Pergi Shopping!

55 4 2
                                    

                                  12

Seperti biasa, Taufiq menunggu Iqbal di pondok tepi kantin. Selepas seketika, dilihatnya Iqbal berjalan ke arahnya. Bukan dia tak tahu, baru je lepas bergaduh dengan Zulaikha sewaktu beratur di kaunter tadi. Mamat ni memang ada apa apa ke dengan Ika tu?

"sorry lambat, ada roadblock pulak tadi" Iqbal meletakkan sebungkus nasi lemak ke atas meja. Taufiq hanya memerhati.

"roadblock ke.. dating?"

Terjegil biji mata Iqbal. Apa kena dengan kawan aku ni?

"Apa kau ni? memang tak lah aku nak dating dengan pengawas mulut pedas tu!"

"itu kata mulut.. kata hati?" bebola mata Taufiq menunjuk kepada dada kiri Iqbal. Terdiam Iqbal mendengarnya.

Aku suka Ika? ya.. memang aku mengaku aku suka gila bila dapat sakat dia. Tengok muka dia yang menahan marah.. macam tak lengkap pula hari kalau tak bertikam lidah dengan pengawas tak cukup inci tu. Tapi takkan lah sampai dah jatuh suka? eh tak... memang tak!

"diam makna setuju.." Taufiq menduga.

"sebelum ada yang lebam biji mata, baik kau diam..!"

Taufiq ketawa lepas. Iqbal sedaya upaya berlagak tenang. Tanpa dia sedar mukanya mula merona kemerahan.

"kenapa kau tiba tiba tanya soalan tak cerdik ni? ke kau yang suka Ika?" usik Iqbal pula. Taufiq yang menongkat dagu sekali lagi tergelak.

"aku? suka dia? tak jeles ke 'abang' tu?" dalam nada menyindir, Taufiq berseloroh.

Iqbal tayang penumbuk. Ni kalau kena sebijik baru reti diam agaknya!

"well. hm... jangan ikut sangat kata hati tu. Nanti ada satu pihak yang terluka." tegas Taufiq. Sempat lagi tu.

"maksud kau?"

"nanti kau tahu lah"

"hmm.. tak kot.. aku pun bukannya suka kat Ika tu. So.. takde masalah" balas Iqbal.

"belum tahu lagi." Taufiq menopang dagu. Dia merenung jauh membiarkan Iqbal yang terkebil kebil. Cakap senang lah, kau tak boleh janji hati kau menyimpang ke mana. Boleh pula masa tu Sab confess kat kau.. berubah tak hati kau? agaknya.

"....aah aku taknaklah bagi dia kat kau" keluh Taufiq perlahan diungkapnya.

"hah? apadia?" Iqbal mendekatkan mukanya kepada Taufiq yang menggeleng kepala. Aku ada dengar sesuatu kalau tak silap.

"takde apa lah..!" Taufiq senyum. Iqbal sambung makan. Selepas seketika, Imman pula muncul dan duduk berhadapan dengan mereka berdua di meja bulat itu. Perbualan mereka terhenti di situ.

................

Sabrina ketap bibir. Jam pada henfon diliriknya tak berkedip. Hampir pukul 3:30 petang tapi Taufiq langsung tak berganjak dari membelek tin susu sebelum diletakkan ke dalam troli. Apa punya lama ditelek tin susu tu? kalah aku yang perempuan ni bila pergi shopping!

"Fiq! cepat lah sikit. Training dah nak start lah" rengek Sabrina cukup sekadar tunggu di bahagian depan. Geram dibuatnya bila Taufiq hanya buat muka selamba. Dah tu, jalan bukan main terhegeh hegeh, tak boleh blah.

Dilihatnya Taufiq mula bergerak menghampirinya. Sabrina memuncung panjang. Tahu pun nak datang sini, ingatkan dah lupa jalan!

"alright, seterusnya.."

"hah? ada lagi ke?!" Sabrina kaget. Biar betik? tadi kata nak beli barang sikit aje. Dah penuh troli tu aku tengok.

"tak lah, takde lagi... adalah! kau fikir apa? panjang kot list mama aku bagi, aku dah lah tak kenal semua menatang haram jadah ni..!" bentak Taufiq sambil meneliti setiap bahan yang dipesan mamanya di henfon. Tergaru garu kepalanya yang kebetulan gatal waktu itu. Esen vanilla? gula kastard? apakebenda tu? kalau telur dengan butter aku tahulah. Benda leceh ni semua biasanya bibik je yang rajin beli. Tapi boleh pula hari ni bibik ambil cuti tepat time mood rajin mama nak buat kek activated. Aku nak beli barang yang aku pilih je... aduh, mama!

"what? masalahnya kita dah lambat tahu tak? dorang dah tunggu kita lah apa aku nak jaw.. oh jap tengok jap"

Sabrina mengambil henfon Taufiq lalu dibaca. Jari dipetiknya sambil tersenyum. Alah, kacang je ni.

"nah, kau pegang henfon aku. Biar aku lead kau. Benda macam ni orang perempuan je pro tau" jelasnya. Taufiq hanya angguk kepala sebelum mencapai henfon yang dihulur Sabrina.

"er.. tapi kau okay ke? kita terpaksa skip training harini.."

"no big deal lah. Dorang mesti tak kisah punya kan? lagipun kita bukannya banyak kali ponteng. hm.. takpe kot."

"aku tanya kau, bukan dorang. Aku peduli apa dorang nak mengamuk, melalak ke. Kau tu haa! dari tadi beriya nak pergi"

"ohh.. hahaha! bodoh ayat! aku hm.. aku tak kisah aje. eh jap, ni bukan susu pekat ke?" Sabrina menunjuk pada tiga tin susu pekat yang diambil Taufiq tadi. Dia kembali meneliti list pada henfon.

"haah, asal?" jawab Taufiq.

"hm.. takde apalah cuma nak cakap bodoh tu jangan tunjuk sangat. Mama kau pesan beli susu cair, bukan susu pekat" tersengih sengih Sabrina menjeling Taufiq dengan pandangan mengejek. Taufiq mencebik. Sama aje lah, susu juga tu..!

Selepas seketika, mereka meneruskan pencarian di bahagian pantry di mana tersusun bahan mentah untuk memasak, membuat kek serta pelbagai jenis juadah. Banyak pilihan barang yang dipamerkan membuatkan Sabrina makin teruja. Taufiq hanya tersenyum memerhati ragamnya. Amboi, macamlah kau tengah shopping baju kan?

Inilah yang dia suka dengan perangai Sabrina. Orangnya penyabar dan teliti. Sentiasa ceria membangkitkan suasana dan tak banyak kompelin. Atas sebab tu jugalah Sabrina orang yang sesuai temankan dia beli barang dapur.

Nak harapkan Hazirah? sah kena ceramah tak berbayar berjam jam.

Zulaikha memang taklah. Serahkan kat Iqbal aje.

Aku nak cari barang dengan orang yang aku suka. Tu sebenarnya.

"okay, semua dah ada. Tinggal yogurt.. susu krim.." lama Sabrina merenung henfon tanpa disedari sebuah troli laju menghala ke arahnya. Dalam menangkap bunyi yang semakin dekat itu, dia tak sempat untuk mengelak sebaliknya...

"Adoi! dik! sakit kaki abang..!"

Sabrina terkedu. Dia berpaling di sebelahnya dan ternyata, memang tubuh Taufiq yang menghadangnya. Matanya langsung tak berkelip. Hanya Taufiq yang membelakanginya waktu itu dipandang sepuasnya. Terharu sebenarnya...

"sorry bang! yang abang tiba tiba terjah tadi kenapa? nasib saya sempat break" balas seorang lelaki yang jauh beza umur dengan mereka. Mungkin dalam lingkungan 10-12 tahun.

"sempat break? sah kaki abang kena langgar tadi dik oi..! lain kali tolak troli jangan gopoh sangat, nasib baik abang yang kau langgar."

Budak lelaki itu kelihatannya menjenguk ke belakang Taufiq dan baru lah dia faham.

"sorry bang, sorry kak. Saya tak sengaja" tuturnya lembut. Dia meminta diri sebelum beredar pergi.

Taufiq memerhati bayang budak lelaki itu yang semakin menghilang di sebalik kerumun ramai. Dia kemudian menggamit Sabrina yang berada di belakangnya. Ada sakit kat mana mana tak sayang?

"sakit tak kakinya?" soal Sabrina sebaik saja Taufiq menoleh ke arahnya.

"aduh.. sakitlah" Taufiq mengerut dahi. Tangannya laju menggosok sebelah kaki sambil tayang muka minta simpati. Hampir terburai tawa Sabrina di situ. Melebih pula!

"sorry, aku terleka tadi. Kau pun satu, kenapa tak panggil?"

"kau tak dengar? berkali kot aku panggil kau tadi..! dah tu, takkanlah aku nak tarik tangan kau kot. Haram di situ.."

"hm.." Sabrina mengusap dagu. Taufiq yang tinggi lampai itu dipandangnya.

"terima kasih..!" senyuman dilemparkan. Terpanar Taufiq seketika. Dia melarikan pandangan bila terasa mukanya semakin membahang. god, she's so cute.

INTERTWINEDNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ