12☜

702 98 53
                                    


Jimin didudukkan diatas padang berumput hijau. Ramai orang sudah berkumpul disitu. Ada yang menangis, teriak, meroyan dan sebagainya. Masing-masing ada peneman tapi Jimin hanya seorang diri. Nasib baik ada budak yang mukanya macam Myungsoo tolong. Kalau tak agaknya hangus dia dalam hospital tu.

Baru sahaja Jimin mahu mengucapkan terima kasih budak tadi awal-awal lagi dah menghilangkan diri.

Jimin meliar liarkan matanya lihat dicelah celah orang ramai. Tetiba mata dia menangkap 6 batang tubuh sedang berlari menghampiri nya.

Jimin, V dan Jhope memeluknya sambil masing-masing membuat bunyi nangis.

"Baru berapa minit tinggalkan kau dah kene datang balik. " kata Suga.

"Aku dah kata aku cuti hari ni. " Jin memeluk tubuh.

"Jimin you got no jams. " lelagi ayat tu je Rapmon oi.

"Weh korang dengar ni. Mesti korang tak percaya. " kata Jimin yang masih dipeluk oleh 3 ekor koala jantan.

"Aku tak dengar lagi so aku tak percaya. " Suga melabuhkan punggung dihadapan Jimin. Lepas tu dia tarik sorang-sorang koala jauh dari Jimin.

"Aku jumpa Myungsoo. "

Bulat mata mereka berenam bila Jimin menyebut nama Myungsoo.

"Pinjam bahu! " Jin mula mengeluarkan air mata. Sedih dia kembali bila nama Myungsoo disebut. Bahu Rapmon menjadi sasaran nya kerana Rapmon berdiri disebelahnya sahaja.

"Kau pun jumpa Myungsoo?! " Suga tolak Jungkook dan V lalu dia menerpa kearah Jimin. Jhope juga begitu.

"Jangan la sebut lagi nama tu. Tengok la Jin hyung ni dah nangis. Dia nangis aku tak kisah sangat, tapi bahu aku dijadikan lap hingus dia tu aku tak tahan. "

Rapmon memandang Jin dengan muka menjengkelkan.

Jimin mengangguk laju. Mata kecilnya dibesarkan seboleh bolehnya.

"Jangan la buat mata kau macam tu seram aku. " Jhope menampar lembut pipi Jimin kearah Suga.

"Kau nak mati senyum cam tu! " Suga juga menolak pipi Jimin. Maka kepala dia tak boleh bergerak.

"Jimin hyung. Cam mana hyung boleh ada kat sini? " Soal Jungkook.

"Aku kan ada superpower boleh terbang kemana je aku nak pegi. " seloroh Jimin dan mendapat jelingan dari enam pasang mata.

"Okay! Okay! Tadi. Kan aku dah cakap ada budak sebijik macam Myungsoo tolong aku. " Jimin memandang satu persatu muka.

"Bila kau cakap. Kau just cakap 'aku jumpa Myungsoo. " V memeluk bahu jungkook.

"Uwahhhh!! Jangan la sebut lagi! Air mata hyung tak boleh berenti! " Jin membenamkan mukanya didada Rapmon.

Rapmon dah geli-geli dan rasa nak bagi penampar je. Tapi bila fikirkan yang Jin ni hyung dan Jin tengah sedih dibiarkan sahaja ler.

Mereka berlima memandang Jin yang masih lagi sedih. Tapi sedih lagi tengok Rapmon yang terpaksa menyerahkan bahu serta dadanya untuk Jin mengelap hingus.

"Budak tu tolong aku. Tapi serius muka dia macam myu-"

Cepat-cepat Jungkook tutup mulut Jimin dari menyebut nama Myungsoo.

"Maaf. Betul sebijik. Aku tak tipu. " kata Jimin dengan muka 'percaya la aku '

"Mana budak tu skang? " Suga memegang bahu Jimin.

"Itulah yang aku tengah cari skang. Dia pergi lepas tolong aku. Aku pun tak sempat nak ucap trimas pada dia. " kata Jimin. Muka dia berkerut menahan sakit.

"Kau dah kenapa chim? " V perasan perubahan wajah Jimin.

"Hyung tindih kaki aku kenapa woi! Dah ah sakit lagi nak tambahkan lagi. " Jimin tolak Suga dan berguling Suga kebelakang. Dah siap berguling boleh pula baring mengiring sambil buat peace.

×××××

Memandangkan hospital dah terbakar Jimin dibawa pulang dan jadikan rumah sebagai hospital, Jin pula menjadi doktor peribadinya. Manakala Suga, Rapmon, Jhope, V dan Jungkook menjadi nurse serta bodyguard nya.

Siap berbodyguard. Macam VIP plak.

"Ni dah lebih. Kau cuma terseliuh kaki je. Bukan nak mati pun. " Suga bangkit dari duduknya. Mangkuk yang berisikan bubur diletak diatas perut Jimin.

"Macam mana kalau chim bebetul nak mati. " Jimin mencebik.

"Jangan susahkan aku. " Suga keluar dari bilik Jimin.

Lek Jimin, suga memain je tu. Kau dah ganggu jadual tidur dia tu yang aura Agust D jadi semakin hitam dan penuh kemarahan.

Jimin memujuk hatinya dengan menyuap diri sendiri.

Sedang dia makan, V pula masuk kedalam bilik nya. V berjalan dan duduk dibirai katil.

Jimin hanya melihat V mula melentokkan kepalanya di perut Jimin. Kemudian tangan V mula merayap kebawah dan menggentel pula kaki Jimin yang berbalut.

"Kau kenapa V? "

"Aku. Aku perlukan kasih sayang. "

V masih menggentel.

Jimin mengerutkan dahi. Apahal pula dengan budak ni.

"Tak cukup lagi ke kasih sayang yang aku bagi kat kau. " Jimin letakkan mangkuk bubur diatas laci sebelah katilnya.

"Tak. Kasih sayang kau tak cukup kuat. Aku perlukan lagi banyak. " V mula merepek yang entah apa-apa.

"Aku rindukan dia. Rindu sangat. "

"Siapa yang kau rindukan tu? "

"Dia yang bernama.... "

"Kau dah ada yeochin ke? "

"Eyyyy diamlah. Aku tak habis cakap lagi ni. "

Baru V mahu bersuara, Jungkook tetiba masuk kedalam bilik Jimin dan membawa seekor...

"Hyung! Ni Kangie dah balik. Tapi hyung jangan terkejut tengok apa yang dia bawa balik. " Kata Jungkook. Dia berjalan mendekati V dan Jimin.

Meow! Kangie menjerit melihat V.

"Dialah yang aku rindu! Mana kau pegi bertuah punya kucing. Lapar baru nak balik. " V terus mengambil Kangie dari pelukan Jungkook. Dicium, dilambung, dipeluk Kangie sepuas puas nya.

"Jom makan jom. Aku ada beli wet food tuna campur asam pedas. Gerenti kau tak lari lagi lepas ni. "

Meow! Meow!

"Apa kau nak mengadu. Baik nanti aku dengar cerita kau. Skang kita makan dulu. Tentu kau lapar. "

V mendukung Kangie macam dukung baby. Lalu dia berjalan keluar dari bilik Jimin bersama Kangie.

Setelah itu tinggal Jimin dan Jungkook.

Jungkook pandang jimin.

Jimin senyum kat Jungkook.

"Oh! "

Jungkook naikkan satu jarinya keatas dan dia seperti teringat sesuatu.

"Kookie keluar dulu. "

Jungkook keluar dari bilik Jimin sekali ditutup pintu.

"Jungkook!! "

Jimin tak sempat nak halang Jungkook keluar tapi Jungkook terlalu pantas beredar. Tinggal lah dia keseorangan.

TBC~

 Our Little Angel Book 2Where stories live. Discover now