BAB 26

306 18 3
                                    

PERUT Aryana mula berkeroncong menahan lapar.Menyesal dia tak pernah belajar memasak!Tengok siapa susah sekarang?Alahaii..

"Awak tak lapar ke?" Tanya Zarief.

Kalau aku nak cakap lapar,nanti dia suruh aku masak pulak!Kalau aku cakap aku tak lapar,nanti aku mati kebuluran!TIDAK!

"Hm.." Aryana mengangguk perlahan.

Zarief tahu bahawa Aryana tidak pandai memasak kerana Tengku Aziz sudah memberitahu nya awal lagi.

"Jom saya masak," kata Zarief.

Membuntang biji mata Aryana.Mana aku nak sorok muka ni?!Mesti papa dah cakap dekat Zarief yang aku tak pandai masak!!!

TELUR dan ayam kicap tersidang di atas meja makan.Entah mengapa,Aryana berasa serba salah,menyusahkan,malu dan pada waktu yang sama terharu!

"Saya minta maaf," kata Aryana lembut.

"Hm?Untuk apa?" Tanya Zarief.Telur disuapkan ke mulut sendiri.

"Saya tak pandai masak tapi saya janji saya akan belajar masak untuk jadi isteri awak nanti," kata Aryana malu-malu.

Ayat Aryana mengundang tawa dari mulut Zarief.Jauh di sudut benak hatinya,dia rasa terharu kerana sekurang kurangnya Aryana sanggup belajar memasak demi dirinya.

"No big deal,sayang.Kalau sekadar telur tu saya memang lah pandai.Takpe,makan je," kata Zarief.

Aryana tersenyum sipu.Tak sabar pulak rasa nak kahwin.Hm..gatal kau Aryana!Masak pun entah.

SIARAN yang bermain di kaca televisyen menjadi mangsa lamunan Zarief.Aryana yang sudah nyenyak tidur di pangkuan nya dipandang sekilas.

Kadang-kala,dirinya terasa seperti sangat rendah apabila Aryana seorang tengku manakala dirinya hanyalah manusia biasa.Dia tidak yakin kalau dia mampu membimbing Aryana hingga ke hujung hayatnya.Stres memikirkan hal itu,Zarief akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin dengan Aryana.Tetapi kuatkah dirinya untuk berhadapan dengan situasi itu nanti?Entah.

Tok Tok!Bunyi ketukan di pintu membuat Zarief mengalih pandangan.

"Assalamualaikum,Zarief.Sorry uncle lambat," kata Tengku Aziz sambil tersenyum.

"Waalaikumsalam,uncle.Tak apa mm uncle,Zarief ada benda nak cakap." Kata Zarief.Ini jalan yang terbaik untuk kau dan Aryana!Dia boleh lakukannya.

Berkerut dahi Tengku Aziz apabila melihat Zarief seperti sangat serius.Perlahan lelaki tua itu mengangguk.

"KAMU dah fikir masak masak,Zarief?Uncle tak nak kalau ending nya,Zarief yang sedih.Uncle betul betul mengharapkan kalau Zarief ingin menjadi menantu uncle tapi Zarief tak bersetuju,nak buat macam mana?" Kedengaran nada hampa dihujung ayat Tengku Aziz.Kecewa kah dia?Sangat kecewa.

"Maafkan saya,uncle.Tapi Aryana dari keluarga tengku.Saya tak layak untuk mendamping seorang tengku di dalam hidup saya sedangkan diri saya belum diperbaiki," Kata Zarief jujur.

"Uncle harap kamu tak menyesal nanti tapi uncle respect your honesty.Kalau Zarief dah tukar fikiran lagi,cepat cepat lah ya bagitau kami?" Kata Tengku Aziz.Satu senyuman nipis terbit di hujung bibirnya.

Zarief menangguk faham.

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin