CDAB 11

11.7K 350 4
                                    

"AWAK biarlah saya yang bawak kereta ni boleh? Saya tak biasalah duduk si sebelah penumpang. Lagi-lagi kalau pemandu tu perempuan macam awak." Terang Hairul selepas mereka masing-masing tidak mahu mengalah untuk menawarkan diri menjadi pemandu.

Akhirnya, Laila yang mengalah juga buat kali ni dengan permintaan Hairul tadi.

Masing-masing hanya berdiam diri di dalam kereta. Lagu Mewangi yang dinyanyikan oleh Akim dari Radio EraFM menjadi peneman bagi mereka. Laila cuma melontarkan pandangannya di luar cermin kereta. Hairul pula fokus memandu. Tapi...

"Laila.. Lailaa.." suara perlahan Hairul membuatkan Laila berasa sedikit gementar.

"Er.. ye ss saya. Kenapa Hairul?"
Gagap pulak aku ni! Haihh. Apasal ni. Rasa kekok pula bila bersama dengan Hairul ni. Tambah lagi, pada waktu yang macam ni.

"Emm, saya nak tanya ni. Tapi, awak jangan marah saya pulak tau."

"Bagitau dulu apa sebenarnya. Marah ke tak bergantung pada soalan lah. Hehe"

"Emm, tapi jangan lah marah. Saya cuma nak tau pasal awak je"

Pasal aku?? Jangan dia tanya pasal peribadi aku sudah. Kalau tak, aku penyepak kang! Wuuuu! Garangnyaa. Hahaha.

"Saya tak marah lah. Saya gurau je. Hah! Apa soalannya?"

"Tak macam ni. Kenapa awak duduk dengan makngah awak eh? Mak ayah awak mana? Diorang kerja ke?"

Berdesup jantung Laila. Hati mula merasa jatuh. Lemah. Sedih. Rindu. Tak berdaya semua ada la. Hairul perasaan akan riak muka Laila yang tiba-tiba sahaja berubah.

"Laila.. awakk.. saya minta maaflah kalau buat awak sedih macam ni. Saya cuma nak tau je"

Laila mencuba untuk senyum. Sabar dan tenangkan diri. Laila boleh! Laila super power! Hehe..

"Ehh, mana ada lah. Saya cuma teringat kembali je kenangan masa saya kecil dahulu."

Hairul cuma mengangguk. Dia mahu biarkan sahaja Laila meluahkan segala jawapan bagi soalan yang terbuku dihatinya.

"Saya tinggal dengan makngah saya dah lama dah. Semenjak arwah ibubapa saya meninggal disebabkan kemalangan. Sejak daripada itulah saya dijaga oleh makngah saya. Dia dah menganggap saya sebagai anak kandungnya sendiri."

"Ow.. awak.."

"ye saya"

"Maafkan saya... saya tak tahu yang...."

Belum sempat Hairul menghabiskan ayatnya. Laila terlebih dahulu memotong.

"Tak perlulah mintak maaf Hairul. Lagipon saya dah biasa dengan situasi yang macam ni."

"Emm.. apapon saya mintak maaf jugak sebab tanya soalan yang bukan-bukan dekat awak."

"Ni bukan salah awak pon. Saya okay je lah."

Kereta berbenti di kala lampu traffic sudah berwarna merah. Suasana sunyi kembali. Lagi sekali, Hairul yang memulakan bersuara dahulu. Gentleman guys. Hehe.

"Lailaa.. lailaa"

Hishh..Hairul buat lagi! Suka sangat panggil nama aku slow-slow macam tu. Ingat Romantik ke? Tapi, err. Menyampah!

"Ye saya"

"Awak... awak jangan lah sedih. Saya tahu awak kuat. So, sekarang ni. Awak dah ada mak ayah."

"Ada mak ayah? Maksud awak?"

"Apa lah awak ni. Itupon tak paham. Mak ayah saya kan ada. Boleh je anggap mak ayah saya sebagai ibubapa awak."
Hairul menjongket-jongketkan keningnya. Saja mahu mengusik Laila. Gatal benor!

"Apa awak cakap tadi??"

"Tak ada apa-apalah." Hairul membelok stereng kekanan. Hairul tersengih nakal melihat muka Laila yang tidak berpuas hati.

"Emm. Saya berhenti disini jelah. Sebab saya ada urusan sekejap dekat sini. Nanti kawan saya hantar."
Hairul memberhentikan kereta di Balai Bomba tempat kerjanya.
Kelihatan ahli bomba yang lain sedang tertinjau-tinjau melihat gadis yang bersama ketua kumpulan mereka.

Hairul dan Laila keluar daripada kereta. Laila pula bertukar ke tempat pemandu. Belum sempat Laila mengundurkan keretanya. Hairul tiba-tiba mengetuk cermin kereta.

Tukk.. tukk.. tukk

Laila menurunkan cermin keretanya. Hairul yang badan tingginya, menundukkan sedikit badannya.

Tiba-tiba jantung Laila berdegup kencang apabila Hairul mendekatkan mukanya. Laila pula cuba menjauhkan mukanya sedikit daripada Hairul.

"Laila.. Lailaa... terima kasih sebab tolong saya ye. Nanti kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Bye Assalamualaikum" diikuti dengan perangai yang suka mengusik Laila. Akhir sekali, Hairul mengenyitkan mata pada Laila.

Tunggu apa lagi, macam nak pecah jantung ni tau. Haihh, abang bomba... abang bomba.. suka sangat buat aku macam ni.

"Err.. Waalaikumussalam."
Cepat-cepat Laila menaikkan semula cermin keretanya. Hairul tergelak kecil melihat Laila yang sudah mula gelabah. Cute beb!

Kereta Laila sudah hilang dari anak matanya. Hairul mula berjalan ke arah pejabat.

"Hai, cik abang bomba oii. Tersengih-sengih selepas budak perempuan tu blah kan."kata Azzam kawan sekerjanya.

Haaa, ingat tak lagi Azzam ni? Azzam a.k.a muhammad Azzam Najmi tu. kalau tak ingat, baca balik ye CDAB 4. hehee

"Ya Allah kau ni. Bila jumpa aku je. Salam kau terus hilang eh.. mana ada aku sengih-sengih. Kalau sengih pon, bukan kat kau okay."bebel Hairul.

"Ya laa.. Assalamualaikum abang Bomba intan payung ku. Patik ke sini mahu tanya sesuatu kepada Tuan. Siapakah gerangan puteri yang bersama Tuan tadi ya. Cantik banget kok" Azzam mengerdipkan matanya berkali-kali. Ingat comel?? Dahlah habis bahasa dicampurnya. Ikut suka hati je Azzam ni. Bedal kang!

"Waalakumussalam. Macam ni la bagus dong. Puteri nya datang dari kayangan kok. Hanya gue aja yang bisa memilikinya."
Balas Hairul yang 2x5 macam Azzam.

"Wei, aku serius ni! Siapa perempuan dengan kau tadi?" Tanya Azzam yang ingin tahu.

"Laa.. takkan kau tak kenal kot? Tu Laila la. Cikgu Laila. Kalau kau tak ingat jugak, dulu rumah dia pernah berlaku kebakaran dan aku lah heronya" Gaya Hairul sambil menepuk-nepuk dada bidangnya.

"Puih, berlagak! Hahah.. nampak gaya kau macam dah tangkap cintun dengan Si Laila tu. Happy aku tengok kau sekarang. Nampak bahagia selepas kau dengan..."

"Shhh!! lebih baik kau jangan sebut nama perempuan tu depan aku kay." Marah Hairul secara tiba-tiba.

Azzam terdiam. Nasib baik tak terlepas tadi. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena smash dengan ketua kumpulannya di situ jugak.

So? Siapa pulak perempuan yang hampir dikatakan oleh Azzam tadi?? Bukan apa, cuma nak readers setia membaca CDAB ni okay?😊😊😂









Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now