"Nama saya Nara Shikamaru. Umur 12 tahun. Dari Konoha." ujar Shikamaru sambil bersandar di kerusi. Dia menyedut sedikit Koko ais buatan Ochobot. Sedap juga, bisiknya.

"Yo, saya Hatake Kakashi! Saya tak ingat berapa umur. Dari Konoha juga." kata Kakashi sambil memegang kepalanya.

Mata Yaya dan Ying bercahaya. "Kyaaaaa~ Handsomenyaaaaaa!!" kata mereka berdua dalam hati.

Naruto memegang headbandnya. "Saya,Uzumaki Naruto! Umur 12 tahun dari Konohagakure. Saya pasti akan jadi Hokage suatu hari nanti." Naruto mengengam penumbuknya.

"Ehh, kejap. Naruto tu bukan fishcake ke? Hahahahaha." kata Gopal.

"Aiyak, Gopal. Makan saja tahu." tegur Ying.

"Hahahaha. Terbaik!" kata Boboiboy. "Tapi pelik. Macam mana diorang ni boleh cakap melayu?"

Fang menjeling Boboiboy tanda bosan. "Kalau diorang cakap jepun. Alamatnya takde oranglah nak baca cerita ni. Habis sia-sia author tulis kau tahu tak." kata Fang.

Boboiboy menjeling Fang. Dia kembali memandang Naruto. "Saya boboiboy. Umur 10 tahun."

Fang membuat muka. "Aku Fang. Umur 10 tahun. Dan aku lagi hebat dari si Boboiboy tu." kata Fang sambil memerli Boboiboy.

"Apa kau kata?" jerit Boboiboy.

"Ish korang ni. Bergaduh jer kerjanya." bebel Yaya.

Naruto tersenyum penuh makna. "Macam aku dan Sasuke." bisiknya.

"Saya Ying dan ini Yaya. Yang robot itu pula Ochobot. Yang tu Tok Aba." Terang Ying.

"Ish dah lah tu. Tadi Lee kata dia dah tahu nak cari Kiri? Eh kejap. Kiri ni siapa pulak?" tanya Gopal.

Fang mengengam tangannya menahan geram. Yaya dan Ying menghembus nafas berat. Boboiboy menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Apa? Aku tanya aje." kata Gopal.

"Haish! Kau ni menyusahkan! Shikamaru dah cerita dah tadi. Apa kau nak lagi?" tengking Fang.

"Ehh, sabar,sabar. Baiklah, baiklah. Aku saje je tanya." kata Gopal selamba.

Fang mengenggam penumbuknya. "Eiiiii, tak guna punya budak gemuk!!!" bisik Fang.

"Baiklah, Lee. Macam mana?" tanya Kakashi.

Lee terjeda. "Oh, ya. Hampir terlupa. Ingat tidak bila Naruto terkena genjutsu mereka?"

Shikamaru mengusap dagunya. "Oh, ya. Naruto ada serang Kiri. Tapi apa yang kau nak cakap?"

Lee tersenyum kecil. "Saya pasti ada cebisan baju Kiri di kunai Naruto."

Naruto terlopong. "Ehhhh?! Nani!?" Cepat-cepat dia keluarkan kunainya. "Be.. Betul. Ada cebisan baju Kiri."

Kakashi tersenyum senang. Bangga melihat mereka dapat menemui petunjuk. Walaupun kecil.

***

"Mana mereka?" tanya Jiraiya.

Kira-sama tertunduk. Dia menggeleng kepala. "Saya tak tahu. Yang saya tahu mereka mahu pulang ke Konoha dan cuba berbincang dengan Hokage. Tapi saya tak pasti bila mereka bertolak."

Jiraiya mengeluh.

"Ma.. Macam mana dengan musuh itu?" tanya Kapten Yamato.

Kira-sama terjeda. "Ya,benar. Saya baru perasan mereka sudah tidak datang ke sini."

Jiraiya merenung jauh. Mana? Mana mereka mungkin pergi? Adakah pengguna Kirineggan dah jumpa mereka? Atau musuh lain? Orochimaru? Akatsuki? Entah. Terlalu banyak untuk siasat.

Naruto VS BoboiboyWhere stories live. Discover now