Epilogue 1: Untold story

41 4 0
                                    

                                 

Mata Zulaikha luas membulat. Dia masih tak boleh percaya dengan isi hati yang diluahkan Hazirah. Sungguh.. berat sungguh dugaan yang terpaksa dihadapinya selama ini!

"apa kau cakap? mak dan ayah kau dah bercerai?"

"yup. Benda ni jadi dua bulan lepas. Masa aku tak lagi mesra dengan korang semua.. menjauhkan diri.. masa tu lah aku dalam dilema" Hazirah tarik nafas, mengumpul kekuatan dan sambung ceritanya.

"kau ingat waktu korang plan nak studi group? aku tak dapat datang, kan?"

Terdiam Zulaikha sekejap. Dia hanya angguk kepala bila teringat peristiwa di mana Hazirah mula menjauhkan diri daripada mereka. Ya, dari situlah.

"time tu mak dan ayah aku bergaduh teruk. Kesnya? ayah aku nak kahwin dua.. kira dah ada sparepart lah tu. Kau fikir mak aku bagi? dah tak bagi tu.. ayah aku hangen terus dia belasah mak aku. Teruk jugaklah sampai meringkuk dua tiga hari.. aku ada pujuk mak aku ke hospital, tapi mak aku tak nak."

"sejak diorang gaduh tu, ayah aku langsung tak balik rumah. Tak tanya khabar, tak tinggal duit.. blah macam tu je. Mak aku dah tak boleh sabar, dia naik mahkamah dan... macam ni lah endingnya" terangnya lagi. Hazirah buat muka selamba. Sudah lali pun dengan perangai ayahnya yang miang tu. Bagus juga mak minta cerai, hilang sikit beban yang terpaksa ditanggungnya. Sampai bila nak tahan seksa..? kelak, mak juga yang makan hati sendiri.

"tapi.. er... korang macam mana? siapa yang jaga?" tanya Zulaikha lagi. Dari tadi dia hanya serius mendengar luahan Hazirah itu.

"mak aku lah.. nak harapkan ayah aku tu? terang terang sibuk berbulan madu dengan bini baru dia. Mak aku buat tuntutan hak penjagaan dekat mahkamah jugak, nasib baik dapat. Kalau tak, memang hancur lah hidup kitorang"

"kau tak benci ayah kau? macam mana dia buat mak kau.."

"aku dah lama benci dia weh.. dah lama sangat sampai aku masak betul dengan perangai ayah aku. Biarlah dia, bahagia kot hidup dengan bini baru" Hazirah memutarkan bebola mata dengan reaksi menyampah. Peduli apa aku dengan keadaan dia sekarang.. hal mak pun langsung tak ambil tahu.

"aku rasa kau patut bagitahu Sab juga. Dia lah orang yang paling risau pasal kau." cadang Zulaikha. Sepanjang tempoh mereka bersama.. memang sangat sukar sebab Sabrina tak pernah berhenti dari memikirkan keadaan Hazirah. Masa tu hanya Allah je yang tahu betapa pilunya hati dia melihat Sabrina yang seakan hilang arah itu.

Hazirah mengukir senyum.

"takpe lah. Dia dah cukup risau pasal aku, aku taknak susahkan dia lagi. Cukuplah selama ni aku bebankan dia dengan masalah aku. Lagipun aku dah okay sekarang ni, dia pun dah okay.. Sab pun dah tak tanya kenapa aku buat semua ni. Aku rasa dia dah faham. Biarlah benda ni jadi rahsia antara kita, alright?" Hazirah menghela nafas lega. Alhamdulillah.. semuanya berakhir di sini.

Zulaikha tergamam. Dia turut rasa dirinya amat teruk. Macam mana selama ni aku boleh salah sangka dengan Hazirah? meletak spekulasi awal yang belum tentu kepastiannya. Kenapa aku fikir Hazirah benci aku dan menjadi penghalang dalam persahabatan kita? sedangkan dia sendiri tengah bergelut dengan dugaan..

"Ika.. thanks" ucap Hazirah.

Memikirkan yang Zulaikha sanggup melepaskan waktu mesyuarat antara pengawas hanya semata mata untuk menemaninya buatkan dia rasa terharu. Well, siapa kata Zulaikha tak baik?

Aku lah tu.. tapi itu dulu... hehe.

Zulaikha terkedu. Dia tertunduk malu. huh, tak sepatutnya aku berfikiran begitu. Hazirah boleh dikatakan sebaik baik kawan.. dan aku pun teringin nak berkawan baik dengan dia.

"you know.. aku pun sayang kau." dia berterus terang. Wajahnya yang kemerahan itu dialihkan ke tempat lain. Takut Hazirah perasan pula reaksinya tika itu.

"dan aku nak minta maaf.."

"hah takpayah cakaplah. Aku tahu! aku pun nak minta maaf juga, sebab mungkin bermasam muka bila jumpa kau. Tu yang kadang kadang buat kau terasa hati kan? Tapi percayalah, muka aku memang sentiasa masam..haha!" balas Hazirah lalu spontan memeluk bahu Zulaikha. Mereka saling berpelukan buat seketika. Biarlah suasana di padang sekolah itu menjadi saksi, yang persahabatan mereka akan terjalin lebih rapat daripada sebelum ni.. In Shaa Allah!

"tapi.. ais krim aku tu kau tetap kena ganti eh?" sempat Hazirah mengingatkan.

"ganti apa?" Zulaikha jadi pelik. Mata Hazirah terjegil. Boleh pula dia tak ingat? huh, mood spoiler betul..!

"hah, baru teringat! esok pergi rumah Nek Jah, join sekali jom?" ajak Zulaikha.

"eh, kau kenal Nek Jah ya?" tanya Hazirah.

"tak.. dorang yang cakap. Aku ikut je."

"oh.. hm. Alright.. lagipun aku dah lama tak lepak dengan geng. Rindu rasanya.."

INTERTWINEDWhere stories live. Discover now