Bab 1

1K 32 0
                                    

"Handsome tau abang bomba!" kata Qairyn dengan nada yang teruja.Mereka asyik menonton drama yang tersiar di tv3.

Aleeya yang memang tidak langsung meminati drama ini mengeluh kecil.

"Wei..apasal kau tak minat?!Serious best tau!Sweet sangat!" kata Tengku Aryana.Matanya masih kekal memandang skrin televisyen.

"Entah..memang tak minat," Aleeya menjawab sambil membelek belek majalah.

"Babe,esok shopping nak?" Qairyn memecahkan suasana yang sunyi itu.

"Aku okey je,orang belakang tu nak ke?" Tengku Aryana memerli teman baik nya,Aleeya.

Aleeya hanya mencebik.Baik sedekah!

"Aleeya,nak tak ni?" tanya Qairyn lagi.Gadis ini memang boleh dikatakan sebagai RATU SHOPPING!

"Hmm." Aleeya mengangguk malas.

Bunyi deringan telefon milik Tengku Aryana membuat mereka semua berdiam diri.Nak tunjuk sopan konon!

"Hello pa?"

"Assalamualaikum,sayang papa."

Tengku Aryana tersengih malu kerana terasa seperti dirinya disindir oleh papanya sendiri.Mana taknya,semenjak kematian Datin Zubaidah,Tengku Aryana memang tidak mengamalkan lagi hidup yang baik.

"Waalaikumsalam,ada apa papa call yana ni?" tanya Tengku Aryana.

"Bila yana nak balik jumpa papa?Abang kamu ni asyik tanyakan kamu je," ujar Tengku Aziz.

"Kenapa?Abang rindukan Yana ke?"

"TAK!" kedengaran bunyi Tengku Aiman menjawab di sebalik suara ayahnya.

"Tadi papa cakap abang rindukan Yana!Tak payah jual mahal sangat dengan adik sendiri eh?" Tengku Aryana tergelak di hujung ayat.

"Jadi?Bila Yana nak balik ni?" tanya Tengku Aziz.

"Mmm..tengok lagi lah pa,Yana pun sibuk jugak ni," jawab Tengku Aryana jujur.Memang,sibuk dalam hidup sosial!

"Hm,yelah tapi kalau hati yana tu terbuka nak jenguk papa,call eh?" ujar Tengku Aziz.Rindu betul dekat anak perempuan dia tu.

Tengku Aryana mengangguk walaupun dia tahu Tengku Aziz tidak boleh nampak.

"InsyaAllah pa,bye.."

"Bye,assalamualaikum."

"Waalaikumsalam hehehe," jawab Tengku Aryana.Setelah panggilan dimatikan,dia mengeluh panjang.

Dua kawan baik nya mengerutkan dahi.

"Kenapa?Nampak stres je," tanya Aleeya.

"Papa,"

"Haa,kenapa dia?" Qairyn tanya.

"Dia tanya bila nak balik," jawab Tengku Aryana malas.

"Habis tu?Apasal muka kau masam macam lepas kena perah jus limau?" gurauan Qairyn tidak berjaya membuat Tengku Aryana mahupun Aleeya gelak.

"Tak kelakar," jawab Aleeya.

"Aku malas lah nak balik,"

"Laa tu je?"

"Yelah!Dah jangan banyak tanya.Baik tengok Abang bomba,I love you!Lagi best daripada layan otak senget macam korang berdua," kata Tengku Aryana.Aleeya tergelak kecil mendengar sindiran kawannya itu.Qairyn pula hanya menjegilkan mata.Whatever!

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin