03☜

1.1K 133 11
                                    


Sudah hampir 3 jam Rapmon melutut dihadapan bilik pejabat pagawai atasannya atas sebab mahu mengambil cuti selama 2 minggu. Sudah 1 tahun dia tidak pulang ketanah air nya iaitu Korea kerana dia bekerja diluar negara. Kerana kesibukkannya di Malaysia yang tiada batasannya. 2 minggu lepas Jin telah menelefonnya kerana mahu melawat kubur Myungsoo :'( Tetapi kerana terlambat memohon cuti Rapmon terpaksa keseorangan di Malaysia.

Rapmon masih memandang kearah pintu bilik pejabat Mr.Kim yang kosong. Dia mahu melutut disitu sehinggalah Mr.Kim memberikan cuti kepadanya. Biar pun kakinya lenguh, tidak dipedulikannya lagi. Pehanya yang mula terasa sakit diurut urut kejap, tetapi semangat untuk meminta cutinya masih belum pudar. Dia harus juga mendapatkan cuti itu. Lagipula semenjak dia bekerja disini dia masih belum memohon cuti. Baru kali ini lah dia mahu bercuti yang amat panjang. Tidaklah panjang sangat pun, 2 minggu sahaja.

Setelah beberapa jam menunggu akhirnya Mr.Kim memunculkan dirinya disebalik dinding. Hampir terkena serangan jantung Mr. Kim apabila terkejut melihat Rapmon yang sedang melutut dihadapan bilik pejabatnya.

"Yah! Awak buat apa pula ni?! Terkejut saya." Mr.Kim memegang dadanya kerana terkejut.

Rapmon juga terkejut hingga melekat didinding kerana terlampau terkejut. Rapmon menoleh dibelakangnya. Ternyata ianya Mr.Kim berperut buncit. Lalu Rapmon menukar posisi tempatnya dan melutut pula dihadapan Mr.Kim sambil menundukkan kepalanya hingga terkena kapet.

"Yah! Apa awak buat ni? Malu ah orang lain tengok." Kata Mr.Kim sambil kepalanya tertoleh kiri dan kanan. Ada lah beberapa pekerja yang ingin menyibuk menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kainnya terkoyak.

"Jebal Kim ssi. Berikan saya cuti tu." Rayu Rapmon. Dia menegakkan semula tubuhnya dan memeluk pula kaki Mr.Kim.

"Tak boleh. Nanti siapa mahu uruskan hal disini. Bukan saya tidak mahu berikan awak cuti. awak mesti fahamkan."

"Saya tak kira! Saya nak juga cuti tu. Lagipun saya tak pernah mohon cuti. Ini pertama kali saya nak mohon. Jeballlll!"

"Ermmm. Nanti saya pertimbangkan semula. Dah pergi sana buat kerja awak." Kata Mr.Kim memberikan kata putus yang membuatkan Rapmon berhenti dari terus memeluk kaki Mr.Kim yang berbau masyam. Selepas kakinya dilepaskan oleh Rapmon Mr.Kim membetulkan kot dan tali lehernya sebelum melangkah masuk kedalam bilik pejabatnya. Sebelum menutup pintu sempat Mr.Kim mahu bergurau senda dengan pekerja kesayangannya.

"Aku tak nak luluskan cuti kau. Bluekkkk!" Kata Mr.Kim dan menjelir lidah. Pintu lantas ditutup rapat dan dikunci dari dalam.

Rapmon mengetuk pintu itu dan menjerit.

"Aku calarkan kereta kau pakai gunting kalau kau tak nak luluskan cuti aku!" Sebelum beredar dari situ Rapmon sempat menendang pintu itu.

Mr.Kim didalam hanya ketawa. Mungkin dari pandangan orang lain mereka sangat kasar. Tetapi itu lah cara mereka bergurau. Mr.Kim ini adalah senior Rapmon ketika berada dikem tentera. Jadi mereka sudah terlebih kenal antara satu sama lain.

Selepas itu Rapmon kembali semula ketempat nya dan menyiapkan kerja² yang tertangguh.

____________

.........

Bukk.

Seorang budak lelaki dalam linkungan 5 tahun jatuh dihadapan Jimin. Budak itu menangis dan masih duduk dilantai. Lalu Jimin mencakung dihadapan budak itu dan membantunya untuk bangun. Lutut budak itu yang kekotoran dibersihkan serta telapak tangannya juga dibersihkan Jimin.

"Sudah jangan menangis lagi. Lelaki harus kuat tak boleh nangis disebabkan jatuh. Bila kita jatuh kita harus bangkit semula." Kata Jimin kepada budak itu. Budak itu sudah berhenti dari tangisannya dan matanya berkelip kelip memandang Jimin. Sungguh dia tidak faham apa yang sedang Jimin katakan padanya. Lalu Jimin melemparkan senyuman pada budak itu dan menggosok rambut budak itu.

 Our Little Angel Book 2Where stories live. Discover now