BAB 38

321 15 1
                                    

"YANA pasti ke dengan keputusan yana ni?" Tanya Aiman.Kenapa adiknya perlu pergi ke luar negara?

"Yana pasti bang,Yana perlukan masa untuk rehatkan minda Yana,dekat Malaysia banyak kenangan Yana dengan Zarief jadi Yana rasa mungkin ni keputusan muktamad Yana," ujar Aryana.

Tengku Aziz hanya mendiamkan diri.

"Kut ya pun,cubalah dulu cari suami,tak payah yana pergi seorang,risau papa nanti," kata Tengku Aziz.

Aryana tersenyum kecil.

"Pa,Yana pergi ke Sydney.Kan Aunty Farah tinggal sana?Tak payah lah papa nak risau sangat err lagipun yana dah besar," jawab Yana.Rindu juga dengan Aunty Farah yang sudah 15 tahun meninggalkan Malaysia.

Farah Aina,kakak kepada arwah ibu Yana sebenarnya hanya pergi ke Sydney untuk cuti tapi tup tup jodoh ditemukan kat sana jadi kahwin lah dia dengan orang sana.Uncle Josh namanya.Hm..untunglah.

Tengku Aziz mengangguk perlahan.

"Yes!Thank you so much,papa!" Kata Aryana seraya bangkit lalu memeluk papanya.

"Bila yana nak pergi ni?" Tanya Aiman.

"Bulan depan,"

"Hah?!Kenapa awal sangat?" Tanya Aiman.

"Lagi cepat,lagi baguskan?"

"Hm yelah.." akhirnya Aiman mengalah.

QAIRYN dan Aleeya mengesat air mata yang terasa hangat di pipi.

"Gonna miss you,babe." Kata Qairyn.Aleeya hanya mampu mengangguk.

Aryana tersenyum manis ikhlas dari hati buat dua orang rakan baik nya.

"Me too,korang take care tau?Kalau nak kahwin ke atau dah jumpa jodoh,kita boleh skype kan?" Tanya Aryana.

Aleeya tergelak kecil.

"Mestilah,"

Tanpa disedari,Zarief sebenarnya duduk disebelah meja makan mereka.Entah mengapa,lutut Zarief terasa lemah apabila berita tentang pemergian Aryana ke sydney menyucuk gegendang telinganya dengan jelas.Perasaan serba salah mula menyerbu diri.Dia yakin,kerana dia lah Aryana pindah.

"Kami balik dulu lah,Aleeya ada hal," kata Qairyn.

"Oh sure,nanti kita jumpa lagi okey?" Kata Aryana sambil tersenyum manis.

Mereka berpelukan seketika sebelum kelinat Qairyn dan Aleeya hilang.

Baru sahaja Aryana mahu mengangkat punggung,Zarief menahan.

"Aryana," panggil Zarief lembut.

Aryana tidak menghiraukan panggilan itu,dia terus pergi namun tangannya dipegang Zarief.

"Zarief,tolonglah!Awak dah jadi tunang orang faham tak?Dah,berambus lah dari hidup saya," kata Aryana sambil memejamkan mata menghalang air mata yang bergenang di kelopak mata.

"Aryana,kenapa awak mesti pergi?" Tanya Zarief.

"Not your problem!Tak payah lagi lah nak kisah hal saya ye?Tak penting dah sekarang awak pergi!" Jerit Aryana.

"Aryana,tolong lah please,"

"Apa lagi?!"

"I still love you,tengku Aryana," kata Zarief.

Aryana tergelak sinis.

"Ya Allah,awak tu lelaki yang tak pandai nak bersyukur bila ada tunang kan?Aku benci kau,Zarief.Pergi!"

Tergamam Zarief sebentar.

"Aryana..baiklah!Saya akan pergi.Saya minta maaf kalau selama ni hati awak dah terguris kerana saya,saya nak cakap yang sebenarnya saya tak layak untuk awak dan sebab tu lah saya tinggalkan awak.Setiap malam saya berfikir,awak seorang tengku dan saya seorang lelaki yang tidak berpangkat.Saya cuba lupakan awak tapi tak dapat.Maafkan saya,Aryana.Selamat tinggal," kata Zarief lalu pergi.

Aryana benar benar kehilangkan kata-kata.Dia berdiri di situ dengan hati yang luka,sedih,bersalah!Ya Allah,apa ni?!

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin