Surprise..?

46 6 0
                                    

                                 18


"ingat masa kau datang rumah aku, dapur dah macam tongkang pecah?"

Taufiq berbisik kepada Hazirah. Gadis itu angguk kepala. Gila tak ingat, dah macam rumah hantu aku tengok.

"ha.." jari dituding ke arah pintu laluan ke dapur. Hazirah ikut saja halaan jari tersebut. Dilihatnya Imman muncul bersama sebiji kek. Dia terkedu.

"ni.. untuk orang yang bakal sambut birthday minggu depan. Kira advance sikitlah memandangkan kitorang akan busy dengan final-ever-year exam."

Imman meletakkan kek tersebut di depan Hazirah. Terharu dia mendengarnya. Walaupun hiasan sedikit berterabur, tulisan bersepah.. tetap nampak cantik di matanya.

"tak sangka korang ingat.." luah Hazirah yang hampir menangis tika itu. Paling menyentuh hatinya, bila mereka berhempas pulas buat semua ni tanpa pengetahuannya.

Lagi satu, baru Hazirah teringat yang minggu depan bakal diadakan peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Jadi sudah tentu mereka takde masa nak buat persiapan waktu tu. Faham sangat dah.

"kenalah ingat. Kau tak pernah minta apa apa pun dari kitorang sebelum ni. So, there you go.. a cake for you. Lagipun benda ni plan Imman sebenarnya, dia yang tunggang langgang buat kek kau hari tu" jelas Sabrina pula. Dia memang dah tahu hal sebenarnya waktu datang ke rumah Taufiq masa tu. Tengok hasil kerja pun dapat agak siapa punya karya...

Hazirah pandang Imman yang senyum kepadanya. Patutlah hari tu Imman datang awal daripada biasa. Ada agenda rupanya..

"terima kasih.." ucapnya. Dia mengukir senyum lebar. Imman hanya angguk kepala. Anything for you..

"terima kasih, you guys" Hazirah pandang wajah kawannya satu persatu. Aku tak mampu nak balas jasa baik korang, biarlah Allah yang balas dengan nikmat akhirat..

"sama sama.." Zulaikha memeluk bahu Hazirah. Mereka berbalas senyuman.

"ha.. siapa nak kek lagi? khas dari tangan Chef Imman ni!" jerit Iqbal disambut dengan sorakan mereka.

Alhamdulillah, masih lagi kami bersama.. berkumpul di meja yang sama.. dengan tujuan yang sama. Semoga bahagia ini kekal selamanya. Perkenankanlah doa kami, Ya Allah... Aamiin.

INTERTWINEDWhere stories live. Discover now