CDAB 22

12.2K 341 4
                                    

PADA malam itu, Hairul dan Laila solat berjemaah bersama-sama. Solat kali ini, sangat berlainan dengan solat sendiri dirumahnya, kerana pada kali ini, dia diimamkan oleh suaminya sendiri. Apabila Laila mendengar alunan surah dan doa yang dibaca oleh suaminya buat pertama kali, alunan suaranya amat merdu sekali. Terasa diawang-awangan gayanya.

Sudah selesai mengaminkan doa. Hairul beralih ke belakang dan menghadap isterinya. Hairul memegang kedua-dua tangan Laila. Terasa getaran pada tangan isterinya itu. Hairul memalit senyuman. Inilah masa yang ditunggu-tunggu olehnya untuk solat berjemaah dengan isterinya. Kini, dia sudah ada seorang isteri yang berada di depan mata. Hairul juga perlu memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai suami untuk melindungi dan menjaga Laila selain tanggungjawab kepada negara sahaja yang perlu dipikul.

"Sayang.." panggil Hairul lembut.

Laila sudah merah mukanya. Malu.. apa? Dia panggil sayang? Alah, biasalah tu panggilan untuk orang yang dah berkahwinkan? Relax ar Laila😂

"Yee.." laila menunduk.

"Aikk, petang tadi elok je kita tangkap gambar? Siap pegang-pegang dengan cium lagi. Takkan sekarang pon malu lagi" Hairul sempat lagi menaikkan bulu keningnya berkali-kali. Suka sangat mengusik Laila. Dulu sebelum kahwin, usik-usik biasa saja. Ini dah kahwin? Kita tengok usikannya tahap peringkat yang macam mana. Seram kan?😂

"Haa.. tunggu apa lagi? Salam cium tangan cepat!" Arah manja Hairul pada Laila.

Laila pun ikut sahaja. Mana boleh melawan cakap suamikan? Selepas itu, Laila mengangkat kepalanya dann... satu lagi kucupan hinggap didahinya.

"Terima kasih sudi jadi isteri yang halal buat abang." Hairul berkata sambil memegang bahu isterinya.

"Sama-sama. Saya harap saya akan jadi isteri yang baik buat awak".
Hairul tiba-tiba melepaskan pegangan dibahu laila. Tersentak Laila. Dia ada buat apa-apa salah ke dekat Hairul?

Hairul memusingkan badannya untuk tidak berhadapan dengan Laila. Padahal, dia sengaja berbuat demikian untuk melihat sejauh mana Laila memujuknya.

"Awak... "

"Awak..."

Masih tiada sahutan. 'Aik dah jadi patung ke suami aku ni?' Laila mencuba lagi.

"Awak..."

"Apa awak-awak??"

"Err.. kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" Tanya Laila dengan risau.

"A.ahh.."

"I'm sorry"

Hairul kembali menghadap Laila.
"Alaa.. sayang ni.. tak sweet la."

Laila mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Abang nak.... sayang panggil abang boleh?" Hairul mengerdipkan matanya berkali-kali. Hampir tersembur air liur Laila. Ingat dia buat salah apalah tadi. Risau dibuatnya. Laila ketawa.

"Gelak pulak dia. Abang betul-betul ni." Hairul mencebik.

"Ye la.. ye la.. saya cuba okay?"

"Abang.. abang.. abang.. abang.. okay dah" senada sahaja Laila memanggil suaminya.

"Eee... dia ni.. nasib sayang je." Hairul mencubit pipi gebu isterinya.. walaupun isterinya itu ramping badannya. Namun, pipi Laila seakan Pou yang baru sahaja dikeluarkan dari periuk kukus.

"Ehh, dah.. dahh" Laila segera bangun dan melipat telekungnya. Hairul juga mengikuti langkah Laila dengan melipat sejadah pula.

Tukk tukk....

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now