CDAB 15

10.7K 339 1
                                    

WEY Hairul."

"Hem?" Sambil menghirup air teh'o limau.

"Aku nak cakap something ni."

"Ye.. cakap je lah. Sejak bila pulak kau nak cakap sesuatu kena bagi tahu aku dulu nii?"

"Ye laa... sebenarnya.. aku ada... adaa.."

"Ada apa!!" Hairul menghentuk meja. Hampir sahaja air Hakim tertumpah ke lantai.

"Ehh kau ni.. tak reti nak sabar ke" hakim sempat menjeling ke arah Hairul yang sudah tidak sabar mahu mendengar ceritanya itu.

"Sebenarnya macam ni... memandangkan aku nak kena balik ke Dubai nanti. Aku harap apa yang diamanahkan oleh arwah makngah Laila tu aku dapat selesaikan sebelum aku ke sana."

Hairul terpinga-pinga. Apa yang dikatakan oleh kawannya itu. Langsung dia tidak mengerti apa yang Hakim maksudkan sebenarnya.

"Cuba kau bagitau aku satu-satu. aku tak fahamlah."

"Okay-okay. Macam ni.. masa Arwah makngah Laila tu masih hidup. Dia ada cakap dengan aku yang dia nak aku jagakan Laila bila dia dah tak ada nanti. Dia minta aku jagakan Laila"

Terbutang mata Hairul ketika itu.

"... tapi, aku fikir balik. Sementara aku dekat sini. Mungkin aku boleh tengok-tengokkan keadaan dia dan tolong apa yang patut. Tapi, bila aku dah ke Dubai nanti. Tak ada siapa yang nak tolong dia nanti. Jadi,...."

"Aku kan adaa!" Hairul menjongket-jongketkan kening tebalnya.

"Herhh, kau ni. Tak sabar betul. Tapi ada satu syarat kalau kau betul-betul nak jaga dia." Kini Hakim pula yang menjongketkan keningnya.

"Apa syarat dia?"

"Kau kena kahwin dulu"

"Apa?? tak nak aku.."

"Ehh. Tadi nak sangat jaga Laila kan."

"Memanglah.. tapi, cuba kau bayangkan kalau aku kena kahwin dulu.. tak ke naya nanti kena smash dengan bini aku sebab asyik tengokkan Laila tu."

"Ngok la kau! Aku bukan suruh kau kahwin dengan orang lain.. aku cakap kau kena kahwin dulu dengan Laila. Nanti tak lah aku risau sangat nak suruh kau jaga diakan."

Hairul terdiam. Dia memikirkan sesuatu. Untuk kepastian, dia bertanya kepada Hakim.

"Laila nak ke dengan aku ni. Aku ni kerja bomba je. Gaji pon cukup-cukup makan."

"Alahh.. yang tu kau tak payah risau.. kau follow je. Biar aku yang cakap dengan Laila nanti. Lagi satu, banyaklah kau, gaji cukup-cukup makan je. Ingat aku tak tahu, kau ada buka rumah anak-anak yatim dengan rumah orang-orang tua?."

Hairul tidak membalas apa-apa. Lagipon, dalam masa yang sama. Fikirannya mula melayang jauh memikirkan balik perbualannya dengan mamanya sewaktu masa rehat di tempat kerjanya.

*flashback*
~~On the phone~~

Mama: assalamualaikum

Hairul: waalaikumussalam, mama. Kenapa ni ma? Ada apa-apa ke? Duit yang Hairul Bank in tak cukup ke?
(Bukannya Hairul tak tahu. Mamanya jenis kaki shopping juga)

Mama: ehh, cukup je. Mama dah bincang dengan papa kamu pasal...

Hairul: pasal Perempuan tu??

{Kalau readers nak tau, pasal perempuan ni pernah dikatakan oleh Azzam pada CDAB 11. Cuma tak bagitau siapa perempuan tu secara terperinci lagi}.

Mama: ye la.. pasal Amyra. Ma dengan pa dah bincangkan pasal kamu berdua. Yang kami nak sambungkan semula pertunangan kamu yang pernah terputus tu.

Hairul:No! No mama! Hairul tak nak!
Hairul dah jijik tengok muka dia lagi ma. Dah cukup la dia buat Hairul malu ma. Ma dengan pa masih terima dia lagi? Apa yang dia dah buat dengan family kita? Macam tu?

Mama: sebenarnya, family dia datang tadi. Diorang minta maaf apa yang telah berlaku pada hari pertunangan kamu dulu. Diorang cakap nak pulihkan balik perhubungan kamu dengan Amyra. Tadi, Amyra pun ada juga sekali.

Hairul: Dasar perempuan tak tahu malu!

Mama: Hairul! Tak baik cakap macam tu. Mama tak ajar kamu cakap macam tu tau. Jaga-jaga kamu. Kalau tidak, mama terima permintaan diorang. Padan muka dengan kamu. Nak macam tu!?"

Hairul: ma.. Hairul tak nak dengan perempuan tu ma.. please ma.

Mama: kalau betul kamu tak nak dengan Amyra tu. Kamu kena janji dengan mama. Hujung bulan ni bawa bakal menantu pilihan Hairul sendiri. Jumpa dengan ma. Mama bagi tempoh sepanjang bulan ni sahaja. Kalau tidak, tak teragak-agak mama terima dengan permintaan family Amyra.

*End Flashback*

"Woii, Hairul!. Kau termenung je kerja kau kan" bentak Hakim setelah berkali-kali dia memanggil Hairul yang dari tadi tiada sebarang respond.

"Isyh, sibuk je lah kau."

"kau boleh terima tak?"

"Terima apa ni?"

"Pasal syarat tu?"

"Emm.. insyallah aku terima." Lambat-lambat Hairul membalas.

Tersenyum Hakim setelah mendengar jawapan daripada Hairul.

*****

Terbuka luas mulut Laila setelah mendengar segala kata-kata abang Hakimnya itu. Seakan tidak percaya, kata-kata terakhir yang diluahkan oleh arwah makngahnya waktu itu ialah mahu jodohkan dia dengan abang Hairul? Abang Bomba?? {Dalam CDAB 14}

"Serius ke abang Hakim?"tanya Laila dengan perlahan.

"Ye betul Laila. Abang tak tipu. Makngah sendiri yang cakap macam tu. Jadi, macam mana sekarang? Abang tahu, laila sayangkan arwah Makngah kan. Lagipun, makngah nak tengok kamu bahagia. Mungkin ada hikmah sebalik apa yang terjadi Laila. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Manalah tau, yang Abang Hairul tu jodoh kamu."

"Emm," Laila hanya termenung. Kata-kata Hakim dibiarkan. Adakah dia mahu sahaja turutkan permintaan terakhir arwah Makngahnya? Bagaimana pula perasaan dia dengan Hairul nanti.? Hairul mampukah menjaga dia sebaik-baiknya? Hairul sanggupkah mengambil dia sebagai isteri yang sah? Pemikiran semakin buntu.

"Abang Hakim.. Laila rasa.. laila nak pikirkan dahulu tentang itu."

Hakim hanya mengangguk. Dia tahu, gadis itu perlu ambil masa untuk berfikir. Dia tidak mahu memaksa gadis didepannya itu untuk menerima Hairul sebagai suaminya.

"Laila.. sebelum abang nak berangkat ke Dubai. Kalau boleh, abang nak tengok kamu bahagia dulu. Kalau tidak abang tak akan hidup senang berada di sana. Abang risau keselamatan Laila nanti. Mungkin kalau kamu dah kahwin. Hairul dapat jaga kamu dengan sebaik-baiknya. Abang yakin dia mampu buatkan kamu bahagia.Abang harap Laila faham apa yang kita bincangkan ni."








Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now