Bab 21

337 12 2
                                    

"Tahniah bro!" ucap khairyil kepada kawan baik nya itu.

"Thanks bro!" jawab Zarief.Bahu kawannya itu ditepuk tepuk sambil tersenyum.

"Malang kan?" kata khairyil sambil menahan gelak.

"Malang apa?Siapa?" tanya Zarief,tidak dapat menangkap maksud di sebalik ayat teman nya itu.

"Malang lah nasib bakal isteri kau tu sebab dapat kau hahahah!" usik lelaki itu sambil ketawa terbahak bahak.

Zarief ketawa halus mendengar usikan khairyil.

"Aku tak parah tu sangat lah bro!Kau ni pun,kau tu pulak?Bila nak kahwin hah?" tanya Zarief cuba menukar topik.

Tiada jawapan yang sempat diberikan apabila telefon Zarief berbunyi.

Zarief mengangkat tangan isyarat 'tunggu'.Khairyil mengangguk faham.

"Helo ma?" kata Zarief memulakan bicara.

"Zarief,datang sini cepat!" kata Datin Zulaikha dengan nada panik.

"Zarief lagi dekat gym lah mummy,kenapa?" tanya Zarief.

"Aryana.."

"Aryana?!Kenapa dia?"

Khairyil yang mendengar juga turut memasangkan telinga.Muka Zarief sudah berubah tegang kini ataupun yang lebih tepat,serius.

"Aryana accident,Zarief!Tolonglah datang sini," kata Datin Zulaikha.Bunyi tangisan kedengaran jelas di telinga Zarief.

Saat itu,jantung Zarief seakan terhenti.Ya Allah,selamatkanlah Aryana!

"Okey,mummy kat mana sekarang?" tanya Zarief cuba berbunyi tenang.

"Dekat hospital medical emergency ni,be fast please,Zarief," kata Datin Zulaikha.

Zarief mengangguk walaupun sedar dirinya sedang bercakap di dalam telefon.

"Assalamualaikum my," salam Zarief sebelum mematikan panggilan.

"Waalaikumsalam," jawab Datin Zulaikha.

Siapa lah agaknya yang langgar bakal menantu aku ni Ya Allah?

Dada Datin Zulaikha diurut perlahan sambil beristighfar.

"Apa kes,bro?" tanya Khairyil yan masih tercegat.

"Aryana accident," kata Zarief perlahan sambil mengemas barangnya.

"Hah?!Kau biar betul,rief?" tanya Khairyil.

"Ye lah!Takde maknanya aku nak tipu kau.Sekarang,kau nak ikut aku ke atau stay?" tanya Zarief sambil memandang kawannya.

Khairyil mengangkat kan bebola matanya seolah olah sedang berfikir.

"Ikut kau je lah," kata Khairyil setelah beberapa saat mendiamkan diri.

"Okey,jum!"

Pilu hati Tengku Aziz melihat anaknya berbaring dengan keadaan begini.Tengku Aiman juga mula mengalirkan air mata tetapi segera diseka.

Datin Zulaikha yang turut berada di situ bersama Dato' Hassan juga berasa simpati.

Tok tok!Bunyi ketukan di pintu membuat kesemua mata memandang.

Zarief yang baru sahaja memulas tombol pintu seakan akan lemah terjatuh melihat bakal isterinya begitu.Tidak lama lagi tempoh untuk mereka berkahwin tetapi Aryana kemalangan.

"Macam...mana dia boleh jadi macam ni?" tanya Zarief lemah.Langkahnya diatur ke arah Aryana.Kerusi kosong disebelah katil pesakit gadis itu menjadi pilihan tempat Zarief duduk.

Dalam hati memang tidak putus putus berdoa agar Aryana cepat pulih.

Zaheera yang baru sahaja mendengar berita itu terus bergegas ke hospital.

Perlahan Zaheera membuka pintu.

Tengku Aiman yang melihat sepacak tubuh itu terasa kelu lidahnya.Bidadari dari mana ni?Aiseh..

Zaheera juga turut memuji tengku Aiman di dalam hati tatkala mata nya memandang ke arah Tengku Aiman.Handsome..

Datin Zulaikha menyiku siku Dato' Hassan.Dato' Hassan memberi isyarat berdiam diri kerana baginya ini bukan masa yang sesuai

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin