#5

5.1K 329 17
                                    

Iselia menyelam ke dasar laut. Di dasar laut itu terdapat kerajaan duyung bernama Utulius.

Ia dipenuhi dengan ikan-ikan duyung sama sepertinya.

"Ayahanda!"jerit Iselia sambil melambaikan tangannya ke arah ayahandanya yang sedang duduk di atas singgahsana.

Ayahandanya bernama Raja Farkiel,berusia dua ribu tahun lebih dan mempunyai janggut berwarna biru kehijau-hijauan. Di dalam tangannya terdapat tongkat yang panjang yang digunakan semasa pemerintahannya.

"Iselia..kamu dari mana?"soal ikan duyung jantan itu.

"Tadi Iselia pergi ke pulau."

Ayahandanya tersentak.

"Ayahanda sudah kata,tak payah lagi pergi ke sana.Sana kan ada.."

"Pulau itu tak ada penghuni la ayahanda,"Iselia memotong percakapan ayahandanya.

"Walaupun tak ada penghuni, kalau ada binatang buas atas permukaan laut itu macam mana?"soal ayahandanya dengan risau.

"Bukan ke semua hidupan dalam lautan yang diperintah ayahanda ni sudah tahu saya ialah Puteri Iselia dan sekiranya mereka cuba mencederakan saya,mereka akan dikenakan hukuman kan?"

"Hmm..baiklah puteriku. Pergilah ke pulau bila-bila masa kamu mahu.Jangan pulang lambat,"kata ayahandanya lalu tersenyum.

"Mana kakak-kakak?"tanya Iselia.Lupa pula,dia anak paling bongsu daripada 11 adik beradik.

"Mereka sedang berdandan di luar,"kata ayahandanya.

"Ok..Iselia minta diri."

Dia pun berenang ke halaman istana dan kelihatan sepuluh orang kakaknya sedang menghias diri dengan permata, mutiara,cengkerang dan rumpai air.

"Hai kakanda semua."

"Hai Iselia..Marilah berdandan dengan kita orang semua,"ujar kakak paling sulung,Katrina.

"Cantiknya rantai mutiara tu kakanda Asmisya!"puji Iselia kepada kakak kedua sulungnya.

"Awhh..terima kasih Iselia!Nah, kakanda pun dah buatkan satu lagi rantai mutiara untuk adinda!"katanya dengan gembira.

"Tak apalah.Iselia ada satu rahsia,"kata Iselia lagi. Mereka semua tersentak.

"Rahsia?Pasal lelaki?"tanya kakak sulung ketiga,Zanora.

"Bukanlah!Pasal pulau atas tu."

Beberapa kakandanya pergi meninggalkan Iselia.Hanya Katrina dan Asmisya sahaja yang berminat untuk mendengar.

"Ceritalah.Kakanda bukannya terdesak sangat pun nak cari suami ni,"kata Katrina sambil menjeling Zanora.

"Hmm..apa dia rahsia tu?"soal Asmisya.

"Well..Iselia dah berkawan dengan manusia atas pulau tu."

Mereka berdua membeliakkan mata mereka.

"Mari masuk bilik kakanda sekarang,"Katrina menarik tangan Iselia dan masuk ke dalam istana.Asmisya sekadar mengikut mereka dari belakang.

"Nak ke mana tu?Tak nak berdandan lagi ke?"soal Zanora.

"Tak apalah..korang habiskanlah dandanan korang dulu,"ujar Asmisya.

Mereka berdua sampai ke bilik Katrina dan segera masuk ke dalamnya.Di dalam bilik itu terdapat buku-buku,gambar-gambar keluarganya dan katil empuk.

"Ayahanda kan dah pesan jangan pergi ke pulau tu dan juga jangan kawan dengan manusia,"ujar Katrina dengan tegas.

"Tapi dia baik kakanda."

"Sebaik manapun dia,bila dia terdesak untuk teruskan hidup, dia akan gunakan kebolehan adinda,"kata Asmisya pula.

"Dia sebaya dengan Iselia. Dia muda lagi dan dia kata dia sesat," kata Iselia.

Asmisya dan Katrina saling berpandangan.

"Iselia..tahu tak apa jadi pada ibu kita?"soal Asmisya.

"Dia mati sebab penyakit kan?" soal Iselia balik.

"Tak."

Jawapan itu membuat Iselia sedikit terkejut.

"Habis tu?"

"Bonda ditahan oleh lanun yang inginkan air matanya."

"Buat apa?"soal Iselia.

"Menurut kepercayaan manusia zaman dahulu,air mata kita ni adalah antara bahan yang diperlukan dalam upacara untuk minum air dari air pancut di tempat yang tak diketahui namanya.Air tu boleh buat manusia tu hidup selamanya," kata Katrina.

"Betul ke Asmisya?"soal Iselia.

Asmisya angguk.

"Kita orang sentiasa berbaik dengan manusia sebab kita orang kongsi harta yang kita ada dengan manusia,"kata Katrina lagi.

"Macam mana kalau kawan Iselia tak macam tu?Dia tak mintak apa-apa pun kat Iselia.Dia mesti tak tahu apa-apa tentang air mata atau apa-apa kisah pasal ikan duyung.Dia muda lagi,"kata Iselia.

"Dia baik ke?"tanya Asmisya.

"Ya..adinda sumpah."

"Baiklah kakanda benarkan korang berkawan dengan syarat kakanda kena ikut,"kata Katrina.

"Baiklah kakanda,"kata Iselia.

"Asmisya jaga adik-beradik yang lain kat sini dan tolong simpan rahsia ni.Kakanda tak nak ayahanda risau,"kata Katrina kepada Asmisya.

"Asmisya akan jaga rahsia ni dengan baik,"kata Asmisya.

"Bila korang nak jumpa lagi?" soal Katrina.

"Senja nanti kakanda."

"Senja!"Katrina dan Asmisya kelihatan teruja.



DuyongWhere stories live. Discover now