Bukan calang-calang

63 8 0
                                    

                                   5

Zulaikha berkira kira hendak duduk atau tak. Kejap.. kalau aku duduk kat hujung meja, terpaksa menghadap Iqbal yang kat hujung lagi satu pulak. Tapi bila duduk di depan Sabrina, takkanlah aku nak duduk kat sebelah boypren Hazirah?

"Man, kau duduk sinilah. "

Imman tidak membantah. Dia bertukar tempat dengan Iqbal. Seakan dapat baca, Iqbal mengarahkan Zulaikha duduk di sebelah Sabrina.

"just sit. Takde apa yang aku letak kat situ" ujar Iqbal meyakinkan. Zulaikha masih teragak agak. Namun dia akur juga dan duduk di hujung meja.

Iqbal senyum. Tak pasti senyum apa, mengejek atau sinikal? entahlah, dia cuma rasa nak senyum aje masa tu.

"okay dah! aku dah bosan, jom main ps3?"

Taufiq laju menutup buku latihan sambil menggeliat kecil. Mata Zulaikha membulat. Biar betul? tak sampai tiga minit belajar, dah bosan?

"On!" balas Imman. Lelaki tu pun satu, dari tadi hadap henfon aje. Bukan baca buku.

"aku on, aku on!" sahut Iqbal yang kelihatannya khusyuk menelaah. Dahinya berkerut kerut dan tangan laju menulis. Zulaikha jadi lega. Ada juga orang yang serius studi rupanya.

Imman melirik sekejap kepada Iqbal sebelum kembali membelek henfon. Tiba tiba dia tergelak lepas.

"buruk bodoh kau lukis!" bahu Iqbal ditolaknya sambil ketawa kuat. Iqbal turut ketawa diikuti Taufiq yang baru usha bukunya.

"binatang apa kau lukis ni? aku rasa adik aku yang tadika tu lukis lagi lawa lah" Taufiq mengambil buku Iqbal untuk ditatapnya. Lepas tu dia sambung gelak...

Terkedu Zulaikha sebentar. Melukis? seriously? kemonlah, kauorang masing masing senior kut!

"jap, aku nak makan jap"

Makan?! Zulaikha pandang Sabrina yang bangun untuk ke kabinet dapur. Mama Taufiq memang selalu simpan makanan untuk mereka di dalam tu.

"bukan sepatutnya kita belajar ke?" Zulaikha bersuara mematikan lagak mereka sebentar. Masing masing menghantar pandangan kepadanya. er.. aku salah cakap ke?

"belajar nanti nantilah. Banyak lagi masa, jom main? kau lawan Sab dulu. Kalau menang baru lawan kitaorang. Amacam?" Taufiq angkat kening. Zulaikha sepertinya sedang berfikir.

"kalau saya menang, kauorang nak bagi apa?" Zulaikha pula yang angkat kening. Sesi tawar menawar tak official pun bermula.

"Whuiiishhh dia cabar kita Bal? demand betul dia ni, dia tak tahu kita ni lejen? okay! kalau kau menang, kitorang belanja makan selama sebulan. Deal?" Imman mengikat perjanjian.

"Dan of course, aku batalkan perhitungan dengan kau tadi." tambah Iqbal. Zulaikha senyum puas. Lebih dari mencukupi.

"kalau korang menang?"

"Haa! kau kena back up kitorang bila bila masa kitorang buat masalah kat sekolah." Taufiq memberi cadangan. Iqbal dan Imman senyum tanda setuju. Boek ah Fiq! kau memang clever!

Permainan bermula.

Round 1, Zulaikha lawan Sabrina. Zulaikha menang.

Round 2, Zulaikha lawan Imman. Zulaikha menang.

Round 3&4, Zulaikha lawan Iqbal dan Taufiq. Dua dua tumpas.

Pemenang akhir, tetap Zulaikha. Of course.

"Woi Sab, gamer mana kau kutip ni? sekali pun tak kalah" Taufiq dan Iqbal berpandangan. Mampus, pokai duit mereka untuk sebulan ni.

"aku kutip kat sekolah lah.." Sabrina yang awal lagi sudah kalah, beralih ke games komputer pula. Jaguh games ni, jangan main main. Cuma hari ni dia buka peluang kepada Zulaikha sebab dia lebih gemar bermain dengan Hazirah.

"iye lah, iyelah. Zulaikha menang. Kau lah ni Man, pandai pandai berjanji" Iqbal mendengus kesal. Perlahan lahan dia nampak duitnya terbang melayang. Oh my duit!

"eh, aku pula? yang kauorang ikut sekali kenapa?" Imman membantah. Taufiq pula kelihatan tenang. Ceh, kaya boleh lah cerita.

"Hahaha! takdelah, saya tipu aje. Takpe.. saya tak tuntut pun janji korang tu. Makan sendiri pun tak lepas" Zulaikha bernada sinis namun tetap ketawa.

"tapi.. pasal perhitungan tu.. saya anggap benda tu dah selesai antara kita" Iqbal yang mencebik itu dipandangnya. Tahu sangat lelaki itu sedang menahan geram. Aku peduli apa.

Sebenarnya... ps3 ni dekat rumah aku pun ada. Abang aku punya tapi selalulah jugak main dengan dia. Tiap kali tu jugak, aku asyik kalah aje. Tak sangka lawan dengan dorang boleh menang ya? sungguh menyedihkan...

Sabrina senyap senyap memerhati Iqbal, Imman dan Taufiq yang menggaru kepala. Lantas mereka sama sama gelak. Dia senyum kecil. Kan aku dah agak, Zulaikha tak teruk seperti yang mereka anggap. Selama ni.

...........

"cenggitu lah ceritanya. Lepas main ps3 kitorang lepak kejap.. time tu lah aku mesej aku berlambak lambak tapi tak reti nak reply!.. lepastu balik." Sabrina senyum serong. Heh, langsung terlupa nak studi sama sama dan tujuan sebenar mereka berkumpul diabaikan.

"Ohhhhh" Hazirah yang melopong mengangguk kepalanya. Sekurang kurangnya Imman boleh enjoy dengan yang lain semasa ketiadaan aku.

Tapi..entahlah. Terbit perasaan tak suka bila Imman mula rapat dengan Zulaikha. atau aku yang kuat jeles sekarang ni?

Seperti biasa, mereka akan berkumpul bersama bila tiba waktu rehat. Sekolah mereka sistemnya lain sikit. Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 digabungkan manakala Tingkatan 3 rehat di lain waktu. Kantin dah cukup besar katanya..

"mana Zirah?" Imman melilau sekeliling. Tercari cari Hazirah yang mungkin bersama Sabrina.

"tandas." ringkas jawapannya. Sabrina seperti terganggu. Dia masih lagi ingat reaksi Hazirah bila diberitahu Zulaikha bakal rehat bersama mereka. Mungkin kawannya itu belum dapat terima orang baru dalam geng mereka?

Zulaikha juga diam. Dia tiba tiba rasa bersalah tanpa sebab. Wajah Hazirah yang tadi sedikit berubah menguatkan lagi nalurinya yang mengatakan, 'aku dah ganggu persahabatan orang lain'.

Imman kelihatannya mengeluh kecil. Jelas dia terganggu dengan tingkah Hazirah yang semakin misteri. Kenapa dengan dia? dia cuba mengelak dari aku ke? atau aku ada buat salah dengan dia? kusut.

"rileks bro, nanti dia datanglah tu" pujuk Taufiq yang menepuk nepuk bahu Imman. Nampak tegang betul.

Lepas dia menempatkan duduk, baru sahaja nak ajak Sabrina duduk bersama. Tapi bila dialih muka, tengok tengok Sabrina sudah melabuhkan punggung di depan Iqbal. Sungguh rancak berbual. Selalunya tak macam ni.

Taufiq gigit bibir. Kau dah tak nampak aku ke? hatinya panas, mukanya membahang. Terbit perasaan cemburu dalam diri. Lebih tepat, dalam hati.

Alangkah bagusnya kalau aku yang kau pilih.

INTERTWINEDUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum