"Abang buat semua ni.?"kata Laila dengan terharu dengan apa yang dilakukan oleh Hairul tadi.

Hairul mengangguk sambil menyeluk tangan kedalam poket. Hairul membongkokkan sedikit badannya dan berbisik

"Abang buat semua ni sebabb.. abang I love You..." bisik Hairul dengan perlahan dengan mengungkapkan perkataan itu dengan satu persatu.

Seterusnya, Hairul pergi mendapatkan sebuah gitar yang bersandar di kerusi itu. Lalu, dia tsrus menyanyikan lagu Aku Sayang Banget Sama Kamu By Souqy. Lagu dari kumpulan Souqy ini menjadi pilihan Hairul kerana Liriknya yang boleh masuk dalam jiwa Hairul.


Dengarkan aku wahai sayangku
Dengarkanlah isi hati ku
hanya kamu semangat hidupku . . . .
hanya kamu

satu pintaku pada dirimu
tempatkanlah indah namaku
di hati mu sebagai kekasihmu
yang tak pernah sirna. . . .

Tak ada sungguh tak ada seseorang yang bisa menggantikanmu. . . .
Sampai kapanpun tak ada. . . .

Kaulah yang terakhir bagiku
engkaulah hidup dan matiku
jiwa dan ragaku untukmu
aku sangat menyayangimu

izinkan aku memelukmu
aku takut kehilanganmu
tak bisa hidupku tanpamu
karna kaulah terang dalam gelapku

******

Pada keesokkan harinya,
Hairul dan Laila pergi luangkan masa mereka dengan menaiki kereta kabel. Pada mulanya, puas jugalah mereka menunggu ketika membeli tiket. Hampir setengah jam beratur. Tetapi akhirnya, berbaloi jugaklah apabila mereka sampai ke puncak lalu melihat flora dan fauna yang yang terindah dari Maha Pencipta.

Seterusnya, alang-alang dah sampai ke puncak. Hairul mengajak Laila pergi ke SkyBridge. Ia merupakan jambatan yang dibangun diatas ketinggian 700 meter yang menghubungkan antara gunung mat chinchang dengan pulau langkawi.

Hari demi hari mereka di Langkawi. Pelbagai tempat yang Hairul bawa Laila untuk menikmati kenangan terindah mereka. Antaranya, Langkawi Wildlife Park dimana para pelancong dapat menyentuh dan memberi makanan kepada haiwan disitu. Untuk sesi mengambil gambar buat kenangan pula, mereka pergi ke 3D Trick Art. Iaitu mural yang nampak 3D kalau diambil pada satu sudut yang tepat. Di Pantai Tengah, Hairul dan Laila bersama-sama naik jetski, parasailing dan sebagainya.
Pada waktu petang pula, mereka menyaksikan matahari terbenam dan berjalan menyusuri ditepi pantai.

"Sayang.. bukak kasut tu" arah Hairul apabila dia melihat Laila agak susah untuk berjalan diatas pasir yang lembut itu. Mana taknya, Laila mengenakan kasut tumit tinggi. Katanya, dia tak nak nampak kelihatan terlalu pendek. Hahah.. ya la Hairul kan tinggi orangnya. Walaupun Laila sudah memakai kasut yang bertumit tinggi, namun dia cuma berada di paras bahu Hairul sahaja.

"Hahh.. tak pe.. okay je kasut ni."

"Isyh.. abang cakap bukak.. abang dah tengok sayang ni dah macam penguin dah berjalan ni ha.." bebel Hairul.

"Cepat bukak.. kang abang dukung kang.. biar orang tengok.. nak ke?" Tanya Hairul nakal seraya membongkokkan sedikit badannya agar sama paras dengan isterinya.

"Hah.. ya laa.. orang bukak."

"walaupun sayang ni pendek! Tapi.. sayanglah paling tinggi dalam hati abang." Tapi Kali ni Hairul mengenyitkan matanya pulak.

"Ehh.. ada orang tu nak buat chiaa chiaa la.. hahah."hambur ketawa Laila. Kemudian, laila pun membuka kasutnya dan Hairul yang memegang kasut Laila.

"Jom pergi sana nak?!" Hairul menarik tangan Laila dan mereka berlari kejar-mengejar. Dah macam kanak-kanak Ribena dah.

*****

5 tahun kemudian...

"Ummi.. ummi.. baba mana?" Tanya seorang kanak-kanak kecil yang berusia hampir 4 tahun 3 bulan itu.

"Kejap ye sayang.. nanti baba sampai la tu.. " kata Laila sambil menghamparkan tikar.

"Haa. Itu baba. Dah sampai pon.. " Laila menunjuk ke arah Hairul yang sedang membawa bakul yang berisi makanan...

"Babaa!!!!" Lari si anak kecil itu kearah Hairul..

Alhamdulillah.. kini Hairul dan Laila sudah dikurniakan seorang anak perempuan diatas pengikat kasih sayang antara mereka. Mereka namakan Nur Lydia Hazrina atas gabungan nama mereka Laila dan Hairul.

"Lydiaa.. jangan lari!" Jerit Laila setelah mendapati anaknya terus berlari ke arah Hairul. Maklumlah, Lydia ni rapat sedikit dengan Hairul. Sikit-sikit dia melebihkan Hairul... huhu.. mujurlah si Lydia ni mudah diurus. Tak banyak karenah cuma nakal sedikit mengikut perangai babanya.

Setelah mereka selesai makan-makan yang Laila sudah masak dari rumah. Tiba-tiba, Si Lydia mengeluarkan buku ceritanya kepada mereka.

"Anak ummi nak baca ya??"

Lydia mengangguk. Selepas itu dia menarik tangan Hairul Dan Laila untuk bersama-sama mengikutinya untuk membaca.

"Baba.. tolong bacakan. boleh??"
Kata Lydia sambil menarik hujung lengan baju Hairul.

"Bolehh.. meh sini baba bacakan"akur sahaja Hairul dia atas permintaan Lydia. Laila hanya memerhati sahaja perbuatan mereka itu.

"Ummi.. baba.. nak cakap ni"

"Cakap ape?"tanya Laila dengan pelik.

"Lydiaa.. sayangggggg sumaa!💕"

Wahai engkau isteri tercinta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Wahai engkau isteri tercinta..
Aku bersumpah kan selalu setia..
Engkau lah anugerah terindah di dunia..
Semoga bersama sama kita bisa meraih ridho Allah Subhanahu Wa Ta'alla... -Hairul


Alhamdulillah.. Berakhirlah cerita Cinta Dari Abang Bomba.. yeayyy.. terima kasih kepada readers yang sudi membaca dan vote cerita ni dari awal hingga akhir.. thanks sangat2.
Segala salah silap Author dalam menyiapkan cerita ni.. Typo or ayat macam tak berapa nak kena tuu.. .. hope dimaafkan. Maklumlah baru belajar..hehee.. lagipon first cerita atas penulisan saya sendiri.. Maaf yaa😦 hehee.. sayang hampa!!😘

~TAMAT~

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now