BAB 31

289 12 2
                                    

TIADA siapa yang mengerti betapa terujanya hati Azra mendengar berita itu.Lelaki yang selama ini diidamkan akhirnya berjaya diambil.

Setelah Zarief memberitahu bahawa dia bakal meminang Azra,Azra terasa seperti ingin menjerit.

Zarief hanya tersenyum nipis tatkala Azra meraih tangannya.Ya Allah,betulkah keputusan aku ni?Bahagia kah aku dengan Azra walaupun hatiku masih dipegang oleh Aryana?

"Sayang,I betul betul tak sangka yang you akan accept I.I janji dengan you yang I akan jadi isteri terbaik,thank you for giving me a chance!" Kata Azra dengan nada teruja.

Zarief hanya tersenyum tawar.Gembirakah dia pada saat itu?Entah.

HATI Aryana terasa seperti disirat tatkala kad pertunangan Zarief dengan Azra sampai di tangannya kini.Terasa seperti dirinya dikhianati.Cincin yang pernah dibelikan oleh Zarief dulu masih lekat pada tempatnya.

Namun,Aryana terus menarik keluar cincin itu daripada jari manisnya lalu ditikamnya benda kecil itu.Aku benci Zarief!

Teresak-esak Aryana menangis sebelum Tengku Aziz datang mendapatkan anaknya.

Pilu hati Tengku Aziz melihat anak gadis nya yang dulu sentiasa ceria dengan senyuman kini bertukar menjadi seorang yang kuat menangis.Namun,dia faham akan perasaan Aryana.

Tengku Aziz terus memeluk Aryana.

Pelukan Tengku Aziz dibalas erat.

"Papa,kenapa Zarief buat Yana macamni?Yana cintakan Zarief,pa." Kata Aryana bersama esakan tangisan yang masih tersisa.

"Sabar,sayang.Mungkin dia bukan jodoh Yana.Ada hikmah di sebalik semua yang Allah tentukan," ujar Tengku Aziz.

Yana hanya mendiamkan diri membenarkan kata-kata papanya.

ARYANA hanya duduk diam semasa mesyuarat dijalankan.Perasaan benci,marah dan sedih semuanya kembali setiap kali memandang wajah yang bercakap.Siapa lagi kalau bukan Zarief?!

Zarief sedar kelakuan Aryana kebelakangan ini.Tipulah kalau dia kata bahawa dia tidak simpati.

"Okey,jadi itu sahaja yang saya nak sampaikan.Jadi saya harap kamu semua boleh bekerja keras lagi ya?" Kata Zarief sebelum semua pekerja bersurai.

Aryana mengemas fail fail yang di atas meja.Kini tinggal Zarief dan dirinya sahaja.Namun,Aryana menganggap bahawa dirinya hanya seorang dan tiada sesiapa lagi!

Sebaik Aryana ingin keluar,Zarief sudah berdiri di pintu.

"Tepilah,orang nak keluar!" Kata Aryana tanpa memandang wajah yang langsung tidak menunjukkan perasaan bersalah.

"Awak marah ke dekat saya?" Tanya Zarief.

Mana Aryana yang dulu?Sabar,kau harus kuat Tengku Aryana!bisik hati gadis itu.Pandangan mata mereka kini bersatu.

Aryana menutup perasaan takut dia.

"Buat apa saya nak marah?I'm happy for you,Mr.Zarief Danial.I never thought you would accept Azra as your wife.Dont hurt her feelings like you did to a girl before,okay?It hurts." Kata Aryana separuh menyindir.

Terdiam Zarief sebentar.

"Saya minta maaf,Aryana.Saya ada alasan tersendiri kenapa saya..."

Aryana mengangkat tangannya tanda tidak mahu mendengar apa apa lagi.Cukuplah matanya bengkak pagi ini kerana menangis semalam.

"Awak dah nak jadi suami orang,so?Buatlah diri tu macam suami.Jangan ganggu perempuan lain lagi.Nanti sakit hati cik Azra tengok,parah tau?Dah tepi,saya nak buat kerja," kata Aryana lalu pergi dari situ.

Zarief mendengus.Ergh!Kau ni kenapa,Zarief?!Kau dah ada Azra kan?

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin