+1

21.1K 2.1K 905
                                    

" Yoongi tak nak! Tak nak lah mak!! " Yoongi menghentakkan kakinya diatas lantai sambil menepuk sofa berkali-kali tanda protes.

Mukanya turut menunjukkan yang dia betul-betul tidak setuju dengan cadangan emaknya.

Puan Min meng-flip-kan rambutnya kebelakang dengan divanya. " Abestu, sampai bila kau nak duduk mengangkang je kat rumah? Makan mak tanggung. Duit api air mak bayar. Kau buat apa? Makan tidur je tahu. " Puan Min mencapai remote tv dan menukar siaran.

" Alah apa salahnya? Yoongi sorang je anak mak. Takkan tu pun nak berkira? " Yoongi memuncungkan bibirnya.

Bantal sofa diambil dan digigit. Geram!

" Bukan mak nak berkira, tapi kau cubalah fikir sampai bila kau nak jadi macam ni. Kalau kau berterusan jadi penganggur, tak berbini lah kau nanti. " bebel Puan Min pada anak lelakinya.

Yoongi mengeluh lantas merebahkan badannya diatas sofa. Siling rumah dipandang. Ya ampun, serabutnya.

" Okay fine. Yoongi boleh cari kerja tapi Yoongi tak nak kerja jaga budak! Yoongi bukannya suka budak! Bising je tahu! " kata Yoongi dengan harapan emaknya akan menghentikan niat untuk menyuruhnya jaga budak.

Puan Min tertawa sinis sambil mulutnya sarat dengan kacang tanah. " Kau cari kerja? Heh. Fikir mak percaya ke? Belum satu jam kau keluar rumah cari kerja, kau dah balik cakap penat. " balas Puan Min.

" Mak tak kira. Kau tetap kena jaga budak-budak tu. Mak dah setuju dah pun dengan mak diorang cakap yang kau akan jaga diorang. " sambung Puan Min. Sesekali dia tergelak menonton Gag Concert.

Yoongi yang tadinya baring kini terus terduduk. Matanya membesar. " What?! Mak setuju tanpa persetujuan Yoongi?! Hadoh mak ni. " badan Yoongi terus lemah longlai.

" Abestu, makan minum, kencing berak diorang semua tu siapa yang kena buat? " soal Yoongi. Musykil juga dia. Gila tak maut kalau dia pula yang kena buat.

" Siapa? Engkau lah. " jawab Puan Min selamba.

Mulut Yoongi ternganga luas. " What?! Mak! Mak tak takut ke kalau dapur mak terbakar sebab Yoon-- "

" ---siapa kata yang kau akan jaga diorang semua kat rumah mak? "

" A-abestu? "

Puan Min bingkas bangun dan pergi ke biliknya. Tidak lama kemudian Puan Min keluar dengan kunci.

Kunci itu diserahkan pada Yoongi. Kunci itu diambil oleh Yoongi dengan perasaan ragu-ragu.

" Kau jaga diorang semua dekat apartment lama kita. Mak tak nak masuk campur hal kau dalam uruskan diorang. Ini kerja kau, kau yang bertanggungjawab. Kira untung mak dah tolong kau cari rumah untuk jaga diorang. Mak tak nak kau jadi pemalas, sebab tu mak buat macam ni. Mak bukannya akan selama-selamanya dengan kau. Faham? " ucap Puan Min panjang lebar.

Yoongi menunduk ke bawah dan mengangguk faham. Mahu tak mahu dia kena ikut juga arahan emaknya.

" Tapi, berapa ramai yang Yoongi kena jaga? "

" Enam. "

" YA AMPUN RAMAINYA! "

•  •  •

Yoongi membuka pintu apartment lama mereka sekeluarga. Apartment dimana banyaknya kenangan dirinya bersama arwah ayahnya.

Mereka berpindah ke rumah lain setelah ayahnya meninggal. Emaknya tak mahu asyik bersedih atas kehilangan ayahnya dulu. Oleh kerana itu, emaknya membuat keputusan untuk mencari rumah lain.

Yoongi melangkah masuk setapak. Dah lama dia tak menjejakkan kakinya ke sini. Selalunya emaknya sahaja yang datang sekali seminggu untuk membersihkan apartment ini.

Beg-beg plastik yang berisi barangan dapur diletakkan diatas meja. Puan Min yang paksa dia beli semua ni. Katanya kalau tak beli budak-budak tu nak makan apa.

Yoongi pun naik terkejut bila emaknya kata esok Yoongi akan mula bekerja. Baru tahu harini, esok dah kerja.

Kalau Yoongi ni ada penyakit jantung agaknya dah lama meninggal.

" Haih. " Yoongi mengeluh. Dia menyusun satu persatu barangan dapur tersebut.

Puan Min kata tadi budak-budak yang bakal dia jaga semuanya berjantina lelaki. Terkejut lagi Yoongi tu.

Gila kau bebudak lelaki kenkadang semua perangai macam nokharom.

Tapi Yoongi bersyukur juga dia tak kena jaga budak perempuan. Kalau lelaki, Yoongi tak adalah kisah sangat nak mandikan, basuh berak kencing diorang sebab dia pun ada gajah mini.

Ini kalau perempuan? Hoho Yoongi tak ada bunga 🙊

Setelah selesai menyusun, Yoongi duduk diatas kerusi meja makan. Rambutnya dikusutkan.

" Macam mana lah nasib aku esok. " Yoongi mengeluh panjang.

[C] Grandpa and Six Idiots » BTS «Where stories live. Discover now