"oh..ehh..baru sampai dah kesini..apa mimpi??"

"sahaja nak jumpa kau..mana tahu boleh check aku..mana tahu aku ada sakit maut ke..boleh kau tolong aku handle masalah tu.." jawab Luz Amsyar selamba..Ammar Syakir sudah merenungnya tajam..

"Kau ni..bergurau pun agak-agak lah..jangan sampai mati pun nak bawa main.." komen Ammar Syakir..Luz Amsyar sekadar mengangkat bahu..

'Aku dah jujur..dia nak anggap main-main lantak lah..malas aku nak ulang suara lagi nanti.' ujar Luz Amsyar dalam hati..

"Oh ya..Luz.." tegur Ammar Syakir..Luz Amsyar mengangkat keningnya tanda 'apa'..

"bila kau mula kerja??"

"esok.."

"bagus lah tu..tapi betul ke esok.."

"betul lah..eh..Am..aku nak tanya kau sesuatu boleh tak??" soal Luz Amsyar tiba-tiba..Ammar Syakir sudah terdiam..

'okay..aku cuak..pasal apa ni..' getus Ammar Syakir dalam hati..

"tanya apa??"

"tentang Qas..kau nampak dia tak??aku ingat bila aku balik..aku jumpa dia..tapi tak..kemana dia pergi??" soal Luz Amsyar tiba-tiba..

"aik..apa mimpi kau tanya pasal dia ni??"

"Saja.." Luz Amsyar jawab selamba sambil mengangkat bahu..Ammar Syakir sekadar berdiam diri sambil berfikir..

"Eh Luz..aku nak tanya.."

"hum??tanya lah..apa dia.." izin Luz Amsyar..

"kau cintakan isteri kau tak??" soal Ammar Syakir tiba-tiba..

Luz Amsyar tersedak mendengar soalan maut dari kawannya itu..

"Asal soalan maut kau bagi ni.."

"maut ke??bagi aku biasa je..jawab la cepat.." gesa Ammar Syakir..Luz Amsyar menarik nafas panjang sebelum dilepaskan dengan perlahan..

"Haih..aku rasa aku ada perasan tu dekat dia.."

"rasa??aku tak nak ada rasa..jujur jelaa.."

"eh mat sayur..kau jangan nak potong ayat aku boleh tak.."

"kau panggil aku mat sayur..hina betul kau ni.."

"benda betulkan.." sinis Luz Amsyar..

Ammar Syakir hanya merengus kasar..dia benci bila Luz Amsyar memanggilnya dengan panggilan 'mat sayur' ..gara-gara waktu persekolahan dulu dia gemar makan sayur yang melebihi kuantiti..malah segala sayur ditelan..sehinggakan Luz Amsyar dan Tengku Farhan menggelarkannya dengan panggilan itu..

"Okay..apa-apa je..sekarang sambung.."

"ha..yala.." keluh Luz Amsyar..

"sepanjang aku dekat itali aku mula faham perasaan aku..aku tak sedar sejak bila aku jatuh cinta dekat dia..mungkin waktu pertama kali jumpa dia atau mungkin waktu dia datang ke majlis Paan dengan Lis..aku sendiri tak tahu.." luah Luz Amsyar..Ammar Syakir sekadar berdiam diri..

"sepanjang dekat sana aku rindu dekat dia..aku nak cuba hubungi dia..tapi aku takut.."

"kenapa pula takut??"

"tah la..mungkin sebab aku fikir dia punca aku dengan dia kena kahwin free kot.."

"kau ni..dia sendiri tak tahu benda tu akan terjadi lah..jangan main tuduh je.." sangkal Ammar Syakir..Luz Amsyar sekadar berdiam diri..

"ya..mungkin..aku sendiri tak pasti..aku ingat bila aku balik sini..aku nak balik jumpa dia..tapi aku rasa ia mustahil.."

"kenapa kau kata mustahil??dia cintakan kau juga..sepanjang dua tahun aku tengok dia setia dengan kau..setiap hari dia tunggu kau...aku boleh nampak tu semua..bukan aku je..tapi semua orang boleh nampak kecuali kau je tak nampak..." mendengar kata-kata kawannya itu..Luz Amsyar menunduk bersalah..

"Aku tahu tu..tapi aku tak rasa yang aku boleh buat dia bahagia macam orang lain.."

"selagi kau tak cuba..kau tak tahu bro.."

"ia semakin singkat Am.." jawab Luz Amsyar..Ammar Syakir mengerut dahinya tatkala mendengar jawapan kawannya itu..

"Apa yang semakin singkat??" Luz Amsyar mula sedar yang dia sudah terlepas kata..lalu dia memalingkan mukanya kearah lain sebelum bangun dari duduknya..

"kau nak kemana??aku belum tahu lagi apa maksud kau tadi..apa yang singkatnya??"

"aku nak balik..aku rasa aku dah lama berbual dengan kau..lagi pun esok aku nak masuk kerja  jadi kena rehat awal..takut tak terjaga pula aku esok.."

"awal lagi kot..kau ni..peliklah bila balik sini.."Luz Amsyar sekadar tersenyum tawar..

"Bro..oneday kau akan tahu maksud aku.." ucap Luz Amsyar sambil menepuk bahu kawannya itu sebelum melangkah pergi meninggalkan bilik Ammar Syakir..

'Maaf Am..aku belum bersedia untuk bagitahu kau dengan yang lain tentang penyakit aku..biarlah aku tanggung sakit kanser ni sendirian..' ucap Luz Amsyar sekadar didalam hati..Dia tahu masanya tak lama..sejak dia tahu bahawa dirinya mempunyai penyakit itu..semangat untuknya terus hidup bagai hilang sikit demi sedikit..dan kini kanser hatinya sudah diperingkat tahap kedua..

'faktor keturunan mungkin..' bisik hatinya

A Luz Do Amor (C)Where stories live. Discover now