CDAB 6

13.1K 392 2
                                    

DUA hari kemudian,

Mata aku melilau mencari barang, di dalam Tesco. Pergi ke tempat barangan bahan memasak, aku mengambil satu pack bawang goreng. Pergi pulak kebahagian barang basah, 1/2 kg udang dimasukkan kedalam plastik lut sinar dan dibawa ke tempat menimbang. Setelah siap menimbang, aku memasukkan bungkusan itu ke dalam troli.

Sedang asyik menolak troli dan mata melihat barang-barang sekeliling. Dengan tak sengaja aku terlanggar troli aku dengan seorang pemuda yang sedang membongkokkan badannya mengambil keropok twisties kepada seorang kanak-kanak yang dalam usia 4 tahun itu.

"Ehh.. sorry sorry. Saya tak sengaja." Kalut Laila mengaturkan ayatnya.

Pemuda itu pun mengalih kearah Laila. Mata mereka lama bertautan. Pemuda itu mula tersenyum. Mungkin dah lama pemuda itu tidak berjumpa dengan gadis dihadapannya. Rindunya masih berbekas di dalam hati. Mana taknya, gadis dihadannya itu pernah dia menaruh harapan pada Laila. Tapi... dia telah memadam semua harapan itu setelah Laila hanya menganggap dia sebagai Abang angkat sahaja.

Tapi nasib baik dia tidak mengambil hati dengan keputusan si Laila itu. Dia tahu perasaan itu tak perlu dipaksa untuk terima dia sebagai kekasih hati.

Terlopong mulut Laila melihat pemuda dihadapannya. Wajah itu amat dia rinduinya.

"Abang Hakim?"

"Ya, ni abang Hakim la ni. Kalau ya tak jumpa pon. Tutup la mulut tu dulu. Kang tak pasal-pasal udang dalam troli tu masuk dalam mulut tu. Tak ke susah abang nanti."

"Isyh abang ni." Laila cuba menahan malu.

"Haaa. Tengok tu. Dah merah dah adik abang seorang ni." Tersenyum Hakim memandang Laila yang seperti cacing kepanasan itu.

"Pak su.. paksu.. Mia nak ais kelimm." Rengek Mia sambil menarik hujung baju Hakim.

Terburai ketawa Hakim dan Laila.

"Bukan ais kelim la Mia. AIS KRIM." Laila yang tadinya ketawa terus membetulkan ejaan ais krim itu pada Mia.

"Haa.. pergi mintak Kak Lela belikan." Suruh Hakim kepada Mia.

Sebelum sempat Mia merayu pada Laila. Laila segera me
ngajak Mia.

"Ye la.. ye la. Jom Mia, akak belikan. Mia nak makan ais krim apa?" Tanya Laila sambil meninggalkan Hakim disitu.

Hakim hanya tergelak kecil. Rindu Zaman persekolahan mereka dahulu. Tak habis-habis nak buli Si Laila. Hakim yang sedar troli yang dibiarkan oleh Laila itu ditinggalkan. Sekarang troli itu bertukar Tuan. Hakim yang dari jauhnya melihat Laila dan anak buahnya segera ke arah mereka sambil menolak Troli Laila.

"Wei Hakim." Terkejut dia apabila tiba-tiba ada seseorang menepuk bahunya. Troli Laila dilepaskan.

"Bila kau balik ni?"

"Tak bagitau aku pon kan, sampai hati kau."

"Kawan-kawan kita asyik tanya aku je bila kau nak balik"

Soalan demi soalan diajukan kepada Hakim.

Bertuah sungguh punya kawan. Dah la tak bagi salam. Main terjah ja? Haihh.. kawan.. kawan.

"Ya allah kau ni Hairul. Terkejut aku tau!. Aku baru balik ja semalam. Mak aku yang ambik aku kat Airport."

"Alaa, kau selepas bawa diri ke Dubai tu. Langsung tak ada berita. Tau-tau je kau dah ada kat sana"

Bawa diri? Ya.. memang Hakim bawa diri ke Dubai pon setelah cintanya yang tidak berbalas oleh Laila. Kononnya, pergi ke Dubai tu, nak mengubat luka lah katakan. Dalam masa yang sama juga, dia pergi menuntut ilmu disana.

"Kau datang sini dengan siapa?"tanya Hairul kepada kawan karibnya.

"Aku datang dengan anak buah aku tu hah" sambil tangan menunjuk ke arah Mia da Sarah.

"Ehh, perempuan tu macam aku kenal. Tapi.. takkanlah...." desis hati Hairul.

"Ha jom.."ajak Hakim kepada Hairul.

Hairul hanya mengikut langkah Hakim menuju ke arah Mia dan Laila.

****

Terlopong Laila apabila ternampak lelaki yang disebelah Hakim itu ialah Hairul.

"Kenalkan ni Hai..." belum sempat Hakim memutuskan ayatnya. Laila terlebih dahulu memotong.

"Abang Bomba? Ehh.. Hairul?"

Aduhh.. cam mana pulak boleh tersasul panggil Abang Bomba ni

"Ehh, korang dah masing-masing kenal?"

Hairul cuma mengangguk. Laila pula hanya menunduk malu.

"Paksu.. paksu.. Mia nak makan kat kedai. Tak nak kat sini."

"Laa, tadi cakap nak ais krim" Hakim hanya mengelengkan kepala sambil melayan karenah Mia.

"Alang-alang semua ada kat sini, kita pergi makan dulu jom" ajak Hakim.

"ehh, saya nak kena balik dulu ni. Ada banyak kerja kat rumah tu" Laila mencari alasan.

"Alahai, setakat nak tanda buku tu baik tak payah la. Lagipon cuti kan esok?"

Dalam beberapa minit, Laila pon setuju untuk join keluar makan bersama Hakim, Mia dan Hairul. Itupon setelah Mia yang tak berhenti merengek untuk dia ikuti bersama mereka.

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now