Bab 2

671 25 3
                                    

Zaheera ketawa terbahak bahak mendengar celoteh abangnya pasal pekerja nya di syarikat Danial Holdings.

"Kalau ara kat tempat abang,abang rasa memang dah mati leput dah," kata Zarief.

"Apa mati leput mati leput ni?Zarief ni kalau membebel kalah perempuan tau?" Datin Zulaikha mengusik anaknya.

"Tu lah ma,telinga ara dah naik bernanah tau dengan abang membebel dari tadi.MEMANG BADABOOM lah mulut abang ni," kata Zaheera.

Zarief hanya menjeling tajam nya.Siapa jugak yang ketawa macam nak pengsan?Sekarang duk kompelin dengan mama apasal ish..

"Mengata ara lah tu," kata Zaheera.

"Diam lah,malas abang nak cerita kat ara lagi," rajuk Zarief.

"Abang ni mengada sangat kenapa?Mengandung?" Sekali lagi pernyataan sinis dilemparkan ke arah abang nya.Apa dia peduli?Waktu ni lah dia nak kenakan abang dia.Bagi malu sikit hahaha..

"Dah lah tu Zaheera..Abang kamu tu stres pasal kerja kot..Anak dara mummy ni bila pulak nak bekerja?Ni asyik duk bawah ketiak mummy je.Janganlah asyik teperap kat rumah ni sayang oii,nanti kalau dah kahwin susah.." Zaheera memandang ibunya lama.Selepas itu matanya berkalih ke arah abangnya yang tersenyum puas.Siap abang!

"Mummy ni,kalau bab membebel memang nombor 1 kan?Patut sangat lah abang macam tu jugak," kata Zaheera geram.

Tatkala merasakan bahawa situasi akan menjadi semakin tegang,Zarief lantas bertanya soalan sebelum peperangan mulut berlaku.

"Daddy tak balik lagi ke?" Zarief memanjangkan lehernya ke arah ruang tamu.Tak sedap pulak kalau dia makan tak tunggu daddy!Tapi perut ni dah macam mak nenek minta diisi.Adoii..

"Rasanya belum lagi,tadi mummy call daddy..Dia cakap on the way," ujar Datin Zulaikha.

Zarief mengangukkan kepalanya.Tunggu daddy je la..

Melihat Zarief langsung tak sentuh nasi di atas pinggan,dahi Zaheera bekerut seribu!

"Abang tak makan eh?" tanya Zaheera.

"Tunggu daddy,tak macam ara.Tak berperikemanusiaan langsung!Kasihan daddy tau?Nanti dia makan seorang je.." sengaja ayat berperikemanusiaan ditekan lagi.Bagi sumbat telinga kau!Tu lah tadi usik aku..Haa,amek kau!

Zaheera mencebik.Mulutnya kini sudah muncung sedepa.Zarief yang baru sahaja ingin menyatakan sesuatu terhenti apabila suara daddy nya begema di ruang tamu.

"Hello,my childrens and..my wife," Pipi isteri nya dikucup lembut.

Zaheera membuat gaya mahu muntah!

"Kenapa ara tak tunggu daddy?hm,kejamnya.." Terbeliak biji mata Zaheera mendengar usikan daddynya.Dia menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Sorry," satu patah perkataan itu membuat Dato' Hassan tersenyum.

"Sorry sorry.Tu je lah yang ara tau!Lepas tu,buat lagi." ujar Zarief.Naik meluat dia tengok muka 'rasa comel' adiknya itu.Pandai sangat lah kau berlakon Zaheera Danisha.

Tengku Aryana yang masih leka membelek belek skrin telefon nya menjadi mangsa tatapan dua sahabat baik nya itu.

"Kau ada boyfriend ke?" tanya Qairyn.

"A-ah,dari tadi benda segi empat tu tak terlepas dari tangan kau,busy sangat tu kenapa?" sambung Aleeya.

Tengku Aryana mengangkat wajahnya.Ada rasa malu dan bersalah pulak dalam hatinya.Dia yang ajak makan luar tapi dia sendiri yang tidak melayan Qairyn and Aleeya.

"Mana ada,tak ada boyfriend langsung.Aku cuma tengok baju baju online yang baru keluar.Sorry eh?Maafkan aku sangat babes," kata Tengku Aryana dengan nada kesal.

"Ye lah," jawab Qairyn dan Aleeya serentak.

"Dah,cepat sikit kau makan..Nasi ayam kau tu pun tak tersentuh langsung,"

Tengku Aryana hanya tersengih bersalah.Perli lah tu!

Usai menghabiskan rezeki di atas pinggan,Tengku Aryana bangkit dari tempat duduknya.Qairyn dan Aleeya juga turut melakukan benda yang sama.Dah akhir jugak,tak baik pulak perempuan balik lewat malam.Nanti apa kata mak minah mulut murai sebelah rumah tu..

Saat Tengku Aryana memasukkan kerusi,bahu nya dilanggar seorang lelaki.

"Maaf," ucap lelaki itu.

"Kau ada mata kan?Apasal tak pakai?Ni main langgar macam tu!" Tengku Aryana terus menikam ayat yang sedas tepat ke arah lelaki itu.

"Aku dah minta maaf tadi kan?Apa lagi?Takkan benda kecil pun nak besarkan," kata Zarief selamba.

"Kau tahu tak siapa yang kau langgar?" tanya Tengku Aryana.Dia merenung tajam ke arah lelaki itu.Jantungnya berdegup kencang tatkala pandangan nya semakin mendalam.Tetapi seorang tengku takkan kalah!

"Tak dan aku tak kisah,selamat tinggal." Zarief terus berlalu pergi membiarkan Tengku Aryana dengan mulut yang ternganga.

Aleeya dan Qairyn yang menyaksikan adegan itu hanya mampu menahan ketawa.Secocok sangat!

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin