CDAB 16

10.7K 333 2
                                    

DI bawah pokok yang rendang. Angin bertiup lembut dipipi halus Laila. Pemandangannya jauh dilemparkan ke Tasik yang tenang itu. Kanak-kanak riang bermain layang-layang. Ibubapa juga sibuk memerhatikan karenah anak mereka.

Hairul datang kearah Laila sambil membawa dua air minuman. Air yang berperisa Strawbery diserahkan kepada Laila. Tanpa segan silu, Laila mengambil dan menghirupnya.

"Awak,.. saya nak tanya ni? Emm.."kata-kata Hairul sedikit gementar.

"tanya la.."

"Em. Hakim ada bagitahu awak tak pasal... "

"Pasal kita??" Lantas Laila memotong sebelum Hairul menghabiskan
Ayatnya.

Laila sempat memandang wajah Hairul. Hairul handsome orangnya. Mana taknya. Rambut disikat rapi, berbaju t-shirt polo dan berkaca hitam. Kening sebelah kanannya berparut. Memang smart habis laa. Tapi smart lagi bila Hairul memakai uniform lengkap berpakaian Bomba.

"Ha'ah pasal kita. Awak macam mana?" Tanya Hairul sambil membuka kaca mata hitamnya.

Berderau  jantung secara tiba-tiba. Bukan main laju jantungnya mengepam darah. Aduhh! 'Cair iman aku kalau macam ni' ngomel Laila di dalam hati.

"Err.. rr saya tak tahu la.. saya takut kalau awak tak dapat terima saya sebagai isteri awak."

"Lailaa... awak jangan macam ni" bicara Hairul lembut.

" awak kena fikir sekarang. Awak tahu tak, bahaya kalau awak duduk rumah tu sorang-sorang. Kalau orang jahat tahu ada seorang gadis tinggal bersendirian, tak teragak-agak diorang pecah masuk rumah awak. Bukan setakat diorang rompak je. Sekali dengan awak diorang kebas."

"Isyh awak ni, janganlah cakap macam tu."

"Saya bukan berniat nak takut-takutkan awak. Saya cuma risau dengan keselamatan awak tu je. Awak nak ke kejadian silam awak tu berulang kembali?"

Laila menggeleng.

"awak fikir baik-baik. Awak nak orang lain kebas awak tanpa ikatan yang sah atau awak nak saya kebas awak dulu dengan ikatan yang sah." Hairul menjongket- jongketkan kening yang berparut itu. Hairul cuma tersenyum bila melihat muka Laila yang secara tiba-tiba merah. Cute!

Lagu Drag Me down by One Direction menghentikan perbualan mereka. Lantas Hairul mengambil telefon bimbitnya dari seluar poketnya.

"Sekejap tau!"

Laila cuma mengangguk. Matanya sempat memandang Hairul yang telah pergi ke sebuah pondok rehat itu.

Nampak serius Hairul berbicara dengan orang yang disebalik talian. Apa yang dibincangkan oleh Hairul tak tahulah.

Selepas beberapa minit kemudian, Hairul datang semula dengan wajah yang sedikit kecewa.

"Lailaa..."

"Ye saya."

"Maaf tau, kali ni saya tak dapat berjumpa lama dengan awak. Saya harap awak faham. Tadi bos suruh saya kerja Shif malam pulak sebab ada seorang ahli bomba tu tak dapat masuk kerja disebabkan hal Family katanya."

"Ow. Kalau macam tu, tak apalah.
Awak balik lah dulu. Nanti saya pulang kemudian."

"Hati-hati tau. Take care" jelas suara Hairul perlahan. Ada sedikit rasa kerisauan dan serba salah yang mula menebal di dalam hatinya.

Mana taknya, selepas tamat sesi persekolahan Laila. Hairul menghantar pesanan ringkas melalui Whatsapp bahawa dia mahu berjumpa dengan Laila. Hairul tahu gadis didepannya mengejar masa kerana nametag yang dipakai oleh Laila itu pon masih melekat kemas ditudungnya. Tapi, tiba-tiba pula ada yang menghalang.

"Ok bye Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

*****


Laila menghempaskan tubuhnya dikatil setelah selesai sahaja solat Isyak.

"Huhh,penatnya." Sambil meregangkan segala otot sendinya.

Buku latihan pelajar yang bertimbun di atas meja itu dipandang sekilas. 'Haihh, buku latihan tu banyak lagi yang belum ditanda habis. Esok nak kena pulangkan balik buku latihan mereka itu. Dahlah exam nak dekat dah. Budak-budak tu kena bagi latihan banyak-banyak. Kalau tidak habis diorang lupa macam mana nak jawab soalan." bebel Laila didalam hati.

Belum sempat Laila menuju ke meja belajarnya. Momo kucing kesayanganya terlebih dahulu mengiau dengan kuat di dapur. Perasaan tidak sedap hati mula menerjah. Kebiasaanya, momo akan bising bila dia lapar sahaja. Tapi, tak mungkin dia lapar sebab baru sahaja Laila memberi makanan kepada Momo itu sebelum dia masuk kebiliknya tadi.

Laila mencepatkan langkah menuju ke arah Momo. Terbeliak anak mata Laila apa yang berlaku didepannya. Terdapar seekor ular tedung selar yang sudah meninggikan badannya dan mula mengembangkan kepala. Kini, Ular itu betul-betul menghadap ke arah Laila dan Momo.

Pada ketika itu, dia hanya sempat membawa Momo beredar dengan cepat dan berlari ke luar rumah.
Sebenarnya dia mahu meminta pertolongan dari Mak Jemah, setelah melihat rumah jirannya itu gelap sahaja, baru dia teringat akan Mak Jemah pulang ke kampung pada petang tadi.

Terlintas difikiranya cuma Bomba. Yes Bomba! Ular... Bomba! Cepat-cepat dia mendail nombor Balai Bomba.

*****

Alamat yang diberikan oleh rakan  bombanya itu seperti familiar. Hairul mula rasa tidak sedap hati. Alamat yang diberikan itu mula menjadi tumpuan Hairul.

'N0. 23 Taman Manggis, Jalan Perdana Balik Pulau. Kalau tak silap, yaa! Rumah Laila! Ya Allah! Apa yang dah jadi dengan Laila!' Tampak risau pada wajah lelaki itu.

Setelah sampai dilokasi yang berkenaan. Hairul dan ahli kumpulannya segera berlari ke arah mangsa. Dua ahli kumpulan yang lain sibuk mengambil peralatan yang sesuai untuk menangkap ular.

Hairul segera mendapatkan gadis itu.

"Laila.. awak tak apa-apa?" Tanya Hairul dengan risau.

Laila terkejut setelah mendengar soalan daripada salah seorang ahli bomba itu. Adakah Hairul?
Waktu itu, terkejut juga bila Laila dapati Hairul juga turut serta dalam misi menangkap ular itu. Walau bagaimanapun, Laila baru teringat yang Hairul bekerja syif malam harini. Dia sahaja yang terlupa.

Semuanya sudah selamat apabila pihak Bomba telah berjaya mengeluarkan ular tedung selar yang 15 kaki panjangnya. Terasa bangga pula, bila dapat tahu orang yang menangkap ular itu adalah Hairul sendiri. Berani gila! ( Laila ni pon satu, bengap juga orangnya. Kalau dah jadi bomba tu.. haruslah kena berani. Lagipon, dah kerja mereka menyelamatkan orang dan memadamkan api. Sudah tentu mereka orang-orang yang berani dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang ahli Bomba *tak pasai-pasai kena ceramah free dari Author*😡)






Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang