Bab 11

374 15 2
                                    

"Woi,bangunlah!Kau kerja harini kan?Nanti Encik Danial kau tu marah pulak!" kata Aleeya.

"Ha-ah,kalau dia marah,aku rasa begegar satu bangun tu nanti ha!" sambung Qairyn.

"Aku..aku tak feeling well lah," jawab Aryana perlahan.Memang dia rasa macam nak demam dah ni!

Qairyn meletakkan belakang tapak tangan nya ke atas dahi Aryana.Fuh!Boleh tahan panas ni.

"Kau pergi klinik nak?" tanya Qairyn.Risau jugak tengok kawan dia macam ni.Sebabnya,Aryana ni jarang jarang nak demam.

Aryana hanya menggeleng.

"Habistu?Macam mana?Kau nak terperap sakit kat rumah ni?Aku dengan Aleeya tak dapat nak teman kau sebab kita orang perlu pergi kerja.Kau okey ke?" tanya Qairyn.

Aryana mengangguk.

"Hm,okey." jawab Qairyn.

Aleeya hanya mengangkat kening nya.

"Get well soon,babe!" ucap Aleeya.

Jam di tangan dipandang sekilas.Mana budak ni?Takkan akhir kut?Dia bukannya orang yang selalu akhir.Atau...ponteng?!

Zarief mendengus.Rasanya sudah 15 minit dia bermundar mandir dalam bilik kerjanya.Call je lah.

"Kau kat mana?Jangan pandai pandai nak ponteng eh?!Aku turunkan gaji kau nanti," kata Zarief.

"Encik,s-saya.."

Belum sempat Aryana menghabiskan ayatnya,Zarief sudah memotong.

"Aku tak kisah!Kau mesti turun jugak harini!Aku bagi kau masa setengah jam kalau tak kau dipecat," tegas Zarief.Alasan sangat minah ni.Cakap je tak nak kerja.

Entah kenapa,hatinya terasa pedih apabila Zarief tidak mengambil berat halnya.Mahu tak mahu,dia tetap juga perlu pergi ke kerja.Satu keluhan berat dilepaskan sebelum dia berdiri.

Zarief tersenyum tatkala melihat Aryana sampai.Datang jugak.Tetapi senyuman nya tidak kekal apabila melihat wajah pucat Aryana.

Zarief bangkit dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Aryana.

"Apasal kau lambat?Kau tahu pukul berapa sekarang?" tanya Zarief.

Aku dah datang kot!Apasal nak lebih lebih pulak membebel!Buang mood aku di pagi hari je.

Aryana memicit micit kepalanya yang terasa pusing.

Zarief memandang wajah Aryana yang semakin pucat.

"Kau okey ke?" kali ini suara Zarief sedikit risau.

"Encik D-Danial saya.."

Aryana terus terjatuh pengsan.Nasib Zarief sempat menahannya.

"Aryana!" Badan Aryana digoncangkan sedikit.

"Aryana,wake up!" kata Zarief.

"Aleef!Kau dengan aku pergi hospital sekarang.Cepat!" kata Zarief.

Maaf Aryana,aku tak tahu pun kau sakit!Badan kau panas sangat.

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin