05☜

952 116 0
                                    


Akhirnya sampai juga kerumah setelah 12 jam bekerja. Jin memarkirkan keretanya disebelah kereta Audi milik Jungkook yang merah terang menyala. Setelah itu dia berjalan keluar dari kenderaan itu sambil menjinjit beg pejabat. Rambut pula semesti lah kusut kerana seharian bekerja dan sengaja dikusutkan. Tali leher sudah tiada terlilit di lehernya. Kemeja putih yang pada pagi tadi diselitkan kedalam seluar sudah sengaja dikeluarkan. Sudah gaya macam orang baru balik dari melepaskan stress digerai sambil meminum sebotol soju. Oh tidak, bukan seperti itu yang difikirkan. Jin seorang yang tidak mengamalkan amalan meminum soju walaupun umurnya sudah halal untuk meneguk air itu. Selepas itu kasut hitam lekat yang biasa dipakai nya hanya untuk kehospital ditanggalkan dari kaki kemudian disimpan kasut itu kedalam almari kasut. Dan kemudian kakinya pula dihalakan menuju kepintu utama dan memecahkan kata laluan untuk masuk pula kedalam rumah. Setelah kata laluan dimasukkan pintu terbuka dan serta merta hidung Jin menghidu sesuatu yang dikatakan terlalu hangit menyinggah kerongga hidungnya. Jin cuba untuk mengenal pasti bau apakah itu dan dari mana datangnya bau yang menyesakkan pernafasannya.

"TOLONG!! KUALI HANGUS!!"

Tidak perlu dipastikan lagi bau apakah itu. Segera Jin berlari kearah dapur yang sudah mengeluarkan asap hitam berkepul kepul. Beg pejabat dicampak dan secara tidak disengajakan beg itu mendarat pula diatas kepala Jimin yang sedang duduk menonton TV sambil menunggu masakan yang dimasak oleh V. Dan masakan itu ketika sedang hangus dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi. Berlapar lah jika Jin sudah marah apabila kuali nya hangus dan berlubang pula akibat kecuaian V. Jimin mengaduh kesakitan dan mengusap kepalanya. Ingin mengadu pada si maknae tetapi masih belum memunculkan diri dari biliknya. Agaknya sedang mandi buih. Kedengaran pula bebelan panjang Jin. Jimin hanya memekakkan sahaja telinganya. Hendak kasihankan V nanti dia pula akan menjadi sasaran bebelan Jin. Selepas itu suara V pula kedengaran seperti menahan sakit. Jimin ingin bangkit untuk melihat apa yang sedang dilakukan Jin pada V. Adakah Jin sedang merendam kepala V kedalam minyak panas. Aduh sungguh kejam itu. Tidak perlulah dibayangkan kerana ianya tersangat lah menyayatkan hati. Dengan perlahan lahan kaki Jimin melangkah kearah ruang dapur dan bersembunyi disebalik kabinet dapur. Membulat mata Jimin yang sepet apabila dia tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya ketika ini. Adakah ia benar. Ketika ini Jin sedang membalut telapak tangan V yang melecur akibat terpegang kuali panas. Bercucur cucuran air mata V jatuh membasah pipinya.

"Hyung! Appo! Uwarghhh!" Tangis V yang tiada kesudahan. Air mata nya dikesat dengan tangan sebelah lagi.

"Tahan lah sikit. Siapa suruh main api. Ni lah padahnya bila tak dengar cakap hyung." Bebel Jin sambil tangannya laju membalut luka V.

Jimin kemudian mendekati mereka berdua dan sengaja mentertawakan V.

"Buruk ah tangan kau lepas ni Tae." Sakat Jimin.

"Hyung! Budak pendek tu ejek Tae." Ngadu V dengan rengek seperti budak 5 tahun tak dapat lolipop.

"Jimin, tak baik cakap macam tu. Hyung balut nanti mulut tu." Kata Jin langsung tidak memandang wajah Jimin.

"Hyung tak adil!" Rajuk Jimin pula. Tanganya pula kemudian dilipat. Bibir dicebikkan dan mata menjeling mereka berdua.

"Apa pula yang tak adil nya." Usai selesai membalut luka V, Jin beralih pula pada Jimin yang merajuk. Diperhatikan sahaja Jimin yang masih berdiri disebelah kabinet dapur. V pula bermain main dengan hujung kameja Jin.

"Tae panggil Chim pendek hyung tak marah pula." Muncungnya dipanjangkan lagi.

"Alarh mengada lah pula korang berdua ni. Sudah kemas dapur ni. Kalau tak kemas no dinner today." Kata Jin memberi arahan, jari telunjuknya juga diangkat dan ditunding kearah mereka berdua.

Lalu kedua dua mereka mengangguk faham menerima arahan itu. Selepas itu Jin berjalan keluar dari dapur meninggalkan V dan Jimin.

"Kau kemas. Aku nak mandi." Arah V pula pada Jimin.

Jimin ternganga mendengar kata2 V itu. " A-apasal aku pula kena!" Balas Jimin.

"Kau tak nampak aku luka ni. Appo!" V menunjukkan tapak tangannya yang berbalut dan merengek kesakitan.

Hilang terus kata2 ingin membalas kata2 V. Kerana belum sempat dia ingin bersuara V sudah pun berlari meninggalkan Jimin keseorangan.

"Tak guna kau Tae! Siap kau nanti." Ngomel Jimin keseorangan. Dan terpaksa lah dia mengemas dapur itu.

Pada masa yang sama pintu utama dibuka oleh seseorang. Orang itu adalah Rapmon, dia melangkah masuk kedalam rumah setelah kasut dibuka. Bagasi pula dilemparkan kelantai. Setelah pintu ditutup Rapmon melepaskan lelah seketika. Selepas itu dia mengambil semula bagasi yang dilemparkan kelantai dan diletakkan ditepi tangga.

"Dahaga la pula. Urmm sejak bila rumah ni sunyi? Adakah sejak aku jarang balik. Tch." Sengih Rapmon menampakkan lesung pipitnya.

Kemudian kakinya dihalakan menuju kedapur. Didapur manusia yang pertama dijumpa nya adalah semestinya Jimin kerana dia sudah diarahkan oleh V supaya membersihkan dapur yang hampir terbakar hangus.

"Ayo! Hyung! Bila balik? Ari tu kata tak jadi balik." Soal Jimin. Tangannya sedang mengelap dapur memasak.

Rapmon menghela nafas sebelum bersuara. Gelas dicapai kemudian menadah air di mesin penapis air.

"Sejak bila kau mengambil alih tugas Jin hyung ni?" Soalan Jimin dibalas soalan oleh Rapmon.

Jimin menjulingkan mata keatas.

"Hyung, you got no jams." Ejek Jimin dan dia masih lagi mengelap dapur memasak.

"Whatever." Balas Rapmon. Usai membasahkan tekak Rapmon menghampiri singki dan membasuh gelas yang digunanya. Selepas itu Rapmon berjalan meninggalkan dapur. Sekali lagi Jimin ditinggalkan dengan kerja mengelap dapur yang masih tidak selesai.

BANG!

Jimin terkejut lantas menjatuhkan dirinya kelantai dan tertiarap dibawah meja.

Bunyi apakah itu?

TBC~

 Our Little Angel Book 2Where stories live. Discover now