Terima kasih, geng

104 6 4
                                    

                                 20

hey, this is gonna be our final chapter. Cherish it.

10 tahun seterusnya...

"Adam nak kuih tu! Adam taknak makan dengan mama! Adam nak papa!" jeritan  Adam Hafis yang melompat lompat di atas ribaan Sabrina menyakitkan hatinya. Dia sudah putus asa menjaga anak lelakinya itu supaya duduk diam dan makan bersama.

"Adam.. jangan lah macam ni, sayang. Mama nak makan pun susah. Papa ada kat masjid, nanti papa dah balik Adam main dengan papa ya?" pujuk Sabrina.

"no! Adam nak papa sekarang! Adam taknak makan nasi melekit ni..!" jerit Adam pula. Begitu degil dan tak mahu dengar kata mamanya.

"Adam! mama cakap duduk diam kan? nasi melekit apanya? ni lemang lah anak ku sayaaanggg! Ya Allah!" Sabrina memukul lengan Adam sebelum melepaskan anaknya itu dari ribaan. Sudah lah nak suruh makan susah, nak suruh diam pun susah juga. Degil ikut papa dia lah ni!

"kenapanya ni?" Nek Jah tergesa gesa muncul dari ruang tamu. Rengekan Adam yang semakin kuat dari arah dapur menangkap perhatiannya. Sementara dilihatnya Sabrina hanya membiarkan anak kecilnya itu.

"biar nek, degil.. nak makan kuih lah, nak papa lah.. anak manja sorang memang macam ni"

"lah.. bagi je lah kuihnya, ada banyak lagi tu.."

"no, no, no.. Sab nak biasakan dia makan makanan kampung. Jangan ikut papa dia, makan pun memilih."

Nek Jah hanya menggeleng kepala. Kalau beralah dengan cucunya seorang ni, takkan pernah menanglah jawabnya. Patutlah Adam macam tu, sebijik ikut perangai mama dia.

"em..emm.. emmm..! sedapnya air yang Puan Zulaikha buat. Dia kalau dapat buat air memang tahap masterchef dah.. tu pasal lah suami dia sayang sangat kat dia.." Telinga Sabrina menangkap bicara Zulaikha. Apabila dia menoleh, dilihatnya Zulaikha sedang merasa air yang dibuatnya untuk tetamu yang datang nanti.

"puji diri sendiri nampak? kalau nak tahu, bukan nak riak ni... fakta okay.. fakta! semua masakan Puan Sabrina memang terbaik hingga menjilat jari... tu pasal suami dia lagi sayaangggggg kat dia.." sampuk Sabrina. Pinggan dibawa ke sinki dan dibasuh sebelum menggamit Zulaikha.

"kau cakap apa tadi, Sab? tak berapa dengarlah.. anak anak bising sangat kot.." Zulaikha pura pura tak dengar.

"aku cakap..."

"Opsss! please talk to my hand!" Zulaikha tayang tapak tangannya ke muka Sabrina.

"hee.. saja dengki, kan.." tangan Zulaikha ditepisnya perlahan.

"apa ajelah korang berdua ni... kalau bercakap tu asyik nak lebih aje. Mana masakan kau yang sedap sangat tu?" Nek Jah tercari cari kalau ada makanan yang dimasak Sabrina di atas meja.

"err.. harini Sab tak masaklah. Kalau tak, kenapa Sab datang rumah nenek kan?" tersengih sengih Sabrina memberi alasan.

"alah.. saja tu nek! kalau sedap sangat dia masak.. kenapa Adam tak makan langsung lauk kampung ni?"

"eh.. baik sikit! tu sebab dia ikut perangai papanya. Kau apa tahu? Dayyan dengan Danish tu pun tak sentuh langsung air yang kau buat" ejek Sabrina pula.

"Dah sudah! bergaduh aje lah kerjanya. Malu anak tu tengok..! pagi pagi raya dah bising rumah aku ni" tukas Nek Jah. Dia menuang pula air yang dibuat Zulaikha tadi.

"sedap kan nek? tengok muka nenek pun Ika dah tahu tahap sedapnya tu.."

"sedap... sedap sampai kencing manis aku pun boleh naik tinggi sekali minum. Lori gula mana yang tumpah dalam air kau ni Ika oii.. manis sangat!"

INTERTWINEDWhere stories live. Discover now