Happy Bewrthday!

42 6 0
                                    

                                 17

Iqbal parkir motor di perkarangan rumah papan itu. Dia membuka helmet, menongkat motor seterusnya berjalan masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam.." sahut Nek Jah yang baru muncul dari dapur. Iqbal mengambil masa seketika untuk memerhati sekeliling. Dia senyum puas. Walaupun semua persiapan nampak sederhana.. tapi tetap meriah dan banyak menyimpan kenangan.

Tak tahulah apa yang difikir Taufiq tapi dia lebih mencadangkan supaya sambut birthday di rumah Nek Jah berbanding di rumahnya. Mungkin mama dan papa dia terlalu sibuk dan adik beradik yang lain waktu itu tiada di rumah. Lagipun, dia lebih selesa lepak kat rumah Nek Jah. Jadi semua orang ikutkan aje lah. Birthday boy katakan...

"ada lagi ke nek?" sementara yang lain belum sampai, lebih baik aku tolong apa yang patut.

"dah sudah.. semua nenek dah siapkan. Kau telefonlah dorang semua, lama nenek tunggu ni"

"alright.." Iqbal mengambil henfon dari poket seluarnya lalu mendail nombor Imman.

"yo?" panggilan diangkat.

"kat mana? cepatlah sikit"

"on the way.. on the way.."

"on the way kau tu.. kat atas motor ke kat tepi kipas angin?" memang terdengar deruan angin di sebelah talian. Tak tahulah betul betul angin atau tak.

"cetan.. aku kat motor lah gila! dahlah, off"

Panggilan dimatikan. Aik, tak sempat bagi flying kiss pun..? kehkehkeh..

"Assalamualaikum.." terdengar laungan salam dari luar. Iqbal tergesa gesa bergerak ke pintu utama. Dia bertemu dengan Zulaikha di muka pintu.

"Waalaikumusalam" balas Iqbal. Terdetik perasaan gusar bila Zulaikha melangkah masuk. Dia jadi cuak. Alamak.. sudahlah Ika puasa bercakap dengan aku selagi masalah dengan Sab tak settle. Mesti janggal punya lah bila berdua macam ni.

"muka macam nak beranak ni kenapa?" tegur Zulaikha spontan. Iqbal tambah cuak. Bukan ke kita... ahh! aku tak faham betul dengan perempuan ni..!

"apadia?"

"pekak dah? hm.. Nek Jah mana?" Zulaikha menjenguk ke sekeliling ruangan rumah itu.

"bilik. Mandi jap" balas Iqbal. Dia lihat Zulaikha senyum kepadanya. Hatinya jadi berbunga bunga. Haih, Ika... Kalau macam ni gaduh hari hari pun aku sanggup!

Iqbal pandang Zulaikha lama. Sampai gadis itu boleh perasan.

"kenapa pandang macam tu sekali? buruk ke saya pakai tudung ni?" Zulaikha membelek muka dan membetulkan tudung sekaligus. Takut ada yang tak kena pulak. Iqbal menggeleng kepala.

"pelik. Kau kata tak nak bertegur selagi aku tak selesaikan isu dengan Sab tu. Tapi sekarang ni..."

"bukan dah selesai ke?" Zulaikha memotong bicara Iqbal.

"malam tadi Sab jumpa saya.. dia kata dah berbaik dengan awak. Lagi satu, dia dah maafkan awak.. dah lupakan janji masa dulu tu.. dan dah boleh terima kenyataan.    Sejujurnya saya taktahu apa masalah korang tapi saya lega semua ni dah berakhir..." Zulaikha menghela nafas. Malam tadi merupakan malam paling bahagia buatnya. Sebabnya, Sabrina sendiri datang ke rumah dan bersemuka dengan dirinya. Sabrina juga ada memohon maaf sebab layan dia dengan teruk sepanjang beberapa minggu ini.

Nak tahu tak? aku langsung tak kisah asalkan kau dapat terima aku semula.

"kenapa dia tak cakap direct kat aku?" Iqbal tersentuh. Tak sangka Sabrina yang keras kepala itu akhirnya mengalah. Kau memang adik kesayangan aku, Sab.

"Sebab dia nak settle down this issue lah. Kalau dia cakap kat awak.. fikir saya nak percayalah korang dah berbaik? sekurang kurangnya saya tahu cerita sebenar dari mulut dia"

Iqbal terdiam. Ada betul juga. Tambah lagi waktu tu Zulaikha tengah bengang dengan dia sebab sakitkan hati Sabrina. Memang takde peluang langsung lah nak perbaiki keadaan.

"satu je saya nak tanya sekarang ni.. apa kaitan saya dengan semua ni? semalam saya tanya Sab, dia diam aje.. awak pulak jangan nak lari ya" ugut Zulaikha sambil mengecilkan mata.

"hm.. satu hari nanti kau akan faham." Iqbal senyum. Dia malas nak perbesarkan cerita. Biarlah Allah je yang tahu macam mana perasaan aku kat Zulaikha.

Sesungguhnya takdir Allah lebih indah, kan?

"hoi..hoi.. birthday boy kat sini. Korang jangan nak celebrate lagi ya.."

Taufiq mengerling Sabrina di belakangnya. Mereka bergelak ketawa di muka pintu.

"aik, datang sama sama ke?" usik Iqbal yang menghampiri mereka. Kening diangkat sambil senyum nakal. Tapi lebih terarah kepada Sabrina. Terima kasih, Sab.

Sabrina balas senyumannya. Dia mengenyitkan mata bermaksud 'no problem'

"Hotakko. Aku dari tadi tunggu dia kat luar ni. Bagi chance korang beradegan Romeo Juliet kat situ jap.." Taufiq senyum senget. Fikir aku tak dengar perbualan korang? Nasib baik takde sebarang confession dilakukan. Aku dah ready pegang henfon nak rakam dah tadi.

"lutut kau beradegan bagai.. masuk dah lah tak bagi salam. Bodoh nama je Taufiq Rahmat, tapi perangai cemharem"

Iqbal memerhati Taufiq yang melangkah masuk ke dalam rumah selepas Sabrina. Tergelak Taufiq mendengarnya. Dia buat muka selamba.

"yelah.. yelah.. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!" sekali panjang dia bagi. Taufiq tersengih.

"Waalaikumusalam warahmatullah hiwabarakatuh.." sahut Zulaikha dari arah ruang legar. Dia mendekati Sabrina dan mereka saling berpelukan.

"reti jawab?" Taufiq perli Iqbal.

Iqbal mencebik. Bukan tak reti... tapi tak menyempat!

"amboi amboi.. macam sedap je lauk Nek Jah masak!" sergah Hazirah yang baru tiba. Tak pasal pasal je dia terus menuju ke arah meja. Ni lagi satu, pandang orang pun tak!

"amboi amboi.. anak dara.. cantiknya perangai. Hoi, kitorang kat sini" tegas Sabrina sambil mencekak pinggang. Tersengih sengih Hazirah mendapatkan mereka.

"sorry.. tak nampak" ulasnya.

"Hah.. dah berkumpul semua cucu nenek?" Nek Jah yang baru keluar dari bilik menegur mereka. Dia baru selesai solat zohor tadi, tu pasal lama sikit.

"belum nek. Imman tak datang lagi" balas Taufiq. huh, aku yang sambutnya.. dia pulak nak jadi tetamu kehormat.

Tak lama lepas tu, kedengaran enjin motor berhenti di halaman rumah. Imman kelihatannya berjalan sambil membawa sekotak kek yang sepatutnya milik Taufiq. Hampeh, aku pulak jadi hamba tak bergaji dia.

"awal datang?" Iqbal angkat tangan. Dia sudah tersembul di muka pintu.

Imman hanya angkat sebelah kakinya sambil tayang muka sebal. Iqbal ketawa melihat gelagatnya. Benganglah tu..

Sedia saja kek dikeluarkan dan semua orang sudah berkumpul di meja, Nek Jah memulakan agenda.

"Okay, dah jom mula. Taufiq! baca doa" arah Nek Jah.

"er.. baca doa apa nek?" Taufiq sengih.

"doa bangun tidur.. doa memulakan majlis lah apa lagi!" tukas Imman.

"hm.. dah dah.. jangan gaduh. Biar nenek baca. Bismillahirahmanirahim..."

INTERTWINEDWhere stories live. Discover now