CDAB 37 (LAST)

14.9K 420 39
                                    

APA yang kau dah buat ni. Kau datang ke sini untuk meluangkan masa dengan suami kau. Bukannya macamni.

Laila memejamkan mata dan menundukkan kepalanya. Tiba-tiba, dia merasakan keadaan sekelilingnya semakin gelap. Dia membuka matanya. Gelap! Aduh macam mana ni. Blackout ke? Arghh.. sudahlah kelemahan Laila adalah kegelapan. Memang terus meremang la jawabnya. Laila tidak nampak langsung apa-apa yang akan berlaku dihadapannya. Hairul? Ya Hairull.. mana Hairul. Mahu sahaja dia menangis disitu.

Apabila bunyi mesej masuk, laila cepat-cepat membacanya. Mana tahu kalau itu mesej dari suaminya. Tapi malangnya nombor yang tidak dikenali lagi. Nombor yang tak dikenali? Fikirannya terus teringat akan mesej yang selalu arwah Amyra menghantar kepadanya dulu. Takkanlah roh Amyra tak tenteram dan nak mengganggu aku kembali?

Unknown:

Sila berjalan 10 langkah kebelakang sekarang. Itupun kalau kau nak Hairul selamat.

Terkejut Laila dibuatnya. Hampir gugur airmatanya. Lambat-lambat Laila bangun dan dia mengikuti arahan tersebut. Namun, dia memberanikan dirinya untuk berjalan sorang-sorang pada waktu yang gelap gelita.

1 langkahh.. 2 langkah... 3 langkah....... sampai sahaja langkah ke 10. Laila mendapat lagi satu mesej dari nombor yang sama.

Unknown:

Sila berpusing kebelakang dan berjalan 5 langkah lagi kehadapan sekarang.

Sekali lagi..Laila perlu memberanikan dirinya untuk melangkah lagi. Apa sahaja arahan, dia perlu akur melaksanakan. Yang paling penting, Hairul selamat. Biarlah kali ini, dia terkorban pun sanggup.

1 langkah.... 2............... 3.................... 4.................

Kedebukkkkk....

Laila jatuh terduduk. Dia merasakan dia telah melanggar seseorang. Siapa pulak? Jangan-jangannnnnn 👻

Satu tapak tangan menghinggap pada bahu Laila. Kini, dia menangis semahu-mahunya.

"Tto.. tolong jangan apa-apakan aku! Aku tak kacau kau.. kau jangan kacau aku! Aku tahu kau pun makhluk Allah jugak! tapi tolonglah.. jangan ganggu aku!" Jerit Laila kuat.

"Lailaa....." panggil seseorang dibelakangnya

"Siapa kau?! Aku kata jangan ganggu aku!"

"Laila... Ni abang la.. dah..dah bangun" kata Hairul sambil membantu Laila untuk bangun.

"Abang!!!....." jerit Laila sambil memeluk suaminya. Hampir lencun baju Hairul dek terkena airmata isterinya.

"Maaf abang.. Laila janji. Laila tak buat abang marah dah.. tolongg. Tolong jangan tinggalkan Laila lagi." Laila merayu.

"Sejak bila abang marah Laila?"

"Habistu.. kenapa abang tinggal Laila?"

"Laa.. abang tinggal sekejap nak buat ni laa."sejurus kata-kata itu. Hairul menyalakan mancis dan menyalakan pada setiap batang lilin. Lepas sahaja Hairul selesai melakukan itu, barulah nampak akhirnya. Rupa-rupanya, Laila dan Hairul berada ditengah-tengah dalam bentuk ♡ yang rapi disusun oleh setiap batang lilin itu.

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें