CDAB 25

10.8K 327 20
                                    

"KENAPA abang ikut jalan ni? Bukannya rumah kita belok kanan ke?" Tanya Laila apabila suaminya menggunakan jalan lain dan bukannya kearah Rumah Mama Hairul.

"Ehh, betul lah ni jalan ke rumah kita." Jawab Hairul sambil menghirup air kotak Nescafe yang baru dibeli semasa singgah di Petronas.

"Tapi.. ehh sejak bila ada jalan baru pulak ni?" Laila mengaru-garukan kepala yang tidak gatal itu.

Setelah beberapa minit kemudian, Hairul menekan butang pada kunci yang Laila tidak pernah nampak sebelum ini. Seterusnya, pagar besi automatik itu dibuka lalu Hairul pun meneruskan memandu dan parking dibawah garaj.

"Rumah siapa ni bang? Sesuka hati je masuk dalam rumah orang."bebel Laila. Namun, matanya tetap teruja melihat Rumah dua tingkat yang berdiri megah. Dengan reka bentuk yang bertemakan ala-ala tradisional membuatkan Laila lagi suka dengan design rumah tersebut. Hairul senang hati bila melihat wajah Laila yang gembira.

"Jom.."Hairul menarik tangan Laila supaya ikut serta. Mereka berjalan sekeling rumah itu.

"Cantik tak?" Tanya Hairul apabila mereka berhenti di Pondok dan terdapat juga kolam ikan.

Laila mengangguk dan tersenyum kepada suaminya.
"Abangg.." panggil Laila seraya duduk disebelah suaminya.

"Hemm."

"Cantik la rumah ni abang. Laila suka dengan reka bentuk rumah ni. Unik!. Tapii.. mana tuan rumah ni? Tak keluar-keluar lagi. Dia tahu tak?"

"Dia tahu yang petang ni ada tetamu tetap nak datang."

"Tetamu tetap??" Laila kebingungan. "Tak faham la."

Soalan itu Hairul biarkan bagai angin yang meniup bersama daun-daun kering🍃

"Jom kita tengok dalam rumah."Hairul menarik tangan Laila dan menuju ke pintu utama.

*****

"Wauu... cantiknya abang." Ternganga mulut Laila yang menikmati keindahan luar dari balkoni. Pemandangan indah yang memenangi matanya terus tidak menghiraukan Hairul.

Hairul mendekati Isterinya apabila Laila tidak langsung mendengar Hairul memanggil namanya.

"Sayang!.. "bentak Hairul.

"Y..ya.. yaa. Kenapa?"

"Tak baik tau panggil abang cantik" Hairul memuncungkan mulutnya dan memusingkan badan tanpa melihat Laila sebagai tanda merajuk. Hairul ni mengada betul!

"Abang?.. cantikk?? Sejak bila.?"

"Habis yang cakap 'wauu... cantiknya abang.' Tu.."hairul ajuk kembali kata-kata isterinya.
"Abang handsome tau.!"

Laila mahu ketawa tetapi tetap ditahan. Mahu sahaja hambur tawanya meletus. Laila mengeleng-gelengkan kepalanya. Tidak tahu pula Hairul ni pandai Merajuk. Tak padan langsung dengan wataknya sebagai Abang Bomba.

Kini, Laila pula yang mengatur strategi. Ingat Laila ni tak pandai nak sweet-sweet ke? Haa.. tunggu dan lihat.

Dengan keadaan posisi Hairul membelakangi Laila. Laila terus datang merangkul pinggang suaminya dan kepalanya disandar kebelakang Hairul.

"Abang..." panggil Suara dengan nada yang sangat lembut.

Begetar.... Bedebar.. semua ada. Jantung Hairul seakan tidak mahu sahaja berhenti. Gelabah.. 'haihh.. isteri aku ni nak goda ke apa ni.. siap suara lembut-lembut bagai. Parahh!'
Hairul mendiamkan diri buat sementara. Dia juga mahu tahu setakat mana Laila memujuknya.

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now