Memori terindah

51 4 0
                                    

                                 11

"Assalamualaikum!" laung Imman sambil menongkat Lambretta yang ditunggangnya sebaik saja tiba di perkarangan rumah. Dia mengatur langkah ke muka pintu. Wajah Nek Jah yang ceria menyambutnya buatkan dia senang hati.

"Waalaikumusalam..! sampai pun kau ya? ingatkan taknak datang tadi" Nek Jah menghulurkan tangan lalu Imman menyalaminya.

"eh.. mesti sampai punyalah. Kalau dah nenek yang masak!" Imman memuji Nek Jah. Tersenyum simpul Nek Jah dibuatnya. Alah cucu aku ni, kalau dapat memuji.. sampai kembang hidung aku jadinya!

"ehem.. ehem..! siapa yang tak masak tu jangan harap lah dapat makan.." kedengaran suara Iqbal dari ruang tamu. Lambat lambat Imman menghala kepada Iqbal seterusnya duduk di sofa.

"sedar sikit siapa yang bercakap tu.. dari tadi terbongkang aje. Orang dah siap masak, baru terhegeh hegeh nak cari makanan" Nek Jah pulangkan paku buah keras. Iqbal tak tahu nak cakap apa. Arghh! Nek Jah ni, spoil planning betul lah.

Iqbal ketap bibir apabila Imman ketawakannya.

"kira baiklah Bal tolong pergi kedai, nek!" sangkal Iqbal.

"hmm yelah. Yang bawa barangnya pun Ika, bukan kau!" balas Nek Jah lagi. Rasa macam nak menjerit aje. Iqbal memuncung panjang. Dari tadi Ika.. Ika.. Ika.. diorang taktahu ke kalau takde aku memang barang salah dibelinya? Haa jawabnya minumlah air santan beraiskan sekor ayam!

"Imman makan dulu ya? nenek nak pergi belakang jap"

"alright!" Imman tayang jari ok. Sebaik saja tubuh Nek Jah menghilang di sebalik pintu, Imman pantas menepuk paha Iqbal.

"Awch! sakitlah bodoh!" Iqbal mengusap pahanya yang kebas. Terburai tawa Imman.

"bodoh.. bodoh.. kau tu berakal sangat ke? ha! Fiq mana? Sab? Ika?... Zirah..?" ayat yang terakhir itu sengaja dituturkan perlahan. Manalah tahu penantiannya tak berbalas. Hazirah pun sudah lama tak menghabiskan masa bersama mereka. Iye lah, sejak dia beri kata putus...

"apadia? ulang balik?" Iqbal angkat kening. Boleh dengar dengan jelas setiap nama yang diungkap Imman.. termasuk Zirah.

"jangan psiko sangat boleh tak?" marah Imman. Alah..! kantoi lah pula dengan mamat mulut murai ni!

"Haha! psiko aku pun.. kau sayang juga kan?"

"Subhanallah. tak sangka kawan aku songsang"

"kurang ajar ayat kau. Aku nak songsang pun memang taklah dengan kau.. macam takde taste. Hahaha!" makin galak Iqbal ketawa. Imman layankan aje. Ikutkan perut yang dah berbunyi, mahu aje dia telan hidup hidup kawannya itu.

"takdelah.. diorang semua kat pangkin tu haa. Sibuk buang kulit pisang, borak borak.. sikit lagi nenek nak buat pisang goreng" jelas Iqbal. Lucu hati melihatkan wajah cemberut Imman itu.

"lagi satu. Zirah pun ada. Dengan diorang tu, kau kalau rindu sangat dekat dia, sorok sorok lah intai dari tingkap ke.. pintu ke.. telepati pun boleh.."

"kau cerita apa ni?" tukas Imman tapi tetap tersenyum. Owmagad! Zirah pun ada?! Imman taktahu nak cakap apa. Benarlah kata orang, penantian itu menyeksakan.. tapi berbaloi bila ada hasilnya.

Hati Imman kembali mekar. Siap ada taman bunga dihiasi air terjun lagi. Jangan main main, luaran je nampak brutal.

"tapi kan.. dia nak ke jumpa kau?"

Imman sentap! spoil mood aku betul! memang lah aku sendiri pun tak pasti Zirah boleh terima maaf aku atau tak. Tapi sekurang kurangnya aku dah mencuba. Aku hanya nak berbaik semula. Sebelum semuanya terlambat buat kali kedua...

INTERTWINEDWhere stories live. Discover now