Bab 7

376 16 2
                                    

Tengku Aziz memandang anaknya lama.Boleh percaya sangat ke anak aku ni?

"Mana Yana jumpa dia?" tanya Tengku Aziz.

"Dekat tempat makan dulu.Yana terlanggar dia lepas tu dia cakap Yana cantik tau?Dia minta nombor Yana," bohong Aryana.Erkk..air liur nya ditelan pahit.Ya Allah,ampunilah aku ahahhaha...

"Hmm..boleh percaya ke dengan Yana ni pa?" tanya Tengku Aiman.

"Hek eleh!Abang jeles kan sebab takde orang nak abang!" Tengku Aryana menjelirkan lidahnya.

"Kamu berdua ni,kalau tak bergaduh memang tak aman dunia kan?!" sindir Tengku Aziz.

"Sorry," serentak mereka meminta maaf.

"Jadi,bila nak bawak dia jumpa papa?" tanya Tengku Aziz.

Soalan yang biasa sahaja itu membuatkan jantung Tengku Aryana berdetak semakin laju tetapi dia masih beriak selamba untuk mendapatkan kepercayaan papa nya.

"Entahlah,nanti Yana discuss dengan dia lagi," kata Aryana.Jari-jari nya dimain.

Tengku Aziz mengangukkan kepalanya.Hmm..mana mana sajalah!

Tengku Aiman mencebikkan bibirnya.Ingat adik tu laku sangat ke?!

Zarief menggaru belakang kepalanya.

"Zarief Danial,mummy tanya ni..Dah ada calon ke belum?" ulang Datin Zulaikha.Apalah nasib aku kalau takde cucu...

"Zarief errr zarief belum cari lagi,Zarief belum bersedia lah mummy," kata Zarief.Dia pun nak hidup sebagai bujang lama sikit..

"Jangan nak mengada,Zarief kena cari secepat mungkin," kata Datin Zulaikha.Puas dah air liur nya dihabiskan untuk menyuruh anak sulung nya kahwin.

"InsyaAllah.." jawab Zarief perlahan.

Tanpa sedar,wajah Tengku Aryana yang keluar dalam minda nya tetapi cepat cepat dia menggelengkan kepalanya.

"Gila dah ke?" tanya Zaheera apabila abangnya tiba tiba menggelengkan kepala.

Malas bergaduh,Zarief bangkit dari tempatnya lalu pergi ke bilik tidur nya.

Telefon bimbit dicapai.86 mesej,10 panggilan dari....TENGKU ARYANA!!Budak ni betul ke tidak?!

Apa lagi?!Awak tahu tak berapa dah mesej awak hantar kat saya?

-Zarief

10 minit kemudian,satu pesanan baru masuk ke dalam peti mesej Zarief.

Bukan salah saya,awak yang lambat reply!:3

-Aryana

Salah saya pulak lah sekarang?

-Zarief

Yes!100 markah untuk awak!Tepuk sikit hihihihi..

-Aryana

Perempuan macam awak ni kan..spesies mana eh?

-Zarief

Spesies ummm..spesies hati Zarief Danial<3

-Aryana

Menerima pesanan itu,Zarief tersenyum nipis.Comel jugak...

Dia kemudian meletakkan telefonnya kembali ke atas meja lalu duduk di birai katil.Senyuman nya semakin lebar tatkala wajah Aryana bermain di mindanya.

Aryana ketawa perlahan.Melt lah tu!Hahahahaha

MULUT KATA BENCI!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin