"Kau nak duduk sini aje ke apa?"

"Kau nak pergi solat ek?" Aku angguk. Aku tahu Wafa tengah 'Allah bagi cuti'.

"Oh, aku duduk sini ajelah. Takkan nak duduk bilik aje. Aku ni tetamu aje," dia cakap perlahan sahaja. Hanya aku saje yang dengar.

"Yelah. Kau bukaklah cerita apa-apa yang kau suka, aku nak siap ambil wudhuk kejap. Sekejap lagi ma aku bising sebab lambat, family aku semua dah ada kat atas tu." Terang aku satu per satu. Wafa mengangguk saje.

Aku meninggalkan Wafa sendirian. Habis sahaja aku mengangkat wudhuk. Seperti yang aku katakan, semua tengah tunggu kehadiran aku. Hari ini yang jadi imam ialah alongku, Nasrul Afif.

---

"Along!" Sergahan aku tadi buatkan Along aku melompat terkejut.

Aku dah tergelak habis sampai sakit perut aku dibuatnya. Along dah jeling tajam dekat aku.

"Dah tak reti nak bagi salam dah ke?" Sindir Along. Aku sengih macam kerang busuk.

"Ala.. gurau sikit dengan Along pun tak boleh," aku muncung sedepa, konon tunjuk merajuk.

"Tak habis-habis dengan muncung tu, dah tak boleh muncung lagi ke?"

Along memerli aku.

"Nak apa?"

"Tak ada apa-apa pun. Bosan."

"Wafa mana?" Aku pandang dia. Senyum pun dah senget. Hai.. rindu dia ke Along?

"Wafa ada kat dalam, tengah tolong ma buat karipap." Along mengangguk. Tapi aku nampak dengan jelas yang along cuba tahan senyum.

"Asal Ura tak tolong, ma? Pemalas betul kau ni dik. Tengok macam Wafa tu, dia tolong ma tau." Along puji kawan aku tu pula.

Lain macam pula aku tengok along aku ni. Bukan main lagi dia memuji si Wafa tu. Tapi tak bermaksud yang aku jelas cuma aku musykil sedikit dengan Along aku ni.

"Along, Along dah ada girlfriend?" Soalku. Pandang mata dia dalam-dalam.

Along diam saje tak jawab pun soalan yang aku tanya tadi. Ni yang aku geram dengan Along aku ni. Hish.

"Along!" Aku tolak bahu dia perlahan. Ketap gigi, geram dengan perangai dia.

"Apa?"

"Ura tanya ni Along dah ada girlfriend ke?" Ulangku semula.

"Adalah," dia sembunyi senyum. Makin buatku geram.

"Oh, dengan Ura dah pandai berahsia ye Along. Sampai hati, dahlah tunang sendiri pun Ura tak tahu. Kenapa semua orang nak berahsia dengan Ura?"

Saje aje aku buat ayat sedih. Kasi dia simpati sikit dengan aku. Maaflah ye wahai encik tunangku sebab terpaksa heret awak dalam lakonan saya ni. Huhu.

"Yelah.. yelah. Along tak ada girlfriend lagi." Jujur dia. Nampak tak? Hebat betul lakonan aku ni. Agaknya layak tak aku jadi pelakon? Ahaks!

"Seriously? Along Ura yang bekerjaya lagi handsome ni tak ada girlfriend lagi?"

Aku jeling tajam dekat aku. Baru aku perasan, yang aku dah terkuatkan volume suaraku.

"Biarlah.. tak ada jodoh lagi." Jawab Along. Sayu sekali aku mendengarnya.

"Lainlah kalau orang tu, dah bertunang dah pun." Along perli aku. Aku tarik muncung. Eleh, buat apa kalau dah bertunang, tapi tunang sendiri pun tak tahu.

"Along tahu apa yang ada dalam kepala Ura sekarang tu, sabarlah. Suatu hari nanti Ura akan tahu juga siapa tunang Ura tu," macam tahu-tahu sahaja Along aku ni. Pandai teka apa yang ada dalam kepalaku ini.

Lecturer Paling 'Hot' Onde histórias criam vida. Descubra agora