya.." jawab Luz Amsyar dengan senyuman lebar..

Qaseh Malika bagai terpaku dengan jawapan suaminya lalu memeluk erat tubuh Luz Amsyar..

'semoga kebahagiaan ini kekal sehingga nafasku yang terakhir..' doa Luz Amsyar dalam hati..

A Luz Do Amor (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt