BAB 29

304 15 2
                                    

KEESOKAN harinya,Aryana mendapat panggilan dari Aleeya mengatakan bahawa Qairyn kemalangan sewaktu mereka ke Turki.Hanya Allah sahaja tahu bagaimana rasa Aryana apabila mendapat khabar tentang Qairyn.Ya Allah,engkau selamatkanlah Qairyn!

Beg yang terletak kemas di atas meja kerja nya diambil lalu diletakkan ke bahu.

Alangkah terkejutnya apabila dia terlanggar seseorang.Namun,perasaan sedih nya mulu menyerbu diri apabila orang yang dilanggar ialah Zarief.

"Kau nak ke mana?" Tanya Zarief.

"Saya nak ke mana bukan urusan encik lagi," kata Aryana memberanikan diri untuk bertentang mata dengan bos nya itu.

Naik turun dada Zarief mendengar jawapan daripada Aryana.Namun dia tahu kenapa Aryana bersikap dingin dengannya.Bukan apa,semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikan Aryana.Lelaki seperti dia tidak layak untuk mendamping seorang tengku yang serba lengkap.

WAJAH pucat Qairyn ditatap dengan rasa rindu yang menggunung.Hampir 2 bulan mereka pergi ke turki.Sudahlah rasa rindu,tup tup!Qairyn pulak yang accident.Mulut yang sentiasa menceriakan harinya.

"Macam mana dia boleh jadi macam ni?" Tanya Aryana setelah lama berdiam diri.

Aleeya mengesat air matanya.

"Aku pun tak tahu jugak.Dia balik lewat malam tu,aku fikir dia kerja tapi rupanya dia dekat hospital.Nasib ambulans ada passed by tempat kemalangan Qairyn," ujar Aleeya lemah.

Aryana memeluk erat badan Aleeya mengumpul kekuatan yang ada pada dirinya.Hatinya juga seakan akan menangis,meraung melihat Qairyn begini.Tambahan lagi,masalah dia dengan Zarief pun tak selesai.

ZARIEF memang tidak berhenti memikir tentang Aryana.Saat dia cuba melupakan gadis itu,bayangan Aryanq kerap bermain di mindanya.Argh!Kenapa?!

Tuk tuk!

Belum sempat Zarief mengarah masuk,Azra sudah masuk dengan lenggokan manjanya.

"Hai sayang," kata Azra.

"Don't call me that,im not yours,geli tau tak?"

Azra menjegilkan matanya.

"whatever honey,i ada berita hot untuk you tau?" Kata Azra.

"Please Azra.I bukan perempuan untuk bergossip dengan you.I ada banyak kerja," jawab Zarief tanpa memandang anak mata Azra.

"Pasal Aryana,betul you tak nak tahu?" Tanya Azra.Keningnya diangkat angkat.

Aryana?Berkerut dahi Zarief mendengar.

"Faster,what is it?" Tanya Zarief malas.

"But first,we go for a hot tea,okay?" Nada rayu Azra tidak mampu mengambil hati Zarief.

"I have no time,Azra!Just tell me what is it!,"

"Tak,i tak nak unless you nak keluar dengan I,"

Demi Aryana,akhirnya Zarief mengangguk malas.

"WHAT?!Mana you letak otak you,Azra?!" Tanya Zarief.Mana tak terkejut mendengar berita itu.

"Rileks lah,dia belum mati lagi,"

"Kalau I langgar bestfriend you sendiri,apa perasaan you ah?You're crazy,totally crazy!" Kata Zarief dengan wajah bengisnya.

"Sayang.." panggil Azra manja.

Zarief mengangkat tangannya tanda diam.Geli!

Dia terus mengangkat kaki dari situ

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin