"Sayang?" Lalu pergerakan itu berhenti semula. Harapannya jatuh kembali. Hairul menggengam erat lagi tangan Laila. Sejurus pada perkara itu. Hairul merasakan seperti maklum balas daripada Laila.. ya.. dia tidak tertipu lagi.. kini, Laila sudah sedar. Akhirnya, berkat doa Hairul yang selama ini tidak putus untuk berdoa. Kini, isterinya sudah bangun daripada ubat tidur yang diberikan oleh doktor.

"Doktor!!" Panggil Hairul dengan cemas.

Setelah selesai Doktor membuat pemeriksaan terhadap Laila. secara tiba-tiba, Laila bertanyakan soalan kepada doktor.

"Doktor... macam mana dengan kandungan saya?" Tanya Laila sambil memegang perutnya.

Tersentak Doktor dan Hairul apabila Laila mula menyoal tentang kandungannya.

"Emm.. saya harap Puan dapat bersabar ye. Cuba tenangkan diri Puan. Untuk pengetahuan Puan. Puan sudah mengalami keguguran sewaktu kemalangan tempoh hari."

"Takk.. takk.. tak mungkinn.. baby ni ada lagi nii.." Laila berkata dengan yakin seraya mengusap-usap perutnya berkali-kali.

"Puann.. puan jangan macam ni Puan.. Puan kena terima hakikat yang Puan sudah keguguran." Doktor cuba meyakinkan Laila.

"Takk.. saya cakap tak.. tak mungkin.. haritu ada lagii. Kan sayang kann. Sayang jangan buat macam ni dekat ummi. Ummi kan dah janji nak cerita pasal sayang dekat baba nanti? Sayang jangan tinggalkan ummi sayangg.." kata Laila dengan sebak sambil mengusap perutnya lagi.

"Sayangg.. jangan macam ni.."Hairul memeluk isteri untuk menenangkan Laila.. namun, perkara yang tidak disangka.. Laila menepis tangan Hairul.

"Kau siapa hah? Aku tak kenal kau! Kalau kau nak tahu.. ni semua sebab kau! Sanggup kau bunuh anak aku demi kepentingan diri kau sendiri? hanya disebabkan perempuan tu? Hahh? kenapa tak bunuh je aku ni? Kan senang?" Air mata yang ditahan akhirnya jatuh kepipi jua.

"Sayangg.. apa sayang cakapkan ni.. dah.. dahh.. abang minta maaf sayang." Hairul memeluk isterinya. Kini, Laila menangis dalam dakapan Hairul.. walaupun pada mulanya Laila agak marah pada Hairul. Tapi, disebabkan emosinya masih tidak stabil. Laila tidak dapat mengawal kemarahannya. Siapa tak sedih, kecewa apabila pertama kali mengandung.. tup tup keguguran. Sudah pastinya bakal ibu akan merasakan perasaan yang sama dengan Laila. Tambahan pula, keguguran disebabkan kemalangan.

*****

Langit malam menjadi peneman Hairul pada ketika itu. Bintang-bintang juga tidak kelihatan pada hari tersebut. Gelap sahaja langitnya.

Pada saat itu, dia hanya memikirkan Laila sahaja.. pelbagai soalan yang berada dimindanya. Kenapa Laila mahu datang ke Pengkalan Hulu? Apa yang terjadi sebenarnya? Siapakah yang dimaksudkan oleh Laila tentang perempuan itu? Siapa sebenarnya perempuan tu dengan dia. Yang aku berkawan sekarang ni pon cuma Amy...ra sahaja.. ow.. perempuan tu.. takkanlahh.. Amyra kan dah berubah.. arghhh!' Hairul meraup mukanya.. bercelaru habis!'

Tapi apabila dikenangkan kembali.
Hairul juga sedar bahawa dia banyak luangkan masa dengan perempuan tu. Waktu dia balik ke Penang pun dia tidak banyak bercakap dengan isterinya. Malah sibuk melayan chat dari Amyra yang sibuk untuk mengajaknya keluar berjalan apabila Hairul sudah pulang kembali ke Pengkalan Hulu. "Ya Allah.. berdosa aku Ya Allah. Kenapa aku jadi macam ni. Aku mengabaikan orang yang aku sayang Ya Allah.. mudahnya aku mencari kebahagian lain sedangkan kebahagian itu sudah berada didepan mata ku... Ya Allah sesungguhnya Kau maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kau ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah. Amin"

Di luar balkoni di biliknya. Hairul mengambil sebuah gitar yang disandarkan pada dinding dan diletakkan pada pahanya untuk sokongan. Hairul mula memetik gitar dan menghayati setiap baris lirik lagu itu. Hairul mula menyanyikan lagu Redha dari Irfan Haris ost Suri Hati Mr Pilot.


Tuhan tolonglah bukakan
Cinta dan kasih dalam hidupku
Waktu kan menyepi
Kian pergi membawaku
Saat ternantiku akan rahmat-Mu

Ku imbasi jalan yang berliku
Penuh gelap bisa
dan harusku takutkan
Merantai jiwaku
Berat hatiku menanggung
Usah biar hidupku tuk hanyut lagi

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu


Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now